Jenis Susu Ibu

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kita semua tahu bahawa susu ibu membekalkan nutrisi yang diperlukan bayi semasa bulan pertama kehidupan mereka. Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa terdapat lebih daripada satu jenis susu ibu.

Apakah itu susu ibu?

Susu ibu ialah susu daripada payudara seorang perempuan selepas kehamilannya, bermula daripada sekitar 24 hingga 48 jam selepas melahirkan. Susu ibu dianggap sebagai sumber nutrisi paling penting bagi bayi sebelum mereka dapat menghadam makanan lain.

Kebaikan susu ibu

Susu ibu adalah sumber nutrisi yang hebat. Pemakanan si ibu memberi kesan kepada nutrisi dalam susu tersebut, terutamanya konsentrasi nutrisi seperti vitamin A, vitamin B, iodin  asid lemak yang diperlukan dan asid lemak DHA. Jadi, setiap susu ibu berbeza daripada satu sama lain dan hingga kini tiada susu formula yang dapat menyerupai susu ibu 100%.

Susu ibu bukanlah seperti sebarang makanan yang telah tersedia, sebaliknya, ia berubah sepanjang tahap penyusuan, mengikut cuaca dan jantina bayi, untuk mencukupkan keperluan perkembangan bayi.

Jenis susu ibu

Walaupun kandungan susu ibu berubah mengikut perkembangan bayi, secara amnya terdapat 3 jenis susu ibu: kolostrum, susu transisi, dan susu matang.

Kolostrum

Kolostrum ialah peringkat pertama susu ibu. Ia adalah susu kekuningan yang dihasilkan sewaktu kehamilan dan berlangsung beberapa hari selepas kelahiran bayi. Kolostrum sangat kaya dengan nutrisi dan antibodi, membuatkannya makanan yang sempurna untuk bayi yang baru lahir. Kolostrum sangat tinggi dengan protein, vitamin larut lemak, dan imunoglobulin. Immunoglobulin adalah antibodi daripada ibu kepada bayi dalam kandungan yang memberikan imuniti pasif kepada bayi. Imuniti pasif melidungi bayi daripada pelbagai jenis penyakit bakteria dan virus. Dua hingga empat hari selepas kelahiran, kolostrum akan digantikan dengan susu transisi.

Susu Transisi

Susu transisi menggantikan kolostrum dalam masa empat hari selepas kelahiran dan berterusan selama dua minggu. Ia mengandungi laktos, vitamin larut air, dan kandungan lemak yang tinggi. Susu transisi juga mengandungi lebih banyak kalori berbanding kolostrum.

Susu Matang

Susu matang mula muncul pada penghujung minggu kedua selepas kelahiran. Susu matang lebih ringan, dan mempunyai lebih air berbanding susu transisi. Air merupakan 90% daripada komponen susu matang, yang membantu bayi terhidrat. 10% lagi terdiri daripada karbohidrat, protein dan lemak yang diperlukan untuk tumbesaran bayi. Terdapat dua jenis susu matang:  susu permulaan dan susu penghujung. Foremilk atau susu permulaan berlaku pada permulaan penyusuan dan mengandungi vitamin, air dan protein. Hindmilk atau susu penghujung berlaku pada penghujung penyusuan dan mengandungi kandungan lemak yang lebih tinggi, yang diperlukan untuk membantu pertambahan berat badan bayi. Kedua-duanya diperlukan untuk memastikan bayi menerima nutrisi yang mencukupi untuk membesar dengan sihat.

Hello Health Group tidak menyediakan khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut