Toksikologi (Ujian)

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Definisi

Apakah itu Ujian Toksikologi?

Ujian toksikologi dilakukan bagi mengkaji kehadiran ubat atau bahan kimia tertentu dalam tubuh anda melalui pemeriksaan darah, air kencing, air liur, kandungan perut atau peluh anda.

Ubat-ubat dan bahan kimia ini tetapi tidak terhad kepada ubat-ubatan preskripsi, ubat-ubatan tanpa preskripsi (seperti aspirin atau acetaminophen), vitamin, suplemen pemakanan, alkohol, dan dadah haram, seperti kokain dan heroin. Bahan-bahan ini mungkin dilepaskan ke dalam badan anda secara tidak sengaja atau dengan sengaja.

Ujian toksikologi boleh memeriksa sehingga 30 jenis ubat / dadah sekaligus. Terdapat tiga  sebab mengapa ujian ini sering dilakukan dalam sampel air kencing berbanding sampel darah atau air liur. Pertama, adalah lebih mudah untuk melakukan ujian ke atas air kencing dan air liur daripada darah dan ubat-ubatan lebih cenderung untuk dikesan dalam air kencing atau air liur. Kedua, air kencing mengandungi sisa / kesan dadah untuk tempoh yang lebih lama daripada darah. Akhir sekali, ujian air liur dapat mengesan ubat-ubatan yang digunakan pada hari sebelumnya manakala ujian air kencing sering dapat mengesan penggunaan dadah dalam tempoh lima hari yang lepas.

Mengapakah Ujian Toksikologi dilakukan?

Ujian ini biasanya digunakan dalam banyak situasi kecemasan seperti untuk menentukan sama ada dadah diambil secara tidak sengaja atau sengaja dalam situasi terlebih dos atau keracunan; untuk mencari punca ketoksikan dadah yang teruk; untuk menjejaki jika seseorang itu bergantung kepada dadah; untuk mengenalpasti kehadiran ubat-ubatan tertentu dalam badan untuk tujuan perubatan atau perundangan.

Sebab-sebab lain ujian boleh dilakukan:

  • Alkohol;
  • Keadaan sarak/ gian alkohol;
  • Perubahan status mental;
  • Nefropati analgesik (keracunan buah pinggang);
  • Komplikasi abstinens (tangguh guna) alkohol yang rumit (kecelaruan kecemasan);
  • Delirium (racauan);
  • Demensia;
  • Pemantauan penyalahgunaan dadah;
  • Sindrom fetal alkohol;
  • Dos berlebihan yang disengajakan;
  • Sawan;
  • Strok sekunder kepada kokain;
  • Disyaki berlakunya serangan seksual.

Perkara yang perlu diketahui

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menjalani ujian Toksikologi?

Menggunakan sampel air kencing atau darah akan memberikan hasil yang lebih invasif dan tepat daripada menggunakan sampel air liur. Secara umum, mengesan dadah dalam air kencing lebih mudah daripada mengesan dadah dalam darah jika menggunakan kaedah makmal.

Kaedah yang digunakan untuk menjalankan ujian akan mempengaruhi kejituan keputusan. Jika dadah yang telah diambil tidak dikesan, ini dipanggil hasil negatif palsu. Sebaliknya, hasil positif palsu adalah apabila ubat-ubatan yang tidak diambil dikesan.

Sekurang-kurangnya dua kaedah harus digunakan untuk mengesahkan kehadiran atau penyalahgunaan dadah kerana kemungkinan keputusan yang palsu, akibat yang mungkin berlaku (seperti penangkapan atau kehilangan pekerjaan), dan aspek perundangan ujian dadah.

Secara umumnya, adalah hampir mustahil untuk menukar keputusan ujian dengan meminum banyak air atau mengambil bahan-bahan lain.

Untuk mengelakkan penggantian atau kehilangan sampel ujian dalam kes penyalahgunaan dadah yang disyaki, dokumen “rantai penjagaan” yang disimpan bersama laporan ujian memerlukan tandatangan dari setiap orang yang mengendalikan sampel tersebut. Juga, orang yang terlatih mungkin perlu mengawasi pengambilan sampel air kencing, darah, atau air liur.

Penyalahgunaan ubat sedut tidak dapat dikesan oleh ujian standard. Apabila seseorang menyedut atau menghidu produk rumahtangga biasa untuk “berkhayal”, ini dipanggil penyalahgunaan inhalan. Gam, penanggal gilap kuku, cecair pemetik api, cat sembur, dan cecair pembersih adalah produk-produk biasa yang digunakan dalam penyalahgunaan ini.

Proses

Apakah persediaan yang diperlukan sebelum menjalani ujian Toksikologi?

Bincangkan dengan teliti dengan doktor anda mengenai setiap aspek kesihatan anda atau ubat-ubatan yang anda ambil (termasuk ubat-ubatan tanpa preskripsi) untuk mendapat keputusan yang terbaik. Pada amnya, tidak ada persediaan khas untuk ujian standard.

Apabila menyiasat keadaan penyalahgunaan dadah, ujian ini sering dilakukan sebagai salah satu langkah dalam penyiasatan. Dalam kes ini, prosedur khas diperlukan seperti persetujuan khas, pengendalian dan pelabelan spesimen.

Apakah yang berlaku semasa ujian Toksikologi?

Apabila ujian dilakukan dengan sampel darah, jumlah darah yang mencukupi akan dikeluarkan melalui jarum yang dimasukkan ke dalam urat. Kemudian sampel ini akan diperiksa dan keputusan akan dihasilkan melalui ujian prosedur tersebut.

Apabila melakukan ujian air kencing, untuk mengelakkan sebarang gangguan dalam sampel, penguatkuasa undang-undang atau kakitangan perubatan akan diminta memantau proses pengambilan sampel air kencing oleh pesakit.

Apakah yang berlaku selepas ujian Toksikologi?

Selepas ujian, anda sentiasa dimaklumkan akan perkembangannya untuk memastikan sama ada hasilnya jitu dan mengukur tahap ubat tertentu.

Penjelasan Keputusan

Apakah maksud keputusan ujian saya?

Ujian toksikologi

Normal: Tiada dadah yang tidak dijangka terdapat dalam darah, air kencing, atau air liur.

Tahap ubat preskripsi atau tanpa preskripsi yang terkandung dalam darah, air kencing, atau air liur berada dalam lingkungan (terapeutik) yang berkesan.

Tidak normal: Dadah yang tidak dijangka terdapat dalam darah, air kencing, atau air liur.

Tahap ubat preskripsi atau tanpa preskripsi yang terkandung dalam darah, air kencing, atau air liur terlalu rendah atau terlalu tinggi untuk dikategorikan dalam lingkungan berkesan (terapeutik) atau berpotensi toksik, jika terlalu tinggi.

Nilai yang tinggi

Satu dos ubat berlebihan yang besar atau penggunaan ubat secara berlebihan untuk tempoh jangka panjang boleh mengakibatkan berlebihan dos ubat. Dos ubat berlebihan boleh membawa kepada tahap ubat preskripsi atau tanpa preskripsi yang tinggi. Apabila anda mula mengambil ubat baru, tindak balas juga boleh menyebabkan masalah. Pengambilan ubat yang salah atau pengambilan ubat secara berterusan yang tidak betul dianggap sebagai dua punca yang menyebabkan nilai tahap tinggi.

Nilai yang rendah

Tahap ubat-ubatan preskripsi atau tidak preskripsi yang rendah boleh dijelaskan dengan cara mengambil ubat yang tidak betul.

Apa Yang Mempengaruhi Keputusan Ujian?

Sebab-sebab hasil keputusan tidak banyak membantu termasuk:

  • Beberapa ubat yang boleh disalah anggap sebagai ubat lain. Sebagai contoh, ubat batuk yang tidak mengandungi narkotik boleh dikenalpasti sebagai narkotik;
  • Minum atau makan beberapa jenis makanan (seperti makanan yang mengandungi biji popi / kaskas);
  • Mempunyai darah dalam air kencing;
  • Sela masa antara mengambil ubat dan mengambil sampel;
  • Tidak mempunyai sampel air kencing yang cukup banyak.

Banyak ubat boleh mengubah keputusan ujian ini. Pastikan anda memberitahu doktor tentang semua ubat tanpa preskripsi dan preskripsi yang anda ambil.

Hasil ujian mungkin dipengaruhi oleh ubat-ubatan tertentu. Oleh itu, berbincanglah dengan doktor anda tentang semua ubat yang tanpa preskripsi dan preskripsi yang anda ambil.

Bergantung kepada makmal dan hospital, julat normal untuk Ujian Toksikologi mungkin berbeza-beza. Sila berbincang dengan doktor anda sekiranya mempunyai apa-apa soalan tentang keputusan ujian anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan