Takut Berjangkit COVID-19 Di Luar? Beli Saja Barang Dapur Online, Ini Ada 7 Pilihan!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Pada musim wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan sedang berlangsung, adalah lebih baik jika anda membeli barangan dapur secara online sahaja.

Terdapat beberapa manfaat jika anda beli barang dapur online, antaranya:

  • Tidak perlu bersesak-sesak di pasar raya
  • Tidak perlu menunggu lama untuk membuat pembayaran
  • Mengurangkan risiko pendedahan terhadap jangkitan COVID-19
  • Tidak perlu bersentuhan dengan individu lain yang boleh merisikokan anda kepada jangkitan
  • Kemudahan pembayaran tanpa tunai (cashless)
  • Menjimatkan masa yang boleh dimanfaatkan di rumah
  • Tidak membazirkan tenaga anda untuk keluar ke pasar raya

Berikut merupakan statistik terkini kes COVID-19 di Malaysia:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

3,963

Disahkan

1,321

Sembuh

63

Kes Kematian
Peta sebaran
Statistik Kes

3,963

Disahkan

1,321

Sembuh

63

Kes Kematian

Senarai perkhidmatan pembelian dan penghantaran barangan dapur 

Untuk memudahkan anda memilih perkhidmatan pembelian dan penghantaran barangan dapur yang boleh memenuhi keperluan anda, kami senaraikan beberapa perkhidmatan yang boleh anda pilih.

#1. Tesco Online

beli barang dapur online

Kawasan penghantaran: Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Seremban

Kaedah pembayaran: Menerima pembayaran kad kredit atau debit semasa penghantaran. Tidak menerima pembayaran tunai

Caj penghantaran: Ditunjukkan semasa menempah slot penghantaran

Laman web: Tesco Online

Aplikasi: Android dan iOS

#2. Jaya Grocer

beli barang dapur online

Kawasan penghantaran: Kebanyakan kawasan di Lembah Klang

Kaedah pembayaran: Tunai semasa penghantaran. Kad kredit dan debit turut diterima

Caj penghantaran: Caj standard adalah sebanyak RM9. Setiap kotak penghantaran tambahan akan dicaj RM8. Caj penghantaran percuma jika pembelian melebihi RM300

Laman web: Jaya Grocer

Aplikasi: Android dan iOS

#3. Pasaraya Mydin

mydin

Kawasan penghantaran: Sesetengah kawasan di Lembah Klang sahaja

Kaedah pembayaran: Pembayaran online menerusi eGHL. Pembayaran menerusi mobile terminal juga tersedia

Caj penghantaran: RM10. Slot pada waktu puncak akan dikenakan caj yang lebih tinggi. Percuma jika hadir pick-up di pasar raya dan caj RM5 bagi pick-up di locker

Laman web: Mydin

Aplikasi: Android dan iOS

#4. HappyFresh

happyfresh

Kawasan penghantaran: Kebanyakan kawasan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru

Kaedah pembayaran: Tunai semasa penghantaran. Kad kredit dan debit turut diterima

Caj penghantaran: Bergantung kepada lokasi anda dan jarak dari pasar raya. Caj bermula daripada RM3.

Laman web: HappyFresh

Aplikasi: Android dan iOS

Baca artikel berkaitan:

Bosan Masak Sepanjang Kawalan Pergerakan? FoodPanda & GrabFood Sediakan Contactless Delivery!

#5. Bungkusit

bungkusit

Kawasan penghantaran: Seluruh Lembah Klang, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan

Kaedah pembayaran: Tunai semasa penghantaran

Caj penghantaran: Caj bermula daripada RM7.50 dan bergantung kepada lokasi dan jarak

Laman web: Bungkusit

Aplikasi: Android dan iOS

#6. MyGroser

beli barang dapur online

Kawasan penghantaran: Lembah Klang

Kaedah pembayaran: Online banking, kad kredit dan juga debit. Tunai tidak diterima

Caj penghantaran: Bawah 35kg (RM8.90), lebih 35kg (RM12). Caj penghantaran percuma jika pembelian melebihi RM250

Laman web: MyGroser

Aplikasi: Android dan iOS

#7. Potboy

beli barang dapur online

Kawasan penghantaran: Kebanyakan kawasan di Lembah Klang

Kaedah pembayaran: Pembayaran tanpa tunai sewaktu penghantaran (CIMB Plug & Play/Boost eWallet), online banking dan Paypal

Caj penghantaran: Percuma tanpa sebarang pembelian minimum

Laman web: Potboy

Aplikasi: Android

Jangan ketinggalan berita terkini COVID-19!

Ayuh peka tentang virus COVID-19 ketika #StayAtHome. Dengan melanggan, Hello Doktor akan menghantar maklumat terkini tentang kes COVID-19, 2 kali seminggu buat anda!
Dengan melanggan, anda telah bersetuju dengan Terma dan Syarat kami, dan anda telah membaca Polisi Privasi dan Polisi Cookie yang disediakan.

Jangan tunggu lagi!

Jadi, apa yang anda tunggu lagi. Ambil telefon pintar anda atau laptop dan buat tempahan barangan dapur anda hari ini juga. Beli barang dapur online juga menjimatkan masa dan tenaga anda.

Pada musim penularan virus korona baharu ini, adalah lebih baik anda membeli barangan dapur secara online sahaja untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada jangkitan wabak COVID-19. Just stay at home!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca artikel berkaitan:

Tarikh Reviu: Mac 26, 2020 | Kali terakhir kemaskini: April 8, 2020

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut