Benarkah Ketawa Itu Penawar Terbaik Buat Kesihatan Emosi Anda?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Kata orang, ketawa itu penawar kepada kedukaan. Secara umumnya, ketawa merupakan suatu aspek dalam hidup kita yang merupakan indikator perasaan gembira atau seronok. Di sebalik kemeriahan ketawa, terdapat juga beberapa manfaatnya terhadap kesihatan. Walaupun bukan pada kesihatan fizikal, ketawa sudah pasti membawa kebaikan terhadap kesihatan mental.

“Ketawa Itu Penawar Duka’’

Ketawa adalah lawan kepada menangis

Ketawa merupakan perbuatan yang jauh sekali berbeza dengan menangis. Dalam erti kata yang lain, anda tidak boleh ketawa jika anda menangis atau sebaliknya. Ya, ia mungkin masih boleh berlaku. Seperti contoh, tangisan dalam kegembiraan boleh mengundang ketawa pada akhirnya. Selain itu, ia juga boleh berlaku kepada individu yang sudah putus asa dan reaksi ketawa sambil menangis itu adalah lebih kepada teriakan terhadap kegagalan mereka.

Ketawa bersinonim dengan perasaan suka tanpa melibatkan kegelisahan, kebimbangan atau kemarahan. Jika anda berasa stres, cuba ketawa dan lihat kesannya. Anda dengan serta-merta akan berfikir bahawa tidak semua perkara perlu dipandang terlalu serius pada setiap masa dan perasaan kita sebenarnya boleh dikawal. Anda boleh pergi bekerja dengan muka yang masam atau senyuman yang manis. Perkara kecil sebegini sebenarnya adalah penentu sama ada hari anda akan dilalui dengan cara yang baik atau buruk. Pilihan terletak di tangan anda.

Ketawa dapat memeriahkan perhubungan

Selain kerjaya, keluarga juga merupakan perkara yang sangat penting dalam hidup kita yang perlu ditangani dengan baik. Bayangkan, anda memulakan hari anda dengan pasangan kesayangan anda. Selepas itu, apakah yang anda akan rasai sepanjang hari itu? Sekarang, bayangkan pula anda rasakan itu untuk jangka masa yang panjang. Ini kemudiannya akan meningkatkan kecenderungan anda untuk berasa tertekan dan tidak selamat.

Perkara ini sangat berbahaya kepada otak kita. Jadi, apakah yang kita boleh lakukan? Ketawa merupakan salah satu cara yang paling terbaik. Berjumpalah dengan rakan-rakan atau ahli keluarga untuk berjenaka antara satu sama lain dan ketawa bersama-sama mereka. Buat seketika, anda dapat melupakan masalah anda dan memberikan anda masa untuk bersedia menyelesaikannya apabila anda sudah bersedia.

Ketawa juga dapat mengeratkan hubungan sesama manusia. Kita akan cenderung berasa satu jalinan terbentuk bersama individu yang ketawa bersama dengan kita. Ini membuktikan bahawa ketawa bersama individu lain adalah lebih baik berbanding ketawa seorang diri. Namun begitu, jangan pula anda ketawa tanpa sebab dan secara berlebihan. Pendek kata, ketawa itu penawar buat kedukaan yang berlaku di sekeliling kita.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 12, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 3, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut