backup og meta

Ujian Laringoskopi Langsung

Definisi

Apakah itu laringoskopi langsung?

Laringoskopi ialah satu pemeriksaan yang membolehkan doktor melihat bahagian belakang tekak, kotak suara (laring) dan kord vokal anda menggunakan skop (laringoskop). Terdapat dua jenis laringoskopi, setiap satunya menggunakan alatan yang berbeza.

Laringoskopi langsung membolehkan doktor melihat tekak anda dengan lebih dalam. Ia boleh dilakukan melalui dua cara.

  • Laringoskopi fleksibel menggunakan tiub fiber optik yang halus dan fleksibel bersama lampu dan lensa kamera di hujungnya yang dinamakan laringoskop. Tukang bedah anda memasukkan laringoskop melalui hidung ke belakang mulut anda. Ia digunakan untuk pemeriksaan dan untuk membuat diagnosis.
  • Laringoskopi kaku menggunakan tiub yang direka khas yang dimasukkan melalui mulut. Alat-alatan kemudiannya boleh dimasukkan melalui tiub tersebut untuk membuang benda yang menyumbat tekak anda. Ia juga boleh digunakan untuk mengambil sampel tisu (biopsi), membuang polip (ketumbuhan) dari kord vokal anda atau untuk melakukan rawatan laser.

Kedua-dua jenis prosedur laringoskopi kebiasaannya dilakukan oleh tukang bedah telinga, hidung dan tekak (ear, nose and throat, ENT).

Mengapa ia dilakukan?

Doktor mungkin mengesyorkan anda melakukannya jika anda mengalami:

  • Nafas berbau yang tidak hilang
  • Masalah pernafasan termasuk nafas berbunyi (stridor)
  • Batuk kronik
  • Batuk darah
  • Susah menelan
  • Sakit telinga yang tidak hilang
  • Merasakan sesuatu tersekat di tekak anda
  • Masalah jangka masa panjang respiratori bahagian atas bagi perokok
  • Ketumbuhan di kepala atau leher dengan tanda-tanda kanser
  • Sakit tekak yang tidak hilang
  • Masalah suara melebihi 3 minggu termasuk serak, suara lemah atau tiada suara

Laringoskopi langsung turut juga digunakan untuk:

  • Mengambil sampel tisu dari tekak untuk pemeriksaan di bawah mikroskop (biopsi)
  • Mengalihkan objek yang menghalang saluran pernafasan (contohnya guli atau duit syiling)

Laringoskopi tetap langsung secara umumnya disyorkan untuk:

  • Mereka yang mudah rasa ingin termuntah disebabkan kelainan pada struktur tekak mereka.
  • Mereka yang mungkin mengalami simptom-simptom penyakit laring atau faring.
  • Mereka yang tidak memberikan respon kepada rawatan simptom laring.

Perkara yang perlu anda tahu sebelum ujian

Apa yang anda perlu tahu sebelum menjalani ujian ini?

Skop fleksibel menunjukkan tekak lebih baik dan lebih selesa untuk anda. Skop kaku sering digunakan dalam pembedahan.

Ketahui apa yang berlaku

Apakah persediaan ujian ini?

Sila berbincang dengan doktor anda tentang bagaimana prosedur tersebut dilakukan dan apakah persediaan yang diperlukan. Doktor akan meminta anda elakkan makan dan minum selama 8 jam sebelum pemeriksaan jika anda akan menerima sesetengah jenis anestesia. Jika anda menerima anestesia ringan (kebiasaannya diberikan di dalam pejabat doktor), tiada keperluan untuk berpuasa.

Pastikan anda beritahu pada doktor ubat-ubatan yang anda ambil. Anda mungkin diminta untuk berhenti mengambil sesetengah ubat termasuk aspirin dan sesetengah pencair darah seperti Plavix seminggu sebelum prosedur.

Apa yang berlaku ketika ujian ini?

Laringoskopi fleksibel langsung

Doktor akan menggunakan skop yang fleksibel dan halus untuk melihat tekak anda. Anda mungkin diberikan ubat untuk mengeringkan cecair di dalam hidung dan tekak anda. Ini membolehkan doktor melihat dengan lebih jelas. Bius topikal mungkin disemburkan pada tekak anda untuk melalikannya.

Skop dimasukkan ke dalam hidung dan ditolak ke dalam tekak dengan perlahan. Semasa skop masuk ke dalam tekak, doktor mungkin menyemburkan lagi ubat untuk membuatkan tekak terus lali semasa pemeriksaan. Doktor juga mungkin melalikan hidung anda yang akan membuka laluan hidung dan memberikan penglihatan yang lebih baik.

Laringoskop kaku langsung

Sebelum pemeriksaan, alihkan semua permata, gigi palsu dan cermin mata. Anda perlu mengosongkan pundi kencing sebelum pemeriksaan. Anda akan diberikan pakaian untuk dipakai.

Laringoskopi kaku langsung dilakukan di dalam bilik bedah. Anda akan tidur (anestesia umum) dan tidak merasakan skop di dalam tekak anda.

Anda akan baring semasa prosedur ini. Selepas anda sudah tidur, laringoskop kaku akan dimasukkan ke dalam mulut sampai ke tekak. Doktor boleh melihat kotak suara (laring) dan kord vokal anda.

Laringoskop kaku juga boleh digunakan untuk membuang objek asing di dalam tekak, mengambil sampel tisu (biopsi), membuang polip dari kord vokal atau melakukan rawatan laser.

Pemeriksaan mengambil masa 15 ke 30 minit. Anda mungkin diberikan pek ais untuk digunakan pada tekak anda bagi mengelakkan bengkak.

Apa yang berlaku selepas ujian ini?

Selepas prosedur tersebut, anda akan diperhatikan oleh jururawat selama beberapa jam sehingga anda sedar sepenuhnya dan mampu untuk menelan.

  • Jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam selepas laringoskopi atau sehingga anda boleh menelan tanpa tercekik. Kemudian, anda boleh mulakan dengan menghirup air. Bila anda sudah rasa bersedia, anda boleh makan seperti biasa.
  • Jangan mengosongkan tekak anda atau batuk dengan kuat beberapa jam selepas laringoskopi.
  • Jika kord suara anda terkesan semasa prosedur, sila rehatkan suara anda sepenuhnya selama 3 hari.
  • Jika anda bercakap, lakukan dengan tona suara biasa dan jangan bercakap dalam tempoh yang sangat lama. Berbisik atau menjerit boleh menegangkan kord vokal semasa ia sedang cuba untuk sembuh.
  • Suara anda mungkin serak selama lebih kurang 3 minggu selepas prosedur jika ada tisu yang dibuang.
  • Jika nodul atau luka lain dibuang dari kord vokal anda, anda harus melakukan rehat suara secara total (tanpa bercakap, berbisik atau membuat apa-apa bunyi) selama 2 minggu.

Memahami keputusan

Apa maksud keputusan saya?

Selepas prosedur tersebut, doktor akan berbincang dengan anda tentang keputusan dan pilihan rawatan atau merujuk anda kepada doktor lain. Jika anda menerima biopsi, ia memerlukan 3 ke 4 hari untuk mendapatkan keputusan.

Normal:

Tekak (laring) tidak mengandungi bengkak, luka, kesempitan atau objek asing. Kord vokal tidak mengandungi tisu parut, ketumbuhan (tumor) atau tanda-tanda lumpuh.

Abnormal:

Laring anda mengalami keradangan, luka, kesempitan, tumor atau objek asing. Kord vokal anda mempunyai tisu parut atau tanda-tanda lumpuh.

Keputusan abnormal boleh jadi disebabkan oleh:

  • Refluks asid (GERD) yang boleh menyebabkan kemerahan dan bengkak pada kord vocal
  • Kanser tekak atau kotak suara
  • Nodul pada kord vokal
  • Polip (ketumbuhan benigna) pada kotak suara
  • Keradangan tekak
  • Penipisan otot dan tisu kotak suara (presbylaryngis)

Julat normal bagi ujian ini mungkin berbeza bergantung kepada makmal dan hospital. Sila berbincang dengan doktor anda tentang apa-apa persoalan yang anda ada berkenaan keputusan ujian anda.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan ujian ini, sila berunding dengan doktor anda untuk memahami dengan lebih baik.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Laryngoscopy http://www.webmd.com/oral-health/laryngoscopy?print=true. Accessed July 4, 2016.
Laryngoscopy and Nasolarynoscopy https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/007507.htm. Accessed July 4, 2016. A Close-up Look at Laryngoscopy http://www.healthline.com/health/laryngoscopy#Results5. Accessed July 4, 2016.

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Firdaus Rahim

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Pembedahan Buat Lesung Pipit Palsu Berbahaya? 9 Risiko Ini Mungkin Berlaku!

Minyak Ikan, Jangan Sekadar Ambil Suplemen. Kena Tahu Dari Mana Ia Dihasilkan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan