2 Daripada 7 Remaja Malaysia Mengalami Ketagihan Internet

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019
Share now

Ketagihan internet telah menjadi sesuatu yang serius dan membimbangkan pada hari ini. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2017, 2 daripada 7 remaja sekolah menengah di Malaysia mengalami ketagihan internet sementara 6 daripada 7 adalah pengguna aktif internet.

Telefon pintar adalah sumber utama

Menurut laporan yang sama, telefon pintar merupakan sumber utama kepada penggunaan internet diikuti dengan komputer atau laptop dan tablet.

Jika diperhatikan, tidak kurang juga ibu bapa yang telah membiasakan anak-anak mereka dengan alat elektronik seperti telefon pintar dan komputer sejak kecil. Ia adalah cara paling mudah untuk membuatkan mereka duduk diam dan berhenti menangis. Setiap kali menangis, hulurkan sahaja telefon, tentu sahaja mereka akan senyap.

Lama-kelamaan, mereka menjadi terbiasa dan susah untuk berpisah dengan telefon sehingga menjadi ketagih kepada internet.

Mengapa kita perlu risau dengan ketagihan internet?

Internet ibarat sebuah pisau. Jika digunakan pada tempat yang betul, banyak manfaat boleh didapati. Namun, jika salah, mungkin boleh membawa kemudaratan.

Penggunaan internet secara berlebihan berpotensi membawa kepada:

  • Bermain permainan video, membeli-belah, berjudi serta bersembang (chat) secara berlebihan. Ia menjadikan seolah-olah dunia maya lebih utama sehingga tiada lagi minat pada dunia realiti. Kesannya, mereka menjadi malas, tidak aktif dan hidup di dalam dunia sendiri.
  • Menonton pornografi. Amalan ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan dalam kalangan generasi hari ini. Laman sesawang pornografi yang sangat mudah dicari membuatkan remaja khususnya terdedah kepada gejala seks bebas.
  • Buli siber. Remaja yang masih naif mudah dipergunakan serta dibuli. Buli siber termasuk berkongsi gambar memalukan, berita palsu dan memberikan komen-komen dalam bahasa yang menghina.
  • Kebocoran maklumat peribadi. Penjual palsu sangat banyak berlegar di dalam internet. Mereka yang tidak berwaspada akan mudah terdedah kepada penipuan dan kebocoran maklumat peribadi.

Bermula daripada rumah

Rumah adalah permulaan kepada pendedahan kepada internet. Maka langkah pencegahan dan rawatan juga paling baik bermula daripada rumah. Seawal umur setahun lagi, ibu bapa harus peka dan bijak dalam menggunakan alat telekomunikasi ini, khususnya telefon pintar. Jangan terlalu membiasakan diri memberikan telefon bimbit setiap kali anak menangis.

Apabila sudah meningkat umur remaja, elakkan daripada memberi mereka telefon pintar peribadi untuk digunakan selama 24 jam. Letakkan had masa sebelum benar-benar memberikan sepenuhnya kepada mereka. Nilai yang baik perlu diterapkan terlebih dahulu sebelum teknologi. Kemajuan teknologi tanpa nilai dan budaya yang luhur adalah sia-sia kerana ia tidak akan melahirkan masyarakat yang maju dan bijak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Rujukan

    Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2017 - file:///C:/Users/user/Desktop/NHMS2017Infographic-20072018EDIT.pdf

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    250 Juta Kanak-Kanak Obes Menjelang 2030

    Lebih daripada 250 juta kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia akan menjadi obes menjelang tahun 2030. Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Betul Ke Permainan Video Seperti PUBG Beri Pengaruh Negatif Pada Remaja?

    Permainan video seperti PUBG sangat popular dalam kalangan remaja. Namun, ia mungkin akan mendatangkan pengaruh negatif kepada pemainnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Akibat Vape, Remaja Ini Miliki Paru-paru Seperti “Berusia 70 Tahun”

    Seorang remaja telah membuat pengakuan bahawa vaping telah menjadikan paru-parunya kelihatan seperti “telah berusia 70 tahun”

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Tiada Siapa Terselamat Dari Buli Siber, Termasuklah Orang Kenamaan

    Buli siber boleh berlaku kepada setiap individu tanpa mengira umur, jantina dan lain-lain begitu juga pangkat. Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    Internet Kurangkan Kemahiran Belajar Dalam Kalangan Pelajar Universiti?

    Internet Kurangkan Kemahiran Belajar Dalam Kalangan Pelajar Universiti?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/01/2020
    Sexting Is Real! Ini Perkara Yang Patut Anda Beritahu Anak Anda

    Sexting Is Real! Ini Perkara Yang Patut Anda Beritahu Anak Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 12/11/2019
    Maut Diserang Strok Akibat Ketagihan Permainan Video

    Maut Diserang Strok Akibat Ketagihan Permainan Video

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 06/11/2019
    Basikal Lajak Berisiko Buat Remaja Terlajak Dan Maut!

    Basikal Lajak Berisiko Buat Remaja Terlajak Dan Maut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/11/2019