Jangkitan Staph

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Definisi

Apa itu Jangkitan Staph?

Jangkitan staph disebabkan oleh bakteria staphylococcus, sejenis kuman yang biasanya ditemui pada kulit atau hidung walaupun pada individu yang sihat. Kebiasaannya, bakteria ini tidak menimbulkan sebarang masalah atau mengakibatkan jangkitan kulit yang minor.

Tetapi jangkitan staph ini boleh bertukar menjadi sangat bahaya sekiranya ia menceroboh lebih dalam ke dalam tubuh anda dengan memasuki salur darah, sendi, tulang, paru-paru mahupun jantung. Semakin ramai orang yang sihat sebaliknya mengembangkan jangkitan staph yang mengancam nyawa.

Rawatan biasanya melibatkan antibiotik dan pengaliran kawasan yang dijangkiti. Walau bagaimanapun, beberapa jangkitan staph tidak lagi respon kepada antibiotik biasa.

Apakah kebarangkalian Jangkitan Staph?

Jangkitan staph sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada pesakit pelbagai umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Jangkitan Staph?

Jangkitan staph boleh pelbagai daripada masalah kulit minor sehingga endokarditis, jangkitan yang boleh meragut nyawa pada bahagian lapisan dalaman jantung anda (endokardium). Kesannya, tanda dan simptom bagi jangkitan staph adalah berbeza secara meluas, bergantung kepada lokasi dan keterukan jangkitan tersebut.

Jangkitan kulit disebabkan oleh bakteria staph termasuk:

  • Bisul. Jenis jangkitan staph paling biasa terjadi ialah bisul. Ia merupakan poket nanah yang berkembang dalam folikel rambut atau kelenjar minyak. Kulit pada kawasan yang dijangkiti biasanya menjadi merah dan bengkak. Jika bisul ini pecah dan terbuka, berkemungkinan nanah akan mengalir. Bisul sering terjadi di bahagian bawah lengan atau sekitar pangkal paha atau punggung.
  • Impetigo. Ini merupakan ruam berjangkit yang sangat sakit disebabkan oleh bakteria staph. Impetigo biasanya mempunyai lepuhan besar yang boleh merembes keluar cecair dan membentuk kerak berwarna madu.
  • Selulitis. Selulitis — ialah jangkitan kulit pada lapisan lebih dalam — Menyebabkan kulit kemerahan dan bengkak pada permukaan kulit anda. Kudis (ulser) atau kawasan yang merembes keluar discaj juga akan terbentuk. Selulitis sering terjadi pada bahagian kaki.
  • Sindrom kulit lecur stafilokokal. Toksin yang dihasilkan kesan daripada jangkitan staph yang mengakibatkan sindrom kulit lecur stafilokokal. Kebanyakkan terjadi kepada bayi dan kanak-kanak. Keadaan ini mempunyai ciri demam, ruam dan kadangkala lepuhan. Apabila lepuhan itu pecah, lapisan kulit atas tercabut – meninggalkan permukaan merah yang mentah kelihatan seperti luka bakar.

Bakteria staph adalah antara punca utama yang sering menyebabkan keracunan makanan. Simptom datang dengan cepat, biasanya dalam beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar. Simptom biasanya hilang secara cepat juga, selalunya dalam masa setengah hari. Jangkitan staph dalam makanan biasanya tidak mengakibatkan demam. Antara tanda dan simptom yang anda boleh jangka kesan jangkitan staph ini termasuk:

  • Loya dan muntah
  • Cirit birit
  • Dehidrasi
  • Tekanan darah rendah
  • Bakteremia

Juga dikenal sebagai keracunan darah. Bakteremia berlaku apabila bakteria staph masuk ke dalam salur darah seseorang. Demam dan tekanan darah rendah merupakan tanda-tanda bakteremia. Bakteria boleh pergi ke lokasi lebih dalam pada tubuh badan anda bagi menghasilkan jangkitan yang akan menjejaskan:

  • Organ dalaman seperti otak, jantung atau paru-paru
  • Tulang dan otot
  • Peranti yang ditanam melalui pembedahan, seperti sendi buatan atau perentak jantung
  • Sindrom kejutan toksik

Keadaan yang mengancam nyawa ini kesan daripada toksin yang dihasilkan oleh beberapa strain bakteria staph. Hal ini dikaitkan dengan penggunaan jenis tampon yang tertentu, luka kulit dan pembedahan. Ia biasanya terjadi secara tiba-tiba dengan:

  • Demam panas
  • Loya dan muntah
  • Ruam pada tapak tangan dan tapak kaki yang menyerupai selaran matahari
  • Kebingungan
  • Sakit otot
  • Cirit birit
  • Sakit perut
  • Artritis septik

Artritis septik biasanya disebabkan oleh jangkitan staph. Bakteria ini selalu mensasarkan bahagian lutut. Namun begitu, sendi lain boleh terjejas juga seperti buku lali, pinggang, pergelangan tangan, siku, bahu dan spina. Tanda-tanda dan simptom-simptom termasuk:

  • Bengkak pada sendi
  • Sakit teruk pada sendi yang terlibat
  • Demam

Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda mengalami mana-mana yang berikut:

  • Kawasan kulit yang merah, mengganggu mahupun menyakitkan
  • Lepuhan yang dipenuhi nanah
  • Demam

Anda juga mungkin perlu berunding dengan doktor anda sekiranya:

  • Jangkitan kulit boleh disebarkan daripada seorang ahli keluarga kepada seorang yang lain.
  • Dua orang atau lebih ahli keluarga yang mengalami jangkitan kulit pada masa yang sama

Punca

Apakah Punca Jangkitan Staph?

Ramai orang membawa bakteria staph ini dan tidak pernah terkena jangkitan staph. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mula mengalami jangkitan staph, berkemungkinan besar ia berpunca daripada bakteria yang selama ini anda bawa sejak sekian lama.

Bakteria ini juga boleh berpindah daripada seseorang kepada seorang lain. Hal ini kerana bakteria staph sesuatu yang tahan lasak. Ia boleh tinggal pada objek tidak bernyawa seperti sarung bantal atau tuala cukup lama untuk berpindah pada orang seterusnya yang memegang objek tersebut.

Bakteria staph juga boleh terus hidup pada keadaan:

  • Kekeringan
  • Suhu yang ekstrim
  • Tinggi kepekatan garam

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Jangkitan Staph?

Pelbagai faktor – daripada status sistem imun anda kepada jenis sukan yang anda sertai – boleh meningkatkan risiko anda dalam mendapat jangkitan staph.

Keadaan kesihatan semasa: Beberapa kecelaruan atau ubatan yang digunakan bagi merawat penyakit tersebut boleh menyebabkan anda lebih mudah untuk mendapat jangkitan staph. Orang yang lebih cenderung untuk mendapat jangkitan staph termasuklah mereka yang:

  • Penghidap kencing manis yang menggunakan insulin
  • HIV/AIDS
  • Kegagalan buah pinggang yang memerlukan dialisis
  • Sistem imun yang lemah – sama ada daripada penyakit atau ubatan yang melemahkan menekan sistem imun.
  • Kanser, khususnya bagi mereka yang menjalani kemoterapi. atau radiasi
  • Kerosakan kulit – daripada keadaan seperti ekzema sehingga gigitan serangga atau trauma minor yang mendedahkan kulit
  • Penyakit pernafasan, seperti sista fibrosis atau emfisema

Rawatan semasa atau yang terbaru: Di sebalik usaha gigih untuk membasminya, bakteria staph masih wujud di hospital-hospital, di mana mereka menyerang golongan yang paling lemah, termasuk mereka yang:

  • Lemah sistem imun
  • Luka bakar
  • Luka pembedahan
  • Alat invasif

Bakteria staph boleh berjalan sepanjang tiub perubatan yang menghubungkan dunia luar dengan organ dalaman anda. Contohnya:

  • Dialisis
  • Kateter urinari
  • Tiub makanan
  • Intubasi pernafasan
  • Kateter intravaskular
  • Sukan sentuh

Bakteria staph boleh merebak dengan mudah melalui luka, melecet atau sentuhan kulit ke kulit. Jangkitan staph juga boleh merebak dalam loker bilik melalui perkongsian pisau cukur, tuala, pakaian seragam atau peralatan lain.

Persediaan makanan yang tidak bersih: Pengendali makanan yang tidak membasuh tangan mereka dengan sempurna boleh memindahkan staph daripada kulit mereka kepada makanan yang mereka sediakan. Makanan yang tercemar dengan staph akan kelihatan dan rasa seperti normal.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Jangkitan Staph didiagnosis?

Bagi mendiagnosis jangkitan staph, doktor anda akan:

  • Melakukan pemeriksaan fizikal. Semasa pemeriksaan, doktor anda akan memeriksa secara dekat sebarang lesi kulit yang anda hadapi.
  • Mengumpul sampel untuk dikaji. Kebanyakan doktor biasanya mendiagnos jangkitan staph dengan memeriksa sampel tisu atau rembesan hidung bagi mengesan tanda-tanda bakteria.

Bagaimana pesakit Jangkitan Staph dirawat?

Rawatan bagi jangkitan staph termasuk:

  • Doktor akan melakukan ujian bagi mengenalpasti jenis bakteria staph di sebalik jangkitan anda dan membantu dalam memilih antibiotik yang berkesan. Antibiotik yang sering dicadangkan dalam merawat jangkitan staph termasuklah Sefalosporin tertentu, nafsilin atau antibiotik yang berkaitan, drug sulfa atau vancomycin. Keperluan bagi vancomycin sangat meningkat dalam merawat jangkitan staph yang serius. Hal ini kerana banyak strain bakteria staph telah menjadi rintangan kepada ubat tradisional yang lain. vancomycin dan beberapa antibiotik lain diberikan melalui intravena. Jika anda diberi antibiotik oral, pastikan anda mengambilnya seperti yang diarahkan dan habiskan semua ubat yang dinasihatkan oleh doktor anda. Bertanya pada doktor tentang tanda dan simptom yang perlu anda perhatikan sekiranya jangkitan anda bertambah teruk.
  • Penyaliran luka. Sekiranya anda mengalami jangkitan kulit, doktor anda akan membuat satu insisi ke dalam kudis bagi mengalirkan cecair yang terkumpul.
  • Penyingkiran alat. Sekiranya jangkitan anda melibatkan alat atau prostetik, alat tersebut perlu disingkirkan segera. Bagi sesetengah alat, penyingkirannya mungkin memerlukan pembedahan.

Bakteria staph sangat mudah menyesuaikan diri. Banyak jenisnya telah menjadi rintangan kepada satu atau lebih antibiotik. Sebagai contoh, jangkitan staph pada hari ini terdapat sekitar 10 peratusan sahaja yang boleh disembuhkan dengan penicillin. Kemunculan strain bakteria staph yang tahan antibiotik – sering digambarkan sebagai strain Staphylococcus aureus yang tahan methicillin (MRSA) – telah mengakibatkan penggunaan antibiotik alternatif yang berpotensi memberi lebih kesan sampingan seperti vancomycin.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Jangkitan Staph?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi jangkitan staph:

  • Basuh tangan anda. Basuh tangan dengan cermat adalah pertahanan terbaik anda dalam melawan kuman. Basuh tangan dengan pantas sekurang-kurangnya 15-30 saat. Kemudian, keringkannya dengan tuala pakai buang dan gunakan tuala lain untuk menutup kepala paip. Sekiranya tangan anda tidak kelihatan kotor, anda boleh gunakan pensanitasi yang mengandungi sekurang-kurangnya 62 peratusan alkohol.
  • Pastikan luka ditutup. Pastikan luka dan melecet bersih dan ditutup dengan kain pembalut yang kering serta steril sehingga ia sembuh. Nanah daripada kudis yang telah terkena jangkitan biasanya mengandungi bakteria staph. Dengan memastikan luka anda ditutup, ia membantu mengelakkan bakteria daripada merebak.
  • Kurangkan risiko tampon. Sindrom kejutan toksik disebabkan oleh bakteria staph. Tampon yang digunakan dalam tempoh yang lama boleh menjadi pusat pembiakan bagi bakteria staph. Anda boleh mengurangkan peluang daripada terkena sindrom kejutan toksik dengan menukar tampon secara kerap sekurang-kurangnya pada setiap empat hingga lapan jam. Guna seboleh mungkin tampon yang kadar penyerapannya paling rendah dan cuba kerap menukar tampon serta tuala wanita selagi boleh.
  • Simpan barangan peribadi anda. Elakkan berkongsi barang-barang peribadi seperti tuala, cadar, pisau cukup, pakaian atau peralatan atletik. Jangkitan staph boleh merebak kepada barang-barang sebagaimana ia merebak daripada seseorang kepada seorang yang lain.
  • Cuci pakaian dan cadar dengan air panas. Bakteria staph boleh hidup pada pakaian dan cadar yang tidak dicuci sempurna. Bagi menghilangkan bakteria daripada pakaian dan cadar, basuhlah dengan menggunakan air panas selagi boleh. Selain itu, guna peluntur pada mana-mana bahan peluntur yang selamat. Pengeringan di pengering adalah lebih baik daripada pengeringan udara, tetapi bakteria staph dapat bertahan pada pengering pakaian.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan