Salur Air Mata Tersumbat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 27/11/2019

Definisi

Apakah itu saluran air mata tersumbat?

Saluran air mata tersumbat berlaku apabila sistem saliran air mata separa tersumbat atau tersumbat secara keseluruhan. Air mata tidak dapat disalirkan secara normal, dan menyebabkan mata berair, pedih atau jangkitan kronik. Masalah ini selalunya boleh dirawat. Rawatan bergantung kepada punca sumbatan dan umur pesakit tersebut.

Apakah kebarangkalian saluran air mata tersumbat?

Saluran air mata tersumbat secara relatifnya lazim dalam kalangan bayi baru lahir. Dalam kalangan orang dewasa, masalah ini menyebabkan jangkitan, bengkak, kecederaan atau ketumbuhan mata. Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom saluran air mata tersumbat?

Simptom lazim bagi masalah air mata tersumbat ialah:

  • Air mata berlebihan
  • Mata merah
  • Bengkak yang sakit di bahagian tepi mata
  • Kelopak mata berkerak / berkeruping
  • Mukus  
  • Kabur penglihatan

Apabila saluran air mata tersumbat, bakteria terperangkap di dalam kantung nasolakrimal dan menyebabkan jangkitan. Simptom jangkitan adalah seperti:

  • Radang (bengkak), sakit ketika dipegang dan kemerah-merahan di tepi mata atau di sekeliling mata dan hidung
  • Mukus mata
  • Bulu mata berkeruping
  • Kabur penglihatan
  • Air mata berdarah
  • Demam

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom, sila berunding dengan doktor anda.

Bilakah saya perlu berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda sekiranya anda mengalami perkara berikut:

  • Air mata keluar untuk beberapa hari
  • Mata anda dijangkiti beberapa kali atau sentiasa dijangkiti

Punca-punca

Apakah punca-punca air mata tersumbat?

Air mata tersumbat adalah disebabkan oleh:

  • Tersumbat secara kongenital. Bagi bayi baru lahir, sumbatan ini adalah disebabkan membran (lapisan) tertutup seperti yang sepatutnya pada waktu lahir
  • Perubahan berkaitan umur. Bagi orang dewasa, bukaan kecil untuk menyalirkan air mata (punca) menjadi sempit dan menyebabkan tersumbat
  • Jangkitan atau radang. Jangkitan atau radang kronik mata nada, sistem saliran air mata atau hidung akan menyebabkan saluran tersumbat. Sinusitis kronik mungkin menyebabkan iritasi pada tisu dan membentuk parut, dan menghalang sistem air mata
  • Trauma hidung seperti hidung patah, tisu parut
  • Ketumbuhan, di mana ia akan menekan sistem saluran air mata dan menghalang saliran air mata tersebut
  • Kimoterapi dan rawatan radiasi untuk kanser, dan menyebabkan saluran air mata tersumbat sebagai kesan sampingannya

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya mendapat air mata tersumbat?

Terdapat banyak faktor risiko masalah ini, antaranya ialah:

  • Umur dan jantina. Wanita berusia berisiko tinggi untuk mendapat air mata tersumbat kerana perubahan berkaitan usia
  • Inflamasi mata kronik
  • Pembedahan seperti pembedahan mata, kelopak mata, hidung atau sinus
  • Jika anda menggunakan ubat anti-glaukoma, anda berisiko tinggi untuk mendapat gangguan ini
  • Ubat kimoterapi dan rawatan radiasi untuk kanser

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang disediakan bukan sebagai pengganti kepada mana-mana nasihat perubatan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah air mata tersumbat didiagnosis?

Untuk diagnosis masalah ini, doktor akan bertanya tentang simptom anda, memeriksa mata untuk mengesan punca lain dan melakukan beberapa ujian.

Ujian-ujian berikut digunakan untuk diagnosis masalah ini:

  • Ujian saliran air mata. Ujian ini dilakukan untuk melihat kadar air mata anda mengalir
  • Pengairan dan probing. Doktor akan meletakkan larutan air suling pada sistem saliran air mata anda untuk memeriksa fungsi salirannya
  • Ujian pengimejan mata seperti X-ray, imbasan CT, MRI. Prosedur ini dilakukan untuk mengesan lokasi dan punca sumbatan

Bagaimanakah air mata tersumbat dirawat?

Rawatan anda bergantung kepada punca masalah ini. Kadangkala, lebih daripada satu rawatan diperlukan untuk merawat masalah ini. Antaranya ialah:

  • Jika doktor mengesyaki berlaku jangkitan pada mata anda, doktor akan preskripsi ubat titisan atau pil antibiotik
  • Urutan saluran air mata. Untuk membuka saluran bagi bayi, tanya doktor untuk menunjukkan kaedah urutan. Anda boleh menekan dengan lembut antara saluran tersebut, sepanjang bahagian atas hidung untuk membantu melegakannya
  • Jika anda mengalami kecederaan muka dan menyebabkan masalah ini, doktor akan mengesyorkan anda untuk menunggu beberapa bulan untuk melihat sama ada masalah tersebut pulih bersama pemulihan kecederaan yang lain atau tidak
  • Meluaskan, probing dan pembilasan. Bagi bayi dan kanak-kanak yang mempunyai saluran tidak terbuka, atau bagi orang dewasa yang mengalami saluran separa tersumbat, kaedah ini diguna pakai
  • Balloon catheter dilation. Jika rawatan lain tidak berkesan, prosedur ini mungkin digunakan. Ia biasanya berkesan kepada bayi dan kanak-kanak dan mungkin digunakan kepada orang dewasa yang mengalami separa sumbatan
  • Stenting atau letak tiub. Prosedur ini biasanya dilakukan dengan menggunakan ubat bius am
  • Pembedahan digunakan untuk merawat air mata tersumbat dipanggil dacryocystorhinostomy. Prosedur ini membuka laluan untuk air mata untuk disalirkan semula kepada hidung

Perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan yang membantu saya menangani air mata tersumbat?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut membantu anda mengatasi masalah air mata tersumbat:

  • Basuh tangan anda dengan teliti dan kerap
  • Cuba elak daripada menggosok mata anda
  • Jangan merokok berhampiran bayi anda kerana selain daripada ianya berbahaya kepada kesihatan, ia juga boleh merengsa laluan hidung bayi anda dan menyebabkan ia tersumbat

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda untuk memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak menyediakan khidmat nasihat, diagnosis dan rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Terdapat pelbagai cara mengatasi tekanan perasaan yang boleh anda cuba. Antaranya adalah melakukan seks bersama pasangan. Klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Kerap Ejakulasi Pun Bahaya Buat Lelaki, Lagi-lagi Jika Selalu Pancut Disebabkan Onani

    Jika saya kerap melancap, adakah terdapat sebarang kesan melancap yang buruk boleh berlaku? Bagaimana pula dengan manfaatnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

    Anak-anak mudah menjadi bosan dan hilang fokus dalam pembelajaran. Oleh itu, apa kata gunakan kaedah pembelajaran online untuk tarik minat pelajar sekolah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Ya, AEFI Pada Vaksin Memang Wujud, Tapi Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kesan Sampingan Vaksin

    Vaksin merupakan satu bentuk rawatan pencegahan yang berkesan untuk menghindari masalah penyakit berjangkit. Namun, ia juga mempunyai kesan sampingan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    air mani

    Cara Nak Tahu Sperma Suami Subur Atau Tak (Hanya Lihat Warnanya Saja!)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada Mei 27, 2020
    berak berdarah

    Ini Rupanya 7 Punca Sebenar Berak Berdarah, Yang Terakhir Boleh Buat Kecut Perut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    topeng muka

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    5-cara-penyelesaian-masalah-tidur-suami-isteri

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020