backup og meta

Bijirin Terbaik Untuk Kesihatan Dan Mengurangkan Berat

Bijirin Terbaik Untuk Kesihatan Dan Mengurangkan Berat

Kebelakangan ini timbul kesedaran bahawa produk bijirin atau gandum bukanlah produk terbaik untuk dimakan. Walaupun terdapat garis panduan dan ramai pakar yang mencadangkan diet yang sihat perlu terdiri daripada 6-11 hidangan setiap hari.

Peranan bijirin dalam diet

Semua garis panduan turut menyatakan bahawa kita perlu memilih bijirin penuh untuk mendapatkan lebih nilai pemakanan dan serat tambahan. Walau bagaimanpun, ahli biologi evolusi UCLA, Jared Diamond menyatakan bahawa cadangan ini adalah ‘kesilapan terbesar dalam sejarah manusia’. Ini kerana, bijirin diproses dan gandum cenderung menghasilkan pengeluaran insulin berlebihan, penyimpanan lemak dan penyakit jantung. Kedua jenis makanan ini adalah alergenik, menekan imun dan rendah dalam nilai pemakanan tumbuhan dan haiwan. Selain itu, bijirin mungkin lebih teruk disebabkan agen gangguan yang menyerang sistem anti-keradangan, imun dan pencernaan.

Semua ini adalah dari kompaun yang dipanggil gluten. Apa itu gluten? Ia merupakan protein yang dijumpai dalam produk gandum dan bijirin. Ia bertindak seperti gam dan ia menyumbat semua fungsi dalaman yang boleh mengakibatkan keradangan. Keradagan adalah punca utama yang penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung. Gluten juga turut dikenali sebagai punca kepada keletihan, sakit sendi, mudah lupa, kerengsaan, kemurungan, jerawat, ekzema, lupus, migrain, kelesuan kronik, penyakit Crohn, sembelit, autisme, dermatitis dan pelbagai lagi. Selain itu, ia juga menyumbang kepada masalah penyerapan, yang mewujudkan masalah kekurangan vitamin dan mineral.

Pasti anda akan bertanya Kita telah memakan bijirin sejak sekian lama, bagaimana secara tiba-tiba ia boleh menajdi punca kepada segala masalah?”. Sebenarnya, apa yang umum tidak ketahui adalah, pada tahun 70-an, gandum telah diubah suai secara genetik untuk mengandungi lebih banyak gluten dan memberikan hasil tuaian yang lebih tinggi setiap musim menuai. Tubuh manusia tidak pernah dicipta untuk menyerap gluten sampah yang mengandungi makanan yang diubah suai. Semakin kita merosakkan makanan kita, semakin kita merosakkan kesihatan kita!

Jangan melakukan kesilapan dengan memilih bahagian bebas gluten dan memakan makanan ringan bebas gluten – biskut bebas gluten, bijirin tanpa gluten, roti bebas gluten dan sebagainya. Sebaliknya anda perlu mengamalkan pendekatan J.E.R.F – Just Eat Real Food!(Hanya makan makanan sebenar, bukan makanan diproses).

Benarkan nasi tidak baik untuk kita?

Kehidupan di Asia adalah seiring dengan pengambilan nasi semasa makan. Berbanding pasta dan roti, nasi adalah pilihan yang lebih baik. Nasi mengandungi kandungan toksik yang rendah dan penyimpan protein dalam beras di panggil glutelin – tidak mempunyai kaitan langsung dengan gluten. Maka, nasi adalah bebas gluten. Walau bagaimanapun, nasi mengandungi kandungan nilai pemakanan yang minimum, terutamanya beras putih, kerana ia menyingkirkan hampir ke semua mineral dan serat ketika proses penapisan. Ini bermakna tenaga yang tersedia akan tercerna dan dilepaskan ke dalam saluran darah dengan pantas. Jika tidak terdapat keperluan tenaga atau pengeluaran tenaga, ia akan ditukar kepada lemak dan disimpan. Anda tidak dilarang untuk memakan nasi. Tetapi ia pilihan yang lebih baik daripada pasta, ada masa optimum untuk makan dan pelbagai pilihan yang lebih baik.

Beberapa pilihan alternatif bijirin dan sumber karbohidrat  yang terbaik adalah seperti: quinoa, ubi keledek dan sayur-sayuran.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

04/07/2019

Ditulis oleh Phil Kelly

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Perut Boleh Kempis Dalam Masa 7 Hari, Tak Percaya? Cuba Dulu Tip Ini!

Kira Kalori Makanan Untuk Turunkan Berat Badan? Cuba Lakukan Tip Mudah Ini!


Ditulis oleh

Phil Kelly

Sains sukan · KiwiFitness: Body Expert Systems


Disemak pada 04/07/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan