backup og meta

Penyakit Alexander

Definisi

Apa itu Penyakit Alexander ?

Penyakit Alexander adalah gangguan sistem saraf yang paling jarang berlaku. Biasanya, serat saraf disalut dengan lapisan lemak, yang dipanggil mielin. Mielin melindungi serat saraf dan membantu dalam menyampaikan impuls. Bagi penyakit Alexander, mielin telah rosak. Ini bermakna penyampaian impuls saraf akan terganggu, dan fungsi sistem saraf juga rosak.

Longgokan protein luar biasa pada sel yang direka khusus untuk menyokong otak dan korda spinal juga didapati dalam individu yang menghidapi penyakit Alexander.

Apakah kebarangkalian Penyakit Alexander ?

Penyakit Alexander telah dijangka berlaku pada kekerapan lebih kurang satu dalam satu juta kelahiran. Tiada kecenderungan bangsa, etnik, geografik, atau jantina yang dilihat. Walaupun diagnosis pada awalnya hanya dibuat pada kanak-kanak remaja, penyakit ini juga dilihat mempunyai kekerapan yang sama pada semua peringkat umur. Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan, hanya lebih kurang 500 kes penyakit Alexander telah dilaporkan sejak 1949. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Penyakit Alexander ?

Simptom-simptom yang biasa dialami dalam penyakit Alexander adalah:

  • Kejang.
  • Ketakupayaan belajar.
  • Masalah pemakanan.
  • Saiz kepala besar.
  • Hidrosefalus.
  • Otak membesar.
  • Tumbesaran lewat.
  • Sawan.
  • Gagal mandiri.
  • Pergerakan terjejas.
  • Masalah percakapan.
  • Mental merosot.
  • Sukar menelan.
  • Susah untuk batuk.
  • Gangguan tidur.

Penyakit Alexander boleh membawa maut. Banyak bayi yang mengalami keadaan ini gagal untuk hidup pada tahun pertama mereka lahir. Kanak-kanak yang mempunyai penyakit ini ketika berumur antara empat (4) dan 10 tahun lebih cenderung untuk merosot secara berkala. Mereka boleh hidup untuk beberapa tahun selepas didiagnosis dan sesetengah daripada mereka boleh hidup sehingga pertengahan umur.

Bagaimanakah penyakit Alexander dilihat dalam kumpulan umur yang berbeza?

Penyakit Alexander bagi kanak-kanak

Gangguan ini sangat biasa dijumpai pada bayi, sebelum umur dua (2) tahun. Penyakit ini dicirikan dengan:

  • Sawan.
  • Kaku pada lengan dan kaki.
  • Otak dan saiz kepala membesar.
  • Ketakupayaan belajar.
  • Perkembangan yang lewat

Penyakit ini boleh terjadi kemudian ketika zaman kanak-kanak walau bagaimanpun, ia jarang berlaku. Kanak-kanak remaja cenderung untuk menunjukkan simptom yang serupa dengan pesakit dewasa yang mengalami keadaan ini.

Penyakit Alexander bagi dewasa

Apabila penyakit ini mula berlaku pada kanak-kanak remaja dan dewasa, simptom-simptom yang biasa dilihat termasuk:

  • Koordinasi lemah (ataksia).
  • Sukar menelan.
  • Masalah percakapan.
  • Sawan.

Umumnya, penyakit Alexander kurang teruk apabila ia berlaku ketika alam dewasa. Saiz kepala dan kapasiti mental boleh menjadi normal sepenuhnya semasa peringkat ini. Walau bagaimanapun, kadang kala terdapat kemerosotan mental secara perlahan.

Penyakit Alexander bagi dewasa yang lebih tua (65+)

Penyakit Alexander sangat jarang sekali berlaku dalam peringkat umur ini. Jika ia berlaku, simptom sering disalah sangka sebagai multipel sklerosis atau ketumbuhan otak. Penyakit ini biasanya bersifat sederhana dalam peringkat umur ini dan hanya didiagnosis selepas kematian, di mana autopsi menunjukkan longgokan protein luar biasa pada otak.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai  sebarang kebimbangan mengenai sesuatu simptom, sila rujuk doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

ika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang tidak di senaraikan di atas atau  mempunyai sebarang soalan, rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Penyakit Alexander ?

Penyakit Alexander disebabkan oleh kecacatan pada gen ‘glial fibrillary acidic protein’ (GFAP) dalam lebih kurang 90 peratus kes berdasarkan  maklumat daripada Pusat Informasi Penyakit Genetik dan Nadir. Gen GFAP terlibat dalam pembentukan struktur sel, tetapi penyelidikan yang lebih mendalam diperlukan bagi memahami peranan khusus GFAP dalam kesihatan dan penyakit. Punca penyakit Alexander dalam bilangan kecil kes yang lain masih tidak diketahui.

Kecacatan gen tidak dilihat boleh diwarisi. Sebaliknya, ia dilihat berlaku secara rawak. Sesetengah kes yang serupa dengan penyakit Alexander telah dilaporkan. Walau bagaimanapun, kes ini sering berlaku pada golongan dewasa.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Penyakit Alexander ?

Sila rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Penyakit Alexander didiagnosis?

Doktor sering mengesyaki penyakit Alexander berdasarkan oleh simptom-simptom yang dilihat. Mereka kemudian akan mengambil sampel darah untuk dihantar bagi ujian genetik. Bagi kebanyakan kes, hanya ujian darah sahaja yang diperlukan untuk doktor membuat diagnosis.

Bagaimana pesakit Penyakit Alexander dirawat?

Sehingga kni, tiada lagi rawatan penyembuhan untuk penyakit Alexander. Hanya simptom-simptom sahaja yang boleh dirawat. Oleh sebab tiada terapi khusus untuk merawat penyakit  ini, penjagaan bertujuan mengawal penyakit ini adalah dengan melalui sokongan. Perhatian tertentu diberikan kepada:

  • Penjagaan keseluruhan.
  • Terapi pekerjaan dan fizikal.
  • Keperluan nutrisi.
  • Terapi percakapan.
  • Antibiotik untuk sebarang jangkitan yang berlaku.
  • Ubat antiepilepsi bagi mengawal sawan.

Hidrosefalus boleh dikurangkan sedikit melalui pembedahan. Pembedahan melibatkan pemasukan pirau untuk mengalirkan keluar cecair di dalam otak dan mengurangkan tekanan di dalam otak.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Penyakit Alexander ?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Alexander Disease https://rarediseases.org/rare-diseases/alexander-disease/ Accessed February 02, 2018

What is Alexander disease? https://www.healthline.com/health/Alexander-disease Accessed February 02, 2018

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Fariha Zakaria

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Justin Bieber Lumpuh Sebelah Muka? Ini Tanda Anda Boleh Terkena Sindrom Ramsay Hunt!

Ini Info Lengkap Mengenai Sindrom Ramsay Hunt Yang Dialami Justin Bieber!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan