Minggu demi minggu

8 Cara Mudah Bagi Bayi Tidur Lena, Ibu Ayah Baru Kena 'Master' Trik WAJIB Ini!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Tangisan bayi di tengah malam bukanlah suatu perkara asing buat ibu bapa baharu. Jika bayi terjaga di tengah malam, bukan ibu bapa sahaja yang akan merasa kesannya (tidak cukup tidur). Bahkan juga, si manja turut merasai kesan akibat tidak mendapat tidur yang lena. Hal ini kerana, bayi yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengganggu proses tumbesaran mereka. Bagi membantu si manja mendapatkan tidur yang lena pada malam hari, cuba ikuti panduan di bawah:

Cukup makan

Sebelum tidur, pastikan bayi sudah diberikan susu yang mencukupi bagi mengelakkan dia terjaga di tengah malam untuk menyusu.

Bersihkan badan

Sebelum tidur, lap badan bayi menggunakan tuala yang direndam dengan air suam.

Urutan

Selepas membersihkan badan bayi, lakukan urutan lembut pada tubuh badan bayi termasuk tangan dan kaki. Penggunaan minyak bayi ataupun losen boleh membantu proses urutan dan harumannya boleh merangsang si manja mendapatkan tidur yang lena.

Persekitaran

Jika ingin menidurkan bayi, pastikan pencahayaan dalam bilik tidur suram.

Lullaby

Anda boleh memasang alunan muzik lullaby ataupun zikir yang sesuai bagi merangsang mood tidur si manja.

Pakaian

Tahukah anda bahawa faktor pakaian semasa tidur juga boleh membuatkan si manja terjaga daripada tidur. Jadi, pastikan anda memakaikan bayi dengan pakaian yang sesuai dan selesa biarpun semasa dia sedang tidur. Anda boleh juga membalutkan tubuh bayi dengan selimut nipis untuk menghangatkan tubuhnya semasa tidur.

Rutin tidur

Ajar si manja tidur pada satu-satu waktu. Contohnya, terus bawa si manja tidur pada setiap jam 9 malam pada setiap hari. Dengan cara ini, bayi anda akan mengulangi waktu tidur yang sama setiap hari.

Beza siang dan malam

Bayi memang akan tidur tidak kira siang ataupun malam. Namun, anda perlu ajar bayi membezakan tidur siang dan malam mereka dengan cara membiarkan bayi tidur di bakul bayi pada waktu siang dan tidur di katil bayi ataupun bersama anda pada waktu malam.

Jika bayi anda terjaga pada waktu malam, tepuklah punggung atau pahanya dengan lembut bagi merangsangnya untuk terus tidur. Sekiranya si manja menangis, periksa sama ada berlaku kebocoran lampin. Anda juga boleh mendukung bayi anda seketika sambil mendodoinya dengan suara yang perlahan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga: Teknik-Teknik Hentikan Bayi Menangis

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Tarikh Reviu: 03/09/2018 | Kali terakhir kemaskini: 03/04/2020

Rujukan

Artikel lain untuk anda

buah keras

Selami Manfaat Buah Keras Terhadap Kesihatan dan Kecantikan

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/07/2020 . 8 minit bacaan
lampu garam

Simpan Lampu Garam Dalam Rumah Untuk Rawat Resdung? Baca Ini Sebelum Beli!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
pil kontrasepsi darurat

Belum Bersedia Jadi Ibu? Ambil Pil Cegah Hamil, Penyelamat Selepas Si Dia Pancut Dalam!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 03/07/2020 . 8 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jangkitan Kuman, Serebral Palsi; Ada Lagi 13 Komplikasi Jika Bayi Lahir Pramatang

Perkembangan bayi boleh terganggu dek kelahiran pramatang. Mereka juga berisiko untuk mengalami komplikasi negatif. Ketahui 13 kesan buruk bayi pramatang.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 03/07/2020 . 3 minit bacaan

Selain Kanser, Ini 6 Sebab Mengapa Boleh Ada Benjolan Bawah Ketiak! No 5 Paling Tak Disangka!

Kenapa ada benjolan di ketiak ni? Tak mungkin kanser tapi apa ya? Artikel ini ada jawapan untuk persoalan anda berkaitan keadaan kesihatan itu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 03/07/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Lelaki Saja, Wanita Juga Boleh Alami Masalah Orgasma Pramatang!

Pernahkah anda mendengar tentang wanita yang mempunyai masalah klimaks awal? Ambil tahu tentang masalah ini dan cara untuk kenal pastinya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 03/07/2020 . 3 minit bacaan

Beronani Sebelum Beraksi Di Ranjang – Adakah Ia Membantu ‘Persembahan’ Anda?

Ramai yang percaya bahawa kesan onani terhadap hubungan seks adalah boleh menyelesaikan masalah tidak tahan lama dan sukar mencapai orgasma. Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 03/07/2020 . 3 minit bacaan