Tip Pupuk Yakin Diri Dalam Pekerjaan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Dalam melakukan pekerjaan yang melibatkan pembentangan, temubual atau pengucapan awam, pastinya anda akan mengalami rasa gementar. Dalam situasi ini, bagaimana untuk kita bertenang? Bagaimana untuk anda mengekalkan rasa yakin diri dan melakukan yang terbaik?

Berikut adalah beberapa tip untuk kekal berkeyakinan di dalam pekerjaan:

  1. Latihan

Tiada apa yang akan berjalan lancar tanpa ilmu pengetahuan dan tanpa latihan. Selain penyelidikan menyeluruh berkaitan maklumat yang diperlukan, latihan tambahan di hadapan cermin akan membantu dan dapat mempertingkatkan keyakinan.

Untuk pembentangan, anda harus bersedia dengan sebarang pertanyaan atau gangguan yang akan diterima dari pendengar ketika berucap. Pastikan anda tidak hilang fokus dan terlupa apa yang harus lakukan apabila berdepan situasi tersebut.

  1. Biasakan diri

Kebiasaanya apabila merancang untuk sesuatu pembentangan atau pengucapan awam, anda akan berlatih mengingatinya mengikut turutan seperti 1, 2, 3 dan seterusnya. Untuk memastikan anda mengingati semua langkah dan turutan dengan betul, cuba untuk memulakan dari langkah yang terakhir terlebih dahulu, sebagai contoh; 6, 5, 4, 3, 2 dan 1. Melalui cara ini anda akan dapat menguatkan lagi ingatan anda.

  1. Sedia berdepan kemungkinan

Setelah mempersiapkan diri untuk ucapan atau pembentangan, tiba masanya untuk anda mempersiapkan diri untuk berdepan segala kemungkinan yang tidak akan ramalkan. Apakah pelan anda jika komputer tiba-tiba rosak? Apa yang anda lakukan jika masa pembentangan anda cuma 10 minit dan bukannya 30 minit, kerana pelanggan anda tiba lewat? Cuba untuk senaraikan perkara yang penting dalam ucapan atau pembentangan anda, namun, pastikan ia logik dan mudah difahami.

  1. Membayangkan

Setelah bersedia dengan situasi yang berkemungkinan untuk berlaku, cuba bayangkan apa yang akan anda lakukan. Letakkan diri anda dalam situasi tersebut supaya anda tidak cemas atau panik apabila perkara yang tidak terduga berlaku. Ia membantu anda untuk bertambah yakin.

  1. Jalan penyelesaian

Kembali kepada tip no 3. Apa yang anda akan lakukan jika ke semua yang anda rancang tidak menjadi? Ini adalah langkah di mana anda cuba mencari jalan penyelesaian yang boleh anda lakukan.

  1. Belajar dari kesilapan

Jika anda melakukan kesilapan dalam pengucapan atau pembentangan, dan pelanggan anda tidak menyedari kesilapan tersebut, jangan terlalu cepat berasa lega. Belajar dari kesilapan dan sentiasa ingat kesilapan ini agar ia tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Seperti yang anda lihat, berusaha untuk kekal tenang bukanlah sesuatu yang sukar, jika anda mengikuti setiap langkah di atas. Jika anda memerlukan seseorang individu untuk membantu meningkatkan keyakinan anda, mungkin anda boleh meminta bantuan dari rakan atau keluarga.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Tarikh Reviu: Januari 22, 2019 | Kali terakhir kemaskini: November 26, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut