backup og meta

Tindik Telinga Bayi: Selamat atau Tidak?

Tindik Telinga Bayi: Selamat atau Tidak?

Anting-anting merupakan perhiasan yang lazim digunakan oleh wanita di seantero dunia. Bagi membolehkan wanita memakai anting-anting, mereka perlu ditindik pada bahagian cuping telinga terlebih dahulu. Lazimnya, ibu bapa akan menindik telinga anak mereka seawal usia mereka lagi. Namun begitu, ramai yang tidak tahu akan pelbagai risiko terhadap kesan tindikan ini. Artikel ini akan mengupas lebih lanjut mengenai perbuatan menindik telinga bayi dan merungkai sama ada perbuatan ini selamat atau tidak.

Bilakah waktu paling sesuai untuk menindik telinga bayi?  

Ada ibu bapa memilih untuk menindik bayi ketika mereka masih bayi dan ada juga yang memilih untuk melakukannya apabila anak mereka sudah menginjak usia kanak-kanak. Perihal ini sebenarnya bergantung kepada keputusan ibu bapa itu sendiri. Namun demikian, terdapat beberapa risiko yang akan dialami sekiranya bayi ditindik terlalu awal.

Menindik telinga anak anda ketika masih bayi akan menyebabkan mereka lebih mudah mendapat infeksi. Ini kerana mereka masih belum mempunyai sistem imuniti yang kuat. Menurut Wendy Sue Swanson yang merupakan pakar pediatrik di Seattle Children’s Hospital, Amerika Syarikat, usia yang paling sesuai untuk anak anda ditindik adalah 6 bulan ke atas.

Sekiranya anda inginkan prosedur ini dilakukan dengan selamat dan mengikut kemahuan anak anda sendiri, anda disarankan untuk menunggu sehingga anak anda berumur sekurang-kurangnya 10 tahun. Ini kerana, pada ketika ini mereka sudah boleh berfikir dengan bijak dan mampu menjaga kesihatan telinga mereka sendiri seusai ditindik.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Risiko menindik telinga bayi

Prosedur menindik telinga ini dilakukan dengan mencucuk jarum sepanjang 12 hingga 18 cm ke dalam cuping telinga bagi menebuk lubang padanya. Usai lubang ditebuk, sepasang subang akan dimasukkan ke dalamnya. Perlu diberi perhatian adalah kesan daripada ini akan menyebabkan koyakan pada bahagian cuping telinga. Koyakan ini akan menyebabkan:

  • Luka dan pendarahan
  • Pembengkakan
  • Kegatalan
  • Reaksi alahan terhadap jarum atau anting-anting yang menyentuh kulit
  • Mendapat infeksi kuman seperti nanah
  • Membentuk parut atau keloids

Jika risiko-risiko ini terlihat semakin teruk, segera bawa anak anda berjumpa doktor. Doktor mungkin akan memberi antibiotik. Jika terdapat sebarang reaksi, doktor akan menanggalkan anting-anting pada cuping telinga anak dan anda perlu tunggu sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum memasangkannya kembali.

Penjagaan selepas menindik telinga bayi

Seusai prosedur menindik telinga, anda sebagai ibu bapa perlu memberi perhatian yang lebih terhadap penjagaannya. Berikut merupakan antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:

  • Jauhkan produk seperti minyak wangi, minyak rambut, syampu dan lain-lain produk berbahaya daripada anting-anting.
  • Pastikan baju atau rambut anak anda tidak menganggu atau terlekat pada anting-anting yang dipakai.
  • Elakkan anak anda daripada berenang di sungai atau laut sekurang-kurangnya dua minggu selepas menindik telinga bagi mengelak dijangkiti bakteria.
  • Tanggalkan anting-anting anak anda jika mereka melakukan aktiviti sukan yang memerlukan helmet kerana ia akan memberi tekanan terhadap telinga mereka.

Selepas 6 bulan, anak anda sudah bebas untuk melakukan aktiviti kegemaran mereka semula. Namun begitu, jika anda juga boleh mempertimbangkan untuk membalut atau menutup bahagian cuping telinga mereka menggunakan plaster untuk melindunginya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Bahaya Tindik Telinga Bayi yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang!. https://my.theasianparent.com/tindik-telinga-anak/. Accesed January 10, 2019.

Tindik Telinga Bayi Boleh Sebabkan Kekejangan – Pakar Perubatan. https://www.babycenter.com.my/thread/2696741/tindik-telinga-bayi-boleh-sebabkan-kekejangan-pakar-perubatan. Accesed January 10, 2019.

Ear Piercing for Kids. https://www.parents.com/health/ear-infection/ear-piercing-for-kids/. Accesed January 10, 2019.

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

5 Stroller Baby Yang Best & Memudahkan Ibu Bapa Untuk Bawa Anak Berjalan!

Anak Selalu Sangat Demam? Parents, Ini 5 Vitamin Untuk Kuatkan Imuniti Si Manja!



Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan