backup og meta

Kemiskinan Membawa Kepada Penurunan Tahap Kesihatan

Kemiskinan Membawa Kepada Penurunan Tahap Kesihatan

Kemiskinan masih lagi menjadi masalah utama di banyak negara. Ketika dunia sibuk bercakap tentang dunia tanpa sempadan, kenderaan tanpa minyak, dan senjata nuklear, ada manusia yang masih bergelut untuk mendapatkan air minuman.

Kemiskinan adalah punca utama kepada kelaparan

Apabila tiada sumber kewangan yang kukuh, akses kepada makanan akan terjejas. Sekitar 1.2 bilion manusia hidup di dunia pada hari ini dalam keadaan miskin tegar dengan pendapatan kurang 1 dolar Amerika sehari (RM4/hari). Apabila makanan yang menjadi asas kepada kehidupan gagal diperoleh, tentunya kesihatan akan terjejas.

Ia seterusnya mengganggu proses pembesaran yang sihat serta mengundang pelbagai jenis penyakit. Ditambah pula dengan keadaan yang memaksa mereka hidup dalam persekitaran yang kotor dan tidak kondusif, keadaan bertambah buruk dari hari ke hari.

Dalam masa yang sama, terlalu banyak lebihan makanan dibuang setiap hari di seluruh dunia. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah makanan yang dihasilkan di peringkat global adalah cukup untuk menampung seluruh penduduk dunia. Namun, kekangan pendapatan untuk membeli atau mengusahakan makanan membuatkan ramai masih hidup dalam kelaparan.

Kawasan bergolak adalah cabaran utama

Kebanyakan masalah kemiskinan berlaku di kawasan atau negara bergolak sama ada pergolakan senjata atau politik. Mereka yang hidup di kawasan ini terdedah kepada banyak masalah kesihatan tertutamanya kekurangan zat dalam kalangan kanak-kanak serta penyakit berjangkit seperti HIV, tuberkulosis, cirit-birit dan malaria.

Keadaan akan terus berjalan dan berpindah ke satu generasi ke generasi lain jika pergolakan tersebut tidak ditangani.

Kesihatan adalah hak asasi manusia

Tanpa mengira latar belakang ekonomi atau kedudukan dalam masyarakat, kesihatan adalah aspek asas dalam kehidupan manusia dan harus diberikan tanpa kompromi. Usaha memberikan akses kesihatan kepada seluruh lapisan masyarakat perlu menjadi antara agenda utama pembangunan sama ada di peringkat negara atau global.

Perkara asas seperti akses kepada air bersih, makanan yang sihat, serta penjagaan kesihatan di klinik dan hospital perlu diberikan perhatian. Tanpa kesihatan yang baik, ekonomi, pembangunan, serta kelestarian negara tidak akan mampu dicapai.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Key Facts: Poverty and Poor Health – https://www.healthpovertyaction.org/info-and-resources/the-cycle-of-poverty-and-poor-health/key-facts/

2018 World Hunger and Poverty Facts and Statistics – https://www.worldhunger.org/world-hunger-and-poverty-facts-and-statistics/

Poverty and Health – http://www.who.int/hdp/poverty/en/

Versi Terbaru

28/11/2019

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Moon Face, 7 Punca Ini Sebabkan Muka Jadi Bulat & Kelihatan Bengkak, Bahaya!

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Dera, Bagaimana Laporkan Kepada Pihak Berkuasa?


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan