Apa itu Sklerosis Multipel?

Oleh

Definisi

Apa itu Sklerosis Multipel?

Neuron adalah struktur dalam sistem saraf yang membolehkan kita berfikir, melihat, mendengar, bercakap, merasa, dan bergerak. Setiap neuron terdiri daripada sel badan dan axon (lanjutan sel badan yang membawa isyarat saraf). Sebahagian besar axon dalam sistem saraf pusat dibalut dengan myelin, bahan lemak dan protein yang bertindak seperti penebat wayar elektrik. Myelin membantu isyarat saraf bergerak di sepanjang saraf.

Sklerosis multipel/Multiple sclerosis (MS) adalah penyakit sepanjang hayat yang progresif, bertindak menjejaskan sel-sel saraf dalam otak dan saraf tunjang. Dalam MS, myelin menjadi rosak atau mengalami keradangan, lalu mengganggu isyarat saraf dan menyebabkan kerosakan kepada saraf yang terlibat. Pesakit MS mungkin mempunyai hanya satu simptom ringan, beberapa simptom sederhana atau simptom-simptom teruk yang menjejaskan keupayaan pesakit, sebagai contoh kerosakan sepanjang saraf yang memberi kesan kepada perjalanan isyarat saraf, yang boleh dikesan melalui pengimejan resonans magnetik (MRI).

Apakah kebarangkalian Sklerosis Multipel?

Sklerosis multipel biasa berlaku. Ia lebih sering dialami wanita berbanding lelaki, di kawasan iklim sederhana lebih daripada kawasan tropika, dan dalam usia yang muda, terutamanya mereka yang berusia 15 hingga 60. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sklerosis Multipel?

Simptom berkurangan (semasa remisi) dan kemudian mungkin menjadi lebih teruk. Simptom MS bergantung kepada penglibatan otak dan saraf tunjang dan bahagian yang terlibat. Simptom penglibatan otak termasuklah:

  • Penglihatan yang kabur atau berganda;
  • Masalah dalam pemikiran;
  • Masalah kordinasi badan;
  • Tidak stabil
  • Kebas;
  • Kesemutan;
  • Lengan atau kaki menjadi lemah
  • Kehilangan kawalan pundi kencing dan kebas.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sklerosis Multipel?

Terdapat banyak faktor-faktor risiko untuk sklerosis multipel, seperti:

  • Faktor-faktor genetik.
  • Mereka yang tinggal di latitud utara (terutamanya negara-negara Eropah Utara) dikenal pasti sebagai mempunyai risiko MS yang lebih tinggi.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sklerosis Multipel didiagnosis?

Tiada ujian khusus untuk diagnosis MS. Doktor akan merujuk anda kepada seorang pakar neurologi (pakar dalam penyakit sistem saraf). Pengimejan resonans magnetik (MRI), pengambilan air tulang belakang, dan ujian respon visual juga mungkin dilakukan. MRI dapat menunjukkan bahagian keradangan atau kerosakan myelin. Sementara pengambilan air tulang belakang diperlukan untuk mengambil sampel air daripada saraf tunjang untuk kajian.

Bagaimana pesakit Sklerosis Multipel dirawat?

MS tidak boleh diubati, tetapi pelbagai rawatan disediakan untuk mengawal simptom-simptomnya dan melambatkan perkembangan penyakit. Komplikasinya seperti pergerakan spastik, keletihan, sakit, masalah berfikir, dan masalah pundi kencing dan usus juga perlu dirawat.

Ubat kortikosteroid adalah rawatan utama untuk mengawal simptom. Ubat-ubatan seperti interferon beta-la dan -lb serta Glatiramer memperlahankan perkembangan penyakit dan mengurangkan simptom berulang.

Ubat yang digunakan untuk menangani komplikasi termasuklah amantadine, baclofen, gabapentin, oxybutynin, propantheline, pelembut najis, psyllium, serat, ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs), dan acetaminophen.

Mengekalkan gaya hidup yang sihat, mendapatkan rehat dan bersenam secukupnya, serta mengekalkan berat badan yang normal juga penting.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sklerosis Multipel?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani sklerosis multipel:

  • Banyakkan berehat.
  • Senaman. Jika anda mempunyai MS tahap ringan atau sederhana, senaman yang kerap boleh membantu meningkatkan kekuatan, tona otot, keseimbangan dan kordinasi badan. Berenang atau latihan air yang lain adalah pilihan yang baik jika anda terganggu dengan kepanasan. Senaman ringan yang lain seperti berjalan kaki, regangan, senam aerobik berimpak rendah, berbasikal statik, yoga dan tai chi juga disyorkan untuk pesakit MS.
  • Menyejukkan diri. Simptom MS sering menjadi lebih teruk apabila suhu badan meningkat. Elakkan pendedahan kepada haba dan gunakan alat bantuan seperti skaf atau jaket penyejuk.
  • Makan makanan yang seimbang. Hasil kajian menunjukkan bahawa diet yang rendah lemak tepu tetapi tinggi dengan asid lemak Omega-3, seperti yang terdapat dalam minyak zaitun dan ikan, boleh memberi manfaat. Bagaimanapun, kajian lanjut masih diperlukan. Kajian juga menunjukkan bahawa vitamin D mungkin mempunyai manfaat untuk mereka yang mempunyai MS.
  • Kurangkan stres. Stres boleh mencetuskan atau memburukkan lagi tanda dan simptom anda. Yoga, tai chi, urutan, meditasi atau pernafasan dalam boleh membantu menangani stres.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 5, 2018

Rujukan