Setiap hari kita menggunakan berus gigi untuk menjaga kesihatan mulut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa fakta dahsyat mengenai berus gigi yang perlu anda tahu.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Setiap hari kita menggunakan berus gigi untuk menjaga kesihatan mulut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa fakta dahsyat mengenai berus gigi yang perlu anda tahu.
Ini mungkin menakutkan tetapi terdapat kira-kira 100 hingga 200 spesis bakteria di dalam mulut anda pada bila-bila masa. Keadaan mulut anda sebelum diberus boleh menjadi kotor seperti lantai bilik mandi. Apa lagi? Berus gigi anda mengandungi lebih daripada 100 juta bakteria termasuk bakteria staphylococci dan E. Coli.
Adakah anda selalu meletakkan berus gigi di dalam penutup selepas membersihkan gigi? Jika anda melakukannya, ia benar-benar salah. Anda mungkin berfikir penutup plastik akan menghalang berus gigi anda daripada kotoran. Tetapi hakikatnya menutup berus gigi anda dengan penutup akan mendorong pembiakan bakteria. Juga, jika anda meletakkan semua berus gigi bersama, bakteria boleh tersebar antara satu sama lain.
Kebanyakan bilik mandi adalah kecil. Keadaan itu kebiasaannya menyebabkan anda menyimpan berus gigi berdekatan dengan tandas atau sinki. Apabila anda mengepam tandas, bakteria daripada tandas akan terperangkap dalam udara dan mendarat pada berus gigi anda. Perkara sama juga berlaku apabila anda mencuci tangan, bakteria yang ada pada tangan boleh tersebar ke berus gigi anda. Oleh itu, jika boleh, jangan sesekali meletakkan berus gigi anda hampir dengan tempat anda mengepam atau aliran air kumbah.
Kita mungkin tidak tahu bahawa bakteria boleh hidup selama tiga hingga lima hari pada berus gigi kita. Oleh itu, jika anda sakit dan menggunakan berus gigi anda, virus itu boleh hidup dalam berus anda sehingga lima hari. Tetapi, ini tidak bermakna anda akan sakit semula jika menggunakan berus lama anda. Sebaliknya, jika anda berkongsi berus anda dengan orang lain, virus dari berus gigi anda boleh merebak kepada orang lain dan membuatkan mereka sakit.
Umumnya, berus gigi perlu ditukar selepas tiga atau empat bulan penggunaannya. Walau bagaiamanapun, tidak semua menyedari waktu sepatutunya mereka perlu membeli berus gigi baru. Berus gigi yang sudah haus tidak boleh membantu anda melindungi kesihatan mulut.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen