backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Demam kuning dewasa

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Demam kuning dewasa?

Demam kuning ialah jangkitan virus yang disebarkan melalui gigitan dari nyamuk yang dijangkiti, biasanya berlaku pada bahagian Selatan Amerika dan Afrika. Bila disebarkan kepada manusia, virus demam kuning boleh merosakkan hati dan organ dalaman dan berkemungkinan membawa maut.

Apakah kebarangkalian Demam kuning dewasa?

Infeksi biasanya berlaku di kawasan Afrika dan Amerika Selatan, memberi kesan pada pelancong dan penduduk yang mendiami kawasan tersebut.

World Health Organization (WHO) menganggarkan sebanyak 200,000 kes demam kuning seluruh dunia setiap tahun, menyebabkan 30,000 kematian. Kes demam kuning mula kelihatan meningkat di seluruh dunia, disebabakan oleh penurunan imunisasi kepada jangkitan sekitar penduduk setempat, penebangan hutan, perubahan iklim, dan kawasan bandar yang padat.

Anda boleh mengurangkan menghidap penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Demam kuning dewasa?

Demam kuning memperoleh namanya daripada dua simptomnya yang paling jelas: demam dan kulit kekuningan. Kekuningan berlaku kerana penyakit mengakibatkan kerosakan hati, hepatitis. Bagi sesetengah orang, demam kuning tidak mempunyai simptom awal, namun bagi sesetengah yang lain, simptom pertama muncul dalam tiga ke enam hari selepas pendedahan kepada virus melalui gigitan nyamuk.

Saat jangkitan memasuki fasa akut, anda akan mengalami tanda dan gejala termasuklah:

  • Demam;
  • Sakit kepala;
  • Sakit-sakit otot terutamanya bahagian belakang dan lutut;
  • Sensitif kepada cahaya;
  • Loya, muntah-muntah atau keduanya;
  • Hilang selera makan;
  • Pening kepala;
  • Mata, muka dan lidah menjadi kemerahan.
  • Simptom dan gejala ini biasanya pulih dan hilang selepas beberapa hari.

    Biarpun tanda dan simptom mungkin hilang sehari atau dua selepas fasa akut, sesetengah orang yang mengalami demam kuning akut kemudian akan memasuki fasa toksik. Semasa fasa toksik, tanda akut dan simptom akan kembali dan menjadi lebih teruk dan tanda yang mengancam nyawa juga muncul. Ini termasuklah:

    • Kekuningan di kawasan kulit dan putih mata (jaundis);
    • Sakit bahagian abdomen dan muntah-muntah, kadangkala muntah darah;
    • Kencing berkurangan;
    • Pendarahan bahagian hidung, mulut dan mata;
    • Degupan jantung perlahan (Bradikardia)
    • Kegagalan hati dan buah pinggang;
    • Disfungsi otak, termasuklah meracau, sawan, dan koma.

    Fasa toksik bagi demam kuning boleh membawa maut.

    Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Sebelum melancong

  • Empat minggu atau lebih sebelum lawatan, adakan temujanji untuk berjumpa doktor anda sekiranya anda melawat kawasan di mana dema kuning diketahui berlaku supaya anda boleh berbincang sama ada vaksin demam kuning diperlukan atau tidak.
  • Sekiranya anda ada kurang dari empat minggu untuk bersedia, hubungi juga doktor anda. Secara ideal, anda dapat divaksin sekurang-kurangnya tiga ke empat minggu sebelum lawatan ke kawasan tersebut untuk memberi masa pada vaksin untuk mula berkesan. Doktor anda akan menentukan sama ada anda memerlukan vaksinasi nda boleh memberi panduan umum untuk memelihara kesihatan anda ketika di luar negara.
  • Selepas melancong

    • Cari rawatan medical kecemasan sekiranya anda baru balik melawat kawasan di mana demam kuning biasa berlaku dan anda mula mengalami tanda dan simptom fasa toksik penyakit tersebut.
    • Hubungi doktor anda sekiranya mengalami simptom sederhanda, selepas melawat negara di mana demam kuning terjadi.

    Punca

    Apakah Punca Demam kuning dewasa?

    Demam kuning biasanya merebak kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti. Manusia tidak dapat menyebarkan demam kuning sesama sendiri melalui persentuhan kasual, walaubagaimanapun ia boleh merebak terus ke darah melalui jarum yang dijangkiti.

    Beberapa spesis nyamuk membiak di dalam hutan juga menyebarkan demam kuning kepada monyet, yang mana, selain manusia, juga menjadi hos penyakit tersebut.

    Faktor-faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Demam kuning dewasa?

    Ada banyak faktor risiko untuk demam kuning, antaranya seperti:

    Anda mungkin mengalami risiko penyakit sekiranya anda melawat ke kawasan yang mana virus demam kuning masih dibawa nyamuk. Kawasan in termasuklah Afrika sub-Sahara dan kawasan tropikal Amerika Utara.

    Walaupun seandainya tiada laporan semasa tentang jangkitan pada manusia dalam kawasan terebut, ia tidak bermakna anda bebas dari risiko. Mungkin penduduk tempatan sudah divaksin dan terjaga dari penyakit tersebut, atau kes demam kuning belum lagi dikesan atau dilaporkan secara rasmi.

    Sesiapa sahaja boleh dijangkiti, namun orang dewasa lebih terdedah kepada penyakit tersebut.

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit Demam kuning dewasa dirawat?

    Belum ada ubatan antivirus yang terbukti membantu merawat demam kuning. Kesannya rawatan utama merangkumi sokongan penjagaan di hospital. Ini termasuklah:

  • Membekalkan cecair dan oksigen;
  • Mengekalkan tekanan darah secukupnya;
  • Penggantian darah yang hilang;
  • Menyediakan dialisis bagi buah pinggang yang rosak;
  • Merawat jangkinan lain yang berlaku;
  • Sesetengah orang menerima transfusi plasma bagi menggantikan protin darah yang boleh meningkatkan kadar pembekuan darah.
  • Sekiranya anda mengalami demam kuning, doktor akan mencadangkan anda untuk kekal di dalam, jauh daripada nyamuk, bagi mengelakkan sebaran penyakit pada orang lain. Sekali anda mengalami demam kuning, anda akan imun pada penyakit tersebut seumur hidup.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Demam kuning dewasa?

    Gaya hidup dan rawatan sampingan yang mungkin membantu anda menghadapi demam kuning:

    Walaupun tiada rawatan spesifik bagi demam kuning, sokongan penjagaan di rumah adalah tidak dinasihatkan di kawasan yang memberi akses rawatan. Mana-mana pelancong bukan residen ke kawasan endemik demam kuning juga di dalam risiko untuk keadaan mengancam nyawa yang lain, dan patut mencari evaluasi segera di dalam jabatan kecemasan sekiranya demam mulai muncul. Selain demam kuning, malaria juga juga boleh muncul selepas satu tahun, walaupun sudah menjalankan rawatan pencegahan. Tiada rawatan sampingan bagi demam kuning, dan individu mesti mencari rawatan perubatan segera dan mengikut arahan perubatan secara teliti.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan