backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Imbasan CT Tulang Belakang Lumbar

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 13/09/2019

Ketahui asas-asasnya

Apakah itu imbasan CT tulang belakang lumbar?

Imbasan CT (computed tomography), sering dirujuk sebagai imbasan CAT, ialah sejenis X-ray yang menghasilkan imej potongan melintang di bahagian khusus dalam badan. Dalam kes imbasan CT tulang belakang lumbar, doktor boleh melihat potongan melintang bahagian belakang bawah. Mesin pengimbas mengelilingi badan dan menghantar imej ke dalam skrin komputer dimana ia disemak oleh juru teknik.

Bahagian lumbar tulang belakang ialah bahagian yang kerap mengalami masalah. Tulang belakang lumbar ialah bahagian paling bawah tulang belakang dan terdiri dari 5 tulang vertebra termasuk sakrum dan koksiks (tulang ekor). Salur darah besar, urat saraf, tendon, ligamen dan tulang rawan juga merupakan sebahagian dari tulang belakang lumbar.

Mengapa ujian ini dijalankan?

CT memberikan imej bahagian bawah belakang yang teliti dengan cepat. Ia mungkin digunakan untuk mencari:

  • Kecacatan kelahiran tulang belakang bagi kanak-kanak
  • Kecederaan pada tulang belakang bawah
  • Masalah tulang belakang apabila MRI tidak boleh digunakan

Ia juga boleh digunakan semasa atau selepas X-ray urat tunjang dan akar urat tunjang (myelography) atau X-ray cakera tulang belakang (discography).

Perkara yang perlu anda tahu sebelum ujian

Apa yang anda perlu tahu sebelum menjalani ujian ini?

Kadangkala, keputusan ujian CT anda mungkin berbeza dengan keputusan dari ujian-ujian jenis X-ray yang lain, MRI (magnetic resonance imaging) atau imbasan ultrasonik, kerana imbasan CT memberikan pandangan yang berbeza.

Kanak-kanak yang memerlukan imbasan CT mungkin memerlukan arahan khusus. Jika anak itu terlalu kecil untuk duduk diam atau takut, doktor mungkin memberikan ubat (ubat penenang) untuk membantu menjadi lebih tenang.

Jika anak anda dijadualkan untuk imbasan CT, sila bincang dengan doktor tentang keperluan imbasan tersebut serta risiko radiasi kepada anak anda.

MRI mungkin memberikan lebih banyak maklumat berbanding imbasan CT tentang cakera tulang belakang dan urat tunjang. Apabila imbasan CT tulang belakang dibuat bersama myelogram, ia dipanggil CT myelogram. MRI tulang belakang sering dilakukan sebagai ganti kepada CT myelogram.

Ketahui apa yang berlaku

Apakah persediaan ujian ini?

Ujian ini tidak invasif.

Anda mungkin mahu memakai pakaian yang longgar dan selesa kerana anda perlu baring di atas meja. Anda juga akan disuruh untuk mengalihkan sebarang perhiasan dan barang-barang besi yang lain dari badan anda. Beritahu doktor jika anda ada implan besi dari prosedur sebelum ini.

Sebelum menjalani imbasan CT, beritahu doktor jika anda mengalami mana-mana keadaan di bawah:

  • Alahan kepada kontras (barium)
  • Diabetes kerana puasa boleh merendahkan gula dalam darah
  • Hamil

Apa yang berlaku ketika ujian ini?

Anda akan disuruh baring atas meja sempit yang meluncur ke dalam pusat pengimbas CT.

Apabila anda sudah berada di dalam pengimbas, mesin X-ray akan berpusing mengelilingi anda (pengimbas “spiral” moden boleh melakukan pemeriksaan tanpa henti).

Sebuah komputer akan menghasilkan imej asing bahagian tulang belakang yang dinamakan kepingan. Imej-imej ini akan disimpan, dilihat di skrin komputer atau dicetak di atas filem. Model bahagian tulang belakang 3 dimensi boleh dicipta dengan menggabungkan kepingan-kepingan tersebut.

Anda harus duduk diam semasa ujian. Pergerakan boleh menyebabkan imej kabur. Anda mungkin disuruh tahan nafas untuk jangka masa pendek.

Selepas satu pusingan imbasan, anda mungkin disuruh untuk tunggu sementara juru teknik menyemak imej-imej tersebut untuk memastikan ia cukup jelas dan boleh dibaca dengan betul oleh doktor.

Imbasan tersebut hanya mengambil masa selama 10 ke 15 minit sahaja.

Apa yang berlaku selepas ujian ini?

Selepas ujian, anda boleh menukar semula pakaian anda dan pulang.

Keputusan kebiasaannya mengambil masa sehari untuk diproses. Doktor akan menjadualkan temu janji susulan untuk membincangkan tentang keputusan imbasan anda dan memberitahu bagaimana untuk meneruskannya bergantung kepada bacaannya. Bagi membantu mencapai diagnosis dan rawatan yang terbaik, ujian lain mungkin dilakukan seperti imbasan yang lain, ujian darah atau ujian-ujian diagnostik yang lain.

Memahami keputusan

Apa maksud keputusan saya?

Keputusan normal

Keputusan dikira normal jika tiada masalah ditemui pada bahagian lumbar dalam imej tersebut.

Keputusan abnormal

  • Kecacatan kelahiran pada tulang belakang
  • Masalah tulang
  • Patah tulang
  • Hernia cakera lumbar
  • Stenosis tulang belakang lumbar
  • Spondylolisthesis
  • Julat normal bagi ujian ini mungkin berbeza bergantung kepada makmal dan hospital. Sila berbincang dengan doktor anda tentang apa-apa persoalan yang anda ada berkenaan keputusan ujian anda.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan