Risiko Mati Awal Jika Amal Gaya Hidup Sedentari

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019

Tahukah anda, individu yang mengamalkan gaya hidup tidak aktif atau disebut sebagai gaya hidup sedentari mampu meningkatkan risiko mortaliti dua kali ganda berbanding dengan individu yang aktif?

Hidup dalam kehidupan yang tidak aktif atau sedentari ini merupakan antara isu penting yang melibatkan kesihatan awam. Kehidupan sedentari ini dilihat semakin meluas diamalkan di kebanyakan negara dan ia mempunyai hubung kait dengan masalah tahap kesihatan yang kronik. Tetapi, apakah itu kehidupan sedentari?

Gaya hidup sedentari adalah sejenis amalan kehidupan yang melibatkan hanya sedikit atau tiada langsung aktiviti fizikal. Individu dengan kehidupan sebegini adalah tidak aktif, lebih banyak menghabiskan masa untuk duduk atau berbaring ketika melakukan aktiviti seperti membaca, bersosial, menonton televisyen, bermain permainan video atau menggunakan telefon pintar mahupun komputer hampir sepanjang hari. Gaya kehidupan sebegini hanya menggunakan tenaga yang sedikit

Individu dengan kehidupan yang tidak aktif ini tidak dapat memenuhi garis panduan aktiviti fizikal yang disarankan. Menurut Garis Panduan Aktiviti Fizikal 2008 yang dikeluarkan bagi rakyat Amerika, seorang individu dewasa seharusnya melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal intensiti sederhana setiap minggu.  

Malah, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyarankan untuk setiap individu dewasa bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari bagi mendapatkan kehidupan yang lebih sihat. 

Gaya hidup vs kematian pramatang

Menurut penulis kajian dari Norwegian University of Science and Technology, Trondheim, Norway, Dr Trine Moholdt berkata, “Daripada hasil kajian, menunjukkan seseorang yang melakukan aktiviti fizikal mungkin akan dapat mencegah kematian pramatang. Tetapi bagi mendapat faedah kesihatan maksimum mencegah kematian pramatang yang melibatkan pelbagai punca dan penyakit kardiovaskular, seseorang itu perlu untuk melakukan aktiviti fizikal secara berkala.”

Tambah beliau lagi, jika sebelum ini anda bukan seorang individu yang aktif, anda masih belum terlewat untuk mengurangkan risiko dengan mengubah gaya hidup untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal secara aktif dan berkala.

Kematian pramatang itu didefinisikan sebagai kematian yang berlaku sebelum purata usia kematian mengikut populasi tertentu di dalam sesebuah negara. Sebagai contoh, kematian di Amerika Syarikat adalah pada purata usia 75 tahun. Oleh itu, sebarang kematian yang berlaku sebelum usia tersebut, dianggap sebagai kematian pramatang.

Dua dekad kajian

Dalam satu kajian HUNT yang dibentangkan dalam ESC Congress 2019 bersama World Congress of Cardiology, menyatakan individu dengan gaya hidup tidak aktif bagi tempoh dua dekad, iaitu selama 20 tahun, dikaitkan dengan dua risiko kematian pramatang berbanding dengan mereka yang menjalani kehidupan aktif secara fizikal. 

Pelaksanaan kajian ini adalah bertujuan untuk melihat bagaimana perubahan dalam melakukan aktiviti fizikal dalam tempoh 22 tahun mempunyai kaitan dengan kematian yang disebabkan oleh pelbagai punca dan juga penyakit kardiovaskular. 

Kebanyakan kajian yang telah dilakukan lebih kepada mengkaji hubungan antara aktiviti fizikal dan umur yang panjang. Kajian ini dilaksanakan dengan menyoal selidik tahap aktiviti fizikal peserta kajian hanya untuk sekali sahaja dan mengikut perkembangan mereka bagi tempoh beberapa tahun. 

Aktiviti fizikal merupakan satu perlakuan tingkah laku yang sentiasa berubah bagi kebanyakan individu, jadi ia adalah satu perkara penting untuk menyiasat mengenai perubahan yang berlaku dari masa ke masa yang melibatkan risiko kematian pada masa hadapan.

Dalam kajian HUNT, penduduk Norway yang berusia 20 tahun dan ke atas diminta untuk mengambil bahagian dalam 3 tempoh kajian, iaitu 1984-1986, 1995-1997 dan 2006-2008. Pada ketiga-tiga titik masa tersebut, individu yang mengambil bahagian ditanya mengenai kekerapan dan jangka waktu aktiviti fizikal masa lapang yang dilakukan. Kajian semasa menggunakan data tinjauan pertama dan ketiga. 

Seramai 23,146 individu lelaki dan wanita dimasukkan ke dalam analisis. Aktiviti fizikal yang dilakukan dikategorikan sebagai tidak aktif, sederhana (kurang daripada dua jam seminggu) dan tinggi (dua jam atau lebih dalam tempoh seminggu). Peserta dibahagikan kepada kumpulan tertentu berdasarkan tahap aktiviti yang dilakukan dalam setiap tinjauan. 

Data aktiviti fizikal yang diperolehi dikaitkan dengan maklumat kematian sehingga akhir tahun 2013 menggunakan Norwegian Cause of Death Registry. Risiko kematian dalam setiap kumpulan aktiviti fizikal dibandingkan dengan kumpulan rujukan, iaitu individu yang melaporkan tahap aktiviti tinggi semasa dua tempoh tinjauan. Analisis ini diselaraskan untuk melihat faktor yang mempengaruhi prognosis seperti indeks jisim badan, usia, jantina, tabiat merokok, tahap pendidikan dan tekanan darah. 

Amalkan gaya hidup aktif dan sihat

Berbanding dengan kumpulan rujukan, individu yang tidak aktif dalam kedua-dua tahun; 1984-1986 dan 2006-2008, mempunyai dua kali lebih tinggi risiko berkemungkinan untuk berhadapan dengan kematian yang disebabkan oleh pelbagai punca dan 2.7 kali lebih berisiko kematian akibat penyakit kardiovaskular. 

Berbanding dengan kumpulan rujukan yang melakukan aktiviti fizikal intensiti tinggi, mereka yang melakukan aktiviti sederhana pada kedua-dua titik masa, masing-masing mempunyai 60% dan 90% risiko kematian yang disebabkan oleh pelbagai punca dan penyakit kardiovaskular. 

Justeru itu, Dr Moholdt berkata, individu dewasa adalah amat disarankan untuk melakukan aktiviti fizikal iaitu 150 minit seminggu bagi aktiviti fizikal intensiti sederhana atau 75 minit seminggu untuk intensiti tinggi. 

Beliau turut mengingatkan individu untuk melakukan aktiviti fizikal walaupun ia berada di bawah tahap yang dinasihatkan kerana ia tetap akan memberikan manfaat kesihatan. Kecergasan fizikal adalah lebih penting berbanding jumlah latihan yang dilakukan.

Jadi, bagi mengurangkan risiko kematian yang disebabkan oleh pelbagai punca mahupun penyakit kardiovaskular, lakukan sebarang aktiviti yang anda sukai dan banyakkan bergerak dalam kehidupan seharian anda. Sesungguhnya mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini Salah Faham Tentang Senaman Yang Menjadi Kepercayaan

    Bersenam antara cara terbaik memperbaiki tahap kesihatan secara menyeluruh. Tetapi terdapat beberapa salah faham mengenai senaman yang menjadi ikutan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Percaya Atau Tidak, Berjalan Kaki Mampu Kurangkan Risiko Kanser

    Terdapat satu kajian yang menyatakan, individu yang kerap berjalan kaki mempunyai kemungkinan yang lebih rendah untuk mendapat tujuh jenis kanser

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Kencing Manis Boleh Sembuh Ke?

    Adakah mereka yang menghidap kencing manis boleh sembuh? Apa saranan terkini bagi penghidap kencing manis? Ikuti artikel ini untuk penjelasan selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Kenapa Senaman Bukan Cara Terbaik Untuk Hilang Berat Badan?

    Tahukah anda, senaman bukanlah cara yang terbaik jika anda hendak hilang berat badan. Ikuti artikel ini untuk mengetahui penjelasannya. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    kesan penyakit psoriasis

    AWAS, Ini 5 Penyakit Kronik Berisiko Tinggi Terjadi Akibat Psoriasis Yang Tidak Dirawat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/04/2020
    manfaat sukan tinju

    Sukan Tinju BUKAN Hanya Untuk Melatih Otot, Ketahui 6 Lagi Manfaatnya Terhadap Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/02/2020
    tahun baru cina

    Apa Lagi Yang Boleh Anda Lakukan Semasa Cuti Tahun Baru Cina?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/01/2020
    pengambilan-suplemen-ganti-senaman

    Bolehkah Pengambilan Suplemen Menggantikan Senaman?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/01/2020