backup og meta

Cara Menjaga Kesihatan Mata

Cara Menjaga Kesihatan Mata

Mata anda sentiasa terdedah kepada pelbagai perkara. Mereka mungkin menjadi semakin lemah disebabkan banyak perkara yang anda tidak sedari. Anda hanya mempunyai dua mata seumur hidup, jadi adalah penting untuk tidak memandang enteng terhadap penjagaan mata. Berikut adalah beberapa petua untuk anda:

Makan untuk mata

Mata anda akan mendapat banyak manfaat daripada diet yang mengandungi asid lemak omega-3, lutein, zink, dan vitamin C dan E. Nutrien ini tidak hanya membantu anda mengekalkan penglihatan yang baik apabila anda semakin berusia tetapi juga menghalang pelbagai penyakit mata.

Berhenti merokok

Merokok adalah penyebab utama penyakit mata seperti katarak, kerosakan saraf optik, dan degenerasi makula. Ia mungkin sangat sukar untuk berhenti merokok. Kebanyakan orang tidak berjaya pada percubaan pertama. Walau bagaimanapun, lebih banyak kali anda mencubanya, lebih banyak peluang untuk anda berjaya.

Beli sepasang cermin mata hitam

Cermin mata hitam yang baik melindungi mata anda dari sinaran UV, lantas melindungi anda daripada katarak dan degenerasi makula akibat pendedahan UV yang berlebihan. Beli cermin mata hitam yang boleh menghalang sehingga 100% sinaran UVA dan UVB. Sesetengah kanta sentuh  menawarkan sejumlah perlindungan UV. Walau bagaimanapun, anda tetap dinasihatkan untuk memakai cermin mata hitam untuk perlindungan tambahan.

Jangan lupa kacamata keselamatan

Jika anda perlu bekerja dengan bahan toksik atau udara, anda memerlukan kacamata keselamatan sepanjang masa. Aktiviti lain yang memerlukan perlindungan mata adalah sukan berbahaya seperti hoki, racquetball, dan lacross.

Hadkan masa skrin anda

Melihat skrin komputer anda untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan mata penat,  penglihatan kabur, mata kering dan sakit di kepala, leher, dan belakang. Cuba berehat setiap 20 minit dengan melihat jauh selama sekurang-kurangnya 20 saat. Setiap 2 jam, tinggalkan komputer anda dan berehat seketika.

Jadual pemeriksaan berkala untuk mata anda

Berdasarkan keperluan mata anda, anda mungkin menemui sama ada seorang optometris atau ophthalmologis untuk pemeriksaan mata. Ophthalmologis adalah doktor dengan latihan khusus dalam penjagaan mata. Mereka boleh menawarkan penjagaan mata umum dan rawatan penyakit mata serta melakukan pembedahan mata. Optometris adalah mereka yang mempunyai 4 tahun latihan khusus selepas kolej. Mereka boleh melakukan kebanyakan perkara yang boleh dilakukan oleh ophthalgomogis, kecuali pembedahan.

Berhati-hati dengan udara anda

Udara kering mungkin mempunyai kesan buruk pada mata anda. Sekiranya anda hidup dalam keadaan kering, dapatkan pelembap udara mudah alih supaya mata anda tidak akan terengsa disebabkan kekeringan.

Dalam penjagaan kesihatan mata, pencegahan adalah seratus kali lebih baik daripada mengubati. Anda harus proaktif dalam menjaga mata anda, jangan menunggu sehingga timbul masalah kerana anda mungkin terlambat.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to Maintain Good Eye Health http://www.webmd.com/eye-health/good-eyesightAssessed October 29, 2016

10 Tips for Healthy Eyes. http://www.webmd.com/eye-health/features/tips-for-healthy-eyes#1 Assessed October 29, 2016

Versi Terbaru

15/11/2019

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Helma Hassan


Artikel Berkaitan

Kalau Tak Nak Mata Anak Cepat Rosak, Ibu Ayah Sila Ikut Tips Penjagaan Mata Ini!

Berapa Kerap Individu Perlu Periksa Mata? Klu: Ia Akan Berbeza Bergantung Usia!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 15/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan