Asid Laurik (Lauric Acid)

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Kegunaan

Apakah kegunaan Asid Laurik?

Asid Laurik adalah sejenis lemak tepu. Ia terdapat dalam banyak lemak sayuran, terutamanya dalam minyak kelapa dan minyak kelapa sawit. Asid Laurik biasanya digunakan sebagai ubat.

Asid Laurik digunakan untuk merawat jangkitan virus termasuk:

  • Influenza (selesema)
  • Selesema babi
  • Selesema burung
  • Selesema biasa
  • Lepuh demam
  • Lepuh sejuk
  • Herpes genital yang disebabkan oleh virua herpes simplex (HSV)
  • Ketuat genital yang disebabkan oleh human papillomavirus (HPV)
  • HIV / AIDS

Ia juga digunakan untuk mencegah jangkitan HIV daripada ibu kepada anak-anak.

Asid Laurik turut digunakan untuk rawatan bronkitis, gonorea, jangkitan yis, klamidia, jangkitan usus yang disebabkan oleh parasit yang dipanggil Giardia lamblia, dan cirit-birit.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana Asid Laurik berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, sesetengah kajian mencadangkan Asid Laurik mungkin lemak yang lebih selamat daripada trans-lemak dalam persediaan makanan.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum menggunakan Asid Laurik?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam Asid Laurik atau ubat-ubatan lain atau herba lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan

Kawalan (regulasi) bagi suplemen herba  kurang ketat berbanding kawalan bagi ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Sejauh manakah Asid Laurik selamat digunakan?

Asid Laurik selamat digunakan dalam kuantiti yang terdapat dalam makanan. Tetapi tidak ada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui sama ada ia lebih selamat apabila digunakan sebagai ubat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan bayi: Asid Laurik adalah selamat untuk wanita hamil dan menyusukan bayi dalam kuantiti yang terdapat di dalam makanan. Tetapi, pengambilan dalam jumlah ubat yang lebih besar harus dielakkan sehingga terdapat maklumat yang mencukupi mengenainya. Terdapat beberapa kebimbangan mengenai penggunaan asid laurik semasa menyusu kerana asid laurik meresap ke dalam susu ibu. Sebagai langkah keselamatan, gunakan dalam kuantiti yang terdapat di dalam makanan sahaja sekiranya anda hamil atau menyusukan anak.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan yang boleh saya alami dari penggunaan Asid Laurik?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan suplemen ini, sila rujuk ahli herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindak balas yang boleh saya alami dengan pengambilan Asid Laurik?

Asid Laurik boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa anda atau keadaan perubatan. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Dos

Maklumat yang diberikan bukan pengganti nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan pakar herba anda atau doktor sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos biasa untuk Asid Laurik?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan Asid Laurik yang boleh didapati?

Asid Laurik boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Kapsul Monolaurin (Asid Laurik) 600 mg

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut