backup og meta

Pengurangan Saiz Payudara (Pembedahan)

Definisi

Apa itu Pembedahan Pengurangan Saiz Payudara?

Pembedahan pengurangan payudara adalah pembedahan yang digunakan untuk membuang lemak yang berlebihan, tisu dan kulit dari payudara, menjadikannya lebih kecil dan langsing. Pembedahan ini sering membantu bagi mereka yang mempunyai payudara terlalu besar bagi badan mereka dan menyebabkan ketidakselesaan.

Pembedahan ini membantu anda mendapatkan saiz payudara yang berpadanan dengan badan agar anda berasa lebih yakin diri dalam penampilan anda dan dengan mudah dapat mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal.

Mengapakah Pembedahan Pengurangan Saiz Payudara dijalankan?

Pembedahan pengurangan payudara adalah prosedur peribadi dan anda harus mendapatkannya untuk diri sendiri, bukan kerana kehendak orang lain atau cuba mengejar model-model ideal anda.

Pembedahan pengurangan payudara adalah pilihan yang baik untuk anda jika:

  • Kesihatan anda cukup baik untuk melakukan pembedahan;
  • Anda tidak merokok;
  • Anda merasa terganggu kerana anda merasakan bahawa payudara anda terlalu besar;
  • Payudara anda mengehadkan aktiviti fizikal;
  • Anda mempunyai sakit belakang, leher dan bahu akibat berat badan anda;
  • Alur mendalam di bahu daripada tali bra untuk payudara besar;
  • Kulit yang menjengkelkan di bawah lipatan payudara;
  • Payudara yang rendah dan kulit yang diregangkan;
  • Puting di bawah payudara melipat apabila payudara anda tidak diangkat;
  • Areola yang diperbesarkan disebabkan oleh kulit yang diregangkan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah risiko-risiko Pembedahan Pengurangan Saiz Payudara?

Anda harus ingat bahawa pembedahan pengurangan payudara boleh menyebabkan masalah atau berhenti menyusu semasa frasa menyusu kemudian. Walaubagaimanapun, kebanyakan pesakit selepas pembedahan masih boleh menyusu seperti biasa.

Walaupun hasil pembedahan itu kekal, saiz payudara anda masih boleh berubah disebabkan kehamilan, berat atau turun berat badan.

Sekiranya anda berlebihan berat badan atau obes, saiz payudara akan berkurangan dengan luar biasa tanpa pembedahan jika anda menurunkan berat badan.

Anda mungkin lebih mudah untuk mengatasi payudara besar dengan memakai bra atau korset yang dibuat khas.

Mungkin ada komplikasi daripada rawatan ini:

Komplikasi umum

  • Rasa sakit;
  • Pendarahan;
  • Jangkitan kawasan pembedahan (luka);
  • Luka parah;
  • Gumpalan darah.

Komplikasi khusus

  • Tumbuhnya ketulan atau bengkak di dalam payudara;
  • Kebas atau sakit berterusan di bahagian luar payudara;
  • Kehilangan kulit, termasuk areola dan puting;
  • Bahu kaku;
  • Perubahan sensasi pada payudara dan puting susu;
  • Kurang keupayaan untuk menyusu;
  • Masalah kosmetik.

Adalah penting untuk anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Bagaimanakah saya bersedia untuk Pembedahan Pengurangan Saiz Payudara?

Pembedahan dilakukan di bawah anestesia umum. Oleh itu, sebelum pembedahan, anda mungkin diminta untuk:

  • Ujian atau pemeriksaan fizikal.
  • Ambil beberapa ubat tertentu atau selaraskan ubat-ubatan semasa anda.
  • Mamogram awal sebelum pembedahan dan selepas pembedahan untuk mengesan perubahan tisu payudara pada masa akan datang.
  • Berhenti merokok sebelum pembedahan.
  • Elakkan aspirin, ubat anti-keradangan dan makanan tambahan yang diperbuat daripada herba kerana ia boleh meningkatkan pendarahan.

Apa yang berlaku semasa Pembedahan Pengurangan Saiz Payudara?

Pembedahan biasanya berlangsung selama 90 minit. Pakar bedah akan memotong di sekeliling dan di bawah areola (kawasan gelap di sekitar puting susu). Doktor akan mengeluarkan sebahagian daripada tisu payudara, lemak dan kulit yang berlebihan untuk mengurangkan saiz payudara.

Dalam kebanyakan kes, puting dan areola masih kekal pada kulit dada. Tetapi jika payudara anda terlalu besar dan terlalu kendur, doktor akan memotong puting dan areola, kemudian melekatkannya ke dada dengan kedudukan yang lebih tinggi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Pemulihan

Apa yang berlaku selepas Pembedahan Pengurangan Saiz Payudara?

Selepas pembedahan, payudara anda akan dibalut. Tiub kecil diletakkan di bawah ketiak anda untuk mengeluarkan cecair dan darah daripada insisi. Doktor anda akan memberitahu anda untuk menggunakan ubat penghilang rasa sakit dan antibiotik untuk mengurangkan risiko jangkitan kawasan pembedahan.

Pada minggu pertama, payudara anda akan menjadi sedikit bengkak dan sensitif; mungkin juga bengkak dan darah lebam. Doktor anda akan memberikan bra khusus untuk melindungi payudara.

Anda tidak boleh beroperasi dan bekerja lebih dalam dua ke empat minggu selepas pembedahan, kerana dada anda sedang sembuh pada masa itu.

Selepas pembedahan, payudara anda akan menjadi gelap, keras dan sedikit bengkak.

Anda boleh pulang ke rumah pada hari berikutnya selepas pembedahan dan kembali ke aktiviti harian selepas 2 ke 3 minggu.

Anda boleh kembali bekerja seminggu selepas pembedahan, bergantung kepada jenis pekerjaan anda.

Selepas 2 minggu, anda boleh mengendalikan otot dada anda dengan aktiviti mudah seperti memegang bayi.

Keputusan pembedahan akan bertambah baik sepanjang masa. Payudara anda akan menjadi kurang keras dan lebih semula jadi.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What is breast reduction surgery? http://www.plasticsurgery.org/reconstructive-procedures/breast-reduction.html#content. Accessed July 16, 2016.
Breast Reduction Surgery. http://www.webmd.com/beauty/breast-reduction/cosmetic-procedures-breast-reduction-surgery. Accessed July 16, 2016.

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Pembedahan Buat Lesung Pipit Palsu Berbahaya? 9 Risiko Ini Mungkin Berlaku!

Minyak Ikan, Jangan Sekadar Ambil Suplemen. Kena Tahu Dari Mana Ia Dihasilkan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan