Rabun Jauh: Apakah Puncanya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 21/08/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Rabun jauh adalah antara masalah penglihatan paling kerap berlaku di dunia. Ia kebiasaannya dikesan semasa berumur sekolah rendah apabila terdapat kepayahan dalam membaca dan melihat tulisan di papan putih. Ia juga disebut sebagai myopia atau nearsightedness.

Bagaimana rabun jauh berlaku?

Mata adalah organ yang sangat unik dan berharga. Tanpa penglihatan, banyak perkara yang tidak dapat dilakukan. Bagi orang normal, imej yang dipantulkan oleh cahaya akan dipancarkan ke dalam mata dan jatuh di atas retina di bahagian belakang mata yang mengandungi reseptor foto.

Selepas menerima pantulan imej, reseptor foto akan menukar imej tersebut ke dalam bentuk signal elektrik untuk dihantar ke otak melalui urat saraf optik. Bahagian otak oksipital menerima signal untuk diterjemahkan menjadi maksud imej tersebut. Jika ia adalah gunung, otak akan memaklumkan kepada anda bahawa ia adalah gunung. Jika laut, anda akan melihat laut.

Dalam kes rabun jauh, imej yang dipantulkan ke dalam mata tidak jatuh di atas retina. Sebalinya, ia jatuh di hadapan retina. Ini menyebabkan signal yang dihantar ke otak menjadi tidak jelas kerana reseptor foto tidak dapat memproses dengan baik memandangkan imej tidak jatuh di atasnya secara tepat. Semakin jauh jarak imej daripada mata, semakin jauh imej itu jatuh daripada retina dan sebaliknya. Sebab itu namanya rabun jauh.

Apakah punca rabun jauh?

Keadaan ini berlaku apabila saiz mata anda lebih panjang daripada normal, atau kornea anda terlalu melengkung menyebabkan imej tidak boleh dipantulkan di atas retina.

Terdapat dua faktor risiko utama:

  • Sejarah keluarga – jika salah seorang atau kedua-dua ibu dan bapa adalah rabun jauh, risiko anak-anak untuk mengalaminya akan meningkat.
  • Kerap melakukan aktiviti dalam jarak dekat – aktiviti seperti membaca atau menggunakan komputer dalam tempoh yang lama mungkin meningkatkan risiko rabun jauh.

Terdapat juga beberapa keadaan di mana berlaku rabun jauh dalam tempoh sementara:

  • Rabun malam – sesetengah orang mengalami rabun hanya pada waktu malam. Ia disebabkan oleh kekurangan cahaya untuk fokus atau terlalu banyak cahaya di bahagian tepi sehingga mengganggu fokus mata.
  • Rabun tipu – apabila terlalu lama melakukan aktiviti jarak dekat, otot yang mengawal fokus mata menjadi letih dan gagal menjalankan fungsinya dengan baik.
  • Diabetes – kawalan gula yang kurang baik boleh membuatkan penglihatan menjadi kabur.

Dalam kebanyakan kes, rabun jauh bukanlah satu masalah yang serius. Terdapat banyak pilihan rawatan yang ada pada hari ini membuatkan mereka yang mengalaminya boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jaga-jaga Si Rabun, Masalah Mata Boleh Buat Anda Berisiko Jadi Nyanyuk Di Usia Tua Nanti!

    Masalah penglihatan boleh jejaskan struktur otak anda. Kajian terbaharu menunjukkan, semakin teruk gangguan penglihatan, semakin teruk risiko untuk nyanyuk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    Seronoknya Dapat Pakai Spek Baru, Tapi Kenapa Boleh Rasa Pening Bila Bertukar Cermin Mata Ini?

    Bagi para pembaca yang memakai cermin mata, pernah tak anda berasa pening yang diakibatkan oleh kesan memakai cermin mata yang baharu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 23/07/2020 . 3 minit bacaan

    Orang Lelaki Lebih Ramai Yang Buta Warna Berbanding Kaum Wanita, Apa Sebabnya?

    Masalah rabun warna (buta warna) adalah masalah lazim yang sering dialami oleh populasi lelaki. Ketahui mengapa lelaki lebih berisiko.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Jika Tidak Dirawat, Katarak Boleh Menyebabkan Buta! Buat 6 Langkah Ini Untuk Elak

    Penyakit katarak pada mata adalah berbahaya dan boleh menyebabkan buta jika tidak dirawat. Jadi, sila buat 6 langkah ini untuk elak ia berlaku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 05/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cermin mata atau kanta lekap

    Antara Cermin Mata & Contact Lens, Yang Mana Satu Lebih Baik? Ini Pro & Kontranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    ciri-ciri kebutaan pada bayi

    Ibu Ayah, Kalau Bayi Gemar Gosok Mata, Perhatikan Tanda Ini, Takut Nanti Jadi Buta!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab kebutaan secara tiba-tiba

    Mata Tiba-tiba Tak Boleh Nampak? Jangan Panik! Ambil Tahu Punca Keadaan Ini Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    cermin mata penutup mulut

    Cabaran Si Mata Empat, Ini Cara Nak Elak Cermin Mata Berkabus Apabila Pakai Pelitup Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan