Kanser Usus Di Malaysia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019

Kanser usus adalah sejenis kanser yang melibatkan usus. Apabila bercakap soal kanser usus, kebiasaannya fokus deberikan kepada kanser kolorektal kerana ia adalah jenis yang paling kerap melibatkan usus besar, berbanding kanser usus yang melibatkan usus kecil.

Kedudukan kanser kolorektal di Malaysia dan dunia

Kanser kolorektal adalah kanser ke-3 bagi lelaki dan ke-2 bagi perempuan di peringkat dunia, menurut Globocan project, iaitu satu usaha untuk mengumpulkan data dan maklumat berkenaan kanser yang dijalankan oleh International Association of Cancer Registries (IARC).

Kematian disebabkan kanser ini semakin meningkat dan merupakan kanser ke-4 paling banyak menyebabkan kematian. Bilangan kes kanser kolorektal adalah berbeza-beza mengikut negara-negara di Asia. Kes yang lebih tinggi ditemui di negara-negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Singapura berbanding Malaysia. Namun, bilangan serta kematian disebabkan kanser ini dilihat semakin menurun di negara-negara maju tersebut, sama seperti pola yang berlaku di Amerika Syarikah dan United Kingdom.

Di Malaysia, dengan populasi penduduk melebihi 30 juta dan berbilang bangsa, kanser kolorektal berada di kedudukan ke-2 secara keseluruhan. Bilangan kes semakin bertambah, mungkin disebabkan pembangunan dan pemodenan serta gaya hidup Barat yang semakin menjadi anutan rakyat Malaysia.

Cina mencatatkan kes paling tinggi

Faktor genetik turut menyumbang kepada kes kanser kolorektal

Diungguli oleh Cina, diikuti dengan India dan Melayu. Pola yang sama dilihat di Singapura di mana bilangan kes dalam kalangan kaum Cina adalah lebih tinggi berbanding India dan Melayu. Apa yang menarik adalah angka ini (Cina tinggi, India rendah) adalah sama dengan negara asal mereka iaitu China dan India, meskipun sudah bertapak di Malaysia sejak tiga generasi.

Kaum Jepun dan Korea juga menunjukkan angka yang sama seperti Cina. Pola ini mungkin menunjukkan pengaruh genetik dalam kanser kolorektal.

Warga emas paling banyak terkesan

Kebanyakan kanser berlaku dalam kalangan orang berumur atau warga emas, walaupun ada juga kanser yang menunjukkan kes yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak seperti kanser tulang dan buah pinggang.

signs-depression-seniors

Di Malaysia, lebih 90 peratus daripada kes kanser kolorektal berlaku selepas umur 40 tahun dan umur 60-69 tahun menunjukkan kes terbanyak. Julat umur ini membantu pihak berkuasa menentukan umur yang sesuai untuk menjalankan ujian saringan bagi mengesan kanser kolorektal dengan lebih awal.

Jangka hayat pesakit kanser kolorektal di Malaysia

Jangka hayat adalah sangat bergantung kepada tahap kanser. Semakin lanjut tahap kanser didiagnosis, semakin kurang jangka hayat pesakit terbabit. 90 peratus daripada pesakit yang didiagnosis pada tahap 1 hidup melebihi 5 tahun, manakala hanya 80 peratus pada tahap 2. Tahap 4 pula hanya mencacatkan 5-10 peratus.

Selain diagnosis awal, sistem kesihatan juga adalah penting dalam menentukan jangka hayat pesakit. Ini termasuk diagnosis, rawatan dan penjagaan susulan yang berkesan dan efektif.

Jangka hayat pesakit kanser kolorektal di Malaysia adalah lebih rendah berbanding negara maju seperti Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Sistem dan keberkesanan penjagaan kesihatan di negara-negara ini mungkin menjadi sebabnya.

Ujian saringan di Malaysia

Di Malaysia, tiada ujian saringan kanser kolorektal yang bersifat nasional. Kesedaran tentang kanser ini dan kesanggupan masyarakat untuk menjalani ujian saringan adalah rendah. Pelbagai kajian di kawasan Asia Pasifik menemui bahawa rakyat Malaysia kurang pengetahuan berbanding negara lain di Asia Tenggara berkenaan simptom, faktor risiko dan ujian saringan kanser kolorektal.

Daripada 900 subjek yang dikaji, hanya 38 peratus sahaja bersedia menjalani ujian saringan. Kaum Cina menunjukkan kesedaran paling tinggi meskipun mencatatkan angka kes terbanyak.

Sejumlah wang yang banyak perlu dilaburkan untuk menyubur kesedaran dalam kalangan masyarakat dan untuk mempertingkatkan program ujian saringan. Jika tidak, kanser ini akan terus menjadi pembunuh utama di Malaysia.

Usaha bersama

Penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya ke atas kerajaan atau pihak berkuasa, meskipun mereka mempunyai ruang yang besar untuk membuat perubahan.

golden-teamwork-skills-learn

Badan-badan profesional, badan bukan kerajaan serta media juga perlu memainkan peranan untuk menyebarkan kesedaran dan menjadi pencadang serta pendesak kepada pihak berkuasa dalam mempertingkatkan sistem kesihatan di negara ini.

Di peringkat individu, setiap orang haruslah berusaha menambahkan maklumat serta mengamalkan gaya hidup serta pemakanan yang sihat. Bak kata pepatah, “Mencegah itu lebih baik daripada merawat.”

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kerap Ejakulasi Pun Bahaya Buat Lelaki, Lagi-lagi Jika Selalu Pancut Disebabkan Onani

    Jika saya kerap melancap, adakah terdapat sebarang kesan melancap yang buruk boleh berlaku? Bagaimana pula dengan manfaatnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

    Anak-anak mudah menjadi bosan dan hilang fokus dalam pembelajaran. Oleh itu, apa kata gunakan kaedah pembelajaran online untuk tarik minat pelajar sekolah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Ya, AEFI Pada Vaksin Memang Wujud, Tapi Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kesan Sampingan Vaksin

    Vaksin merupakan satu bentuk rawatan pencegahan yang berkesan untuk menghindari masalah penyakit berjangkit. Namun, ia juga mempunyai kesan sampingan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Cyst Ovari Ancaman Setiap Wanita, Ini 11 Tanda Bahaya Jika Alaminya

    Selalu rasa sakit bawah perut? Anda mungking mengalami sista ovari. Jom ketahui simptom dan cara kecutkan cyst yang boleh dicuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa