backup og meta

Total Serum Protein (Ujian)

Definisi

Apa itu Ujian Total Serum Protein?

Ujian total serum protein memeriksa berapa banyak protein albumin dan globulin dalam tubuh anda.

Albumin kebanyakannya didapati dalam hati. Fungsinya termasuk memastikan darah mengalir dengan betul dalam saluran darah, membantu membawa ubat tertentu dan bahan lain melalui darah dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan rawatan tisu.

Globulin terbentuk daripada pelbagai jenis protein yang dipanggil alfa, beta, dan gama. Sistem hati atau sistem imun boleh membuat globulin. Sesetengah globulin mengikat dengan hemoglobin. Fungsi globulin adalah untuk mengangkut logam, seperti besi, dalam darah dan membantu dalam melawan jangkitan. Elektroforesis protein serum boleh membantu memisahkan serum globulin ke dalam beberapa kumpulan kecil.

Nilai protein, albumin, dan globulin total biasanya dipisahkan dalam ujian untuk  laporan total protein serum. Dalam sesetengah kes, doktor boleh mengambil kira jenis globulin lain (seperti alpha-1 globulin).

Mengapa ujian Total serum protein dilakukan?

Apabila pembekal penjagaan kesihatan anda mengesyaki bahawa anda mempunyai simptom masalah pemakanan, penyakit buah pinggang atau penyakit hati, ujian ini sangat disyorkan.

Dalam kes-kes keputusan total protein tidak normal, lebih banyak ujian sering diarahkan untuk mencari penyebab sebenar masalah.

Perkara yang perlu diketahui

Apakah perkara yang perlu saya ketahui sebelum menjalani ujian Total serum protein?

Elektroforesis protein serum adalah ujian untuk mengkaji kumpulan protein tertentu dalam darah. Ujian ini biasanya digunakan sekiranya anda mempunyai keputusan abnormal daripada ujian globulin.

Hati yang rosak tidak dapat menghasilkan protein. Simptom-simptom penurunan paras serum boleh kelihatan selepas dua minggu kerana protein yang dihasilkan sebelum ini boleh tinggal di dalam darah selama 12 hingga 18 hari. Oleh itu, perjalanan penyakit tertentu boleh diramalkan dari keupayaan hati untuk menghasilkan protein.

Karbohidrat dan lemak disimpan di dalam badan walhal protein tidak disimpan di dalam badan. Ini adalah proses untuk membuat protein baru, hormon, enzim dan sebatian lain yang diperlukan oleh tubuh secara berterusan kerana protein secara berterusan diuraikan (mengalami proses metabolisme) menjadi asid amino.

Protein juga boleh diukur dalam air kencing.

Ketahui apa yang berlaku

Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum menjalani ujian Total serum protein?

Bincangkan dengan teliti dengan doktor anda mengenai setiap aspek keadaan kesihatan anda atau ubat-ubatan yang anda ambil atau minuman dan makanan yang perlu dielakkan sebelum menjalani ujian untuk mendapat hasil yang terbaik. Secara amnya, tidak ada persediaan khas untuk ujian standard.

  • Ubat-ubatan yang boleh menjejaskan keputusan ujian termasuk:
  • Ubat Steroid;
  • Ubat Androgen;
  • Ubat Kortikosteroid;
  • Dextran;
  • Hormon tumbesaran;
  • Insulin;
  • Phenazopyridine;
  • Progesteron;
  • Ion amonium;
  • Estrogen;
  • Ubat perancang kehamilan

Apa yang berlaku semasa ujian Total serum protein?

Profesional kesihatan yang mengambil sampel darah akan:

  • Balut jalur elastik di sekitar lengan atas anda untuk menghentikan aliran darah. Ini akan menjadikan urat di bawah tali lebih besar supaya lebih mudah untuk memasukkan jarum ke dalam urat;
  • Bersihkan kawasan yang akan dicucuk dengan alkohol;
  • Masukkan jarum ke dalam urat. Lebih daripada satu batang jarum mungkin diperlukan;
  • Pasang tiub ke jarum untuk diisi dengan darah;
  • Keluarkan tali dari lengan anda apabila darah yang cukup dikumpulkan;
  • Letakkan kain kasa atau bola kapas di atas kawasan bekas cucuk jarum apabila jarum dikeluarkan;
  • Letakkan tekanan di tempat tersebut dan kemudian balutkan dengan pembalut.

Apa yang berlaku setelah ujian Total serum protein dijalankan?

Jalur anjal dibalut pada lengan atas anda. Ia mungkin terasa ketat. Anda mungkin tidak merasakan apa-apa dari jarum, atau anda mungkin merasa seperti sengatan atau seperti dicubit.

Fahami keputusan

Apakah makna keputusan saya?

Nilai biasa

Nilai biasa yang disenaraikan di sini – dipanggil julat rujukan – hanyalah panduan. Laporan makmal anda harus mengandungi julat makmal anda kerana julat ini berbeza mengikut makmal.

Keadaan kesihatan anda dan faktor-faktor lain juga diambil kira untuk menilai keputusan anda. Oleh itu, nilai yang berada di luar nilai normal yang disenaraikan di sini mungkin masih normal untuk anda atau makmal anda.

Total protein serum

Jumlah protein: 6.4-8.3 gram setiap desiliter (g / dL) atau 64-83 gram seliter (g / L)

Albumin: 3.5-5.0 g / dL atau 35-50 g / L

Alpha-1 globulin: 0.1-0.3 g / dL atau 1-3 g / L

Alpha-2 globulin: 0.6-1.0 g / dL atau 6-10 g / L

Beta globulin: 0.7-1.1 g / dL atau 7-11 g / L

Nilai yang tidak normal

Nilai yang lebih tinggi daripada biasa mungkin disebabkan oleh:

  • Keradangan kronik atau jangkitan, termasuk HIV dan hepatitis B atau C;
  • Mieloma berbilang;
  • Penyakit Waldenstrom.

Nilai yang lebih rendah daripada biasa mungkin disebabkan oleh:

  • Agammaglobulinemia;
  • Pendarahan (hemoraj);
  • Melecur (teruk);
  • Glomerulonefritis;
  • Penyakit hati;
  • Malserapan;
  • Malnutrisi;
  • Sindrom Nefrotik;
  • Enteropati kehilangan protein

Bergantung kepada makmal dan hospital, julat normal untuk ujian Total serum protein mungkin berbeza-beza. Sila berbincang dengan doktor anda apa-apa soalan yang anda ada mengenai keputusan ujian anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ferri, Fred. Ferri’s Netter Patient Advisor. Philadelphia, PA: Saunders / Elsevier, 2012. Edisi cetakan. Halaman 541
Porter, R. S., Kaplan, J. L., Homeier, B. P., & Albert, R. K. (2009). The Merck manual home health handbook. Whitehouse Station, NJ, Merck Research Laboratories. Halaman 1403.

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

9 Kriteria Yang Dilihat Dalam Ujian Air Mani, Apa Persediaan Yang Perlu Saya Buat?

Minyak Ikan, Jangan Sekadar Ambil Suplemen. Kena Tahu Dari Mana Ia Dihasilkan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan