backup og meta

Dimensi Baharu Pengesanan Kanser Melalui Breath Biopsy

Dimensi Baharu Pengesanan Kanser Melalui Breath Biopsy

Pengesanan kanser melalui cara yang lebih pantas telah hampir menjadi kenyataan dalam tempoh masa yang terdekat apabila alat pengesan kanser melalui pernafasan atau cancer-detecting breathalyzer telah memasuki peringkat ujian klinikal.

Ujian tersebut akan melibatkan seramai 1500 orang peserta yang terdiri dalam kalangan mereka yang disyaki menghidap kanser perut, prostat, buah pinggang, hati, pundi kencing dan pankreas dan juga melibatkan peserta yang sihat yang berfungsi sebagai control group bagi ujian klinikal tersebut.

Ujian klinikal ini dijalankan secara bersama oleh The Cancer Research UK Cambridge Centre dan Owlstone Medical untuk menguji keberkesanan alat breathalyzer tersebut. Dalam proses ujian klinikal bagi breathalyzer tersebut, peserta dikehendaki untuk bernafas melalui alat tersebut selama 10 minit dan breathalyzer tersebut akan mengesan dan mengenalpasti molekul-molekul yang menunjukkan pelbagai jenis kanser.

Alat tersebut dipanggil sebagai ‘Breath Biopsy’ dan direka oleh syarikat Owlstone Medical untuk mengesan sebatian organik yang tidak menentu atau volatile organic compounds (VOCs). Kehadiran VOCs didalam pernafasan seseorang boleh menunjukkan kehadiran kanser dengan lebih awal walaupun simptom-simptom lain belum muncul.

Apabila sel menjalankan tindak balas biokimia sebagai sebahagian daripada metabolisme, mereka menghasilkan pelbagai jenis VOCs. Jika metabolisme mereka berubah, seperti dalam kanser dan pelbagai keadaan lain, sel-sel boleh melepaskan corak VOCs yang berbeza.

Para penyelidik bermatlamat untuk mengenal pasti corak-corak tersebut dengan menggunakan teknologi Breathing Biopsy yang direka oleh Owlstone Medical.

Ujian klinikal ini sedang merekrut peserta ke Hospital Addenbrooke di Cambridge yang telah dirujuk daripada doktor mereka sendiri dengan jenis kanser yang disyaki dimiliki oleh mereka. Mereka akan diberi ujian nafas sebelum ujian diagnostik lain.

Pesakit akan bernafas dalam ujian tersebut selama 10 minit untuk tujuan pengumpulan sampel, yang kemudiannya akan diproses di makmal Owlstone Medical’s Breath Biopsy di Cambridge, UK.

Jika teknologi ini dapat membuktikan fungsinya untuk mengenal pasti kanser dengan tepat, para penyelidik berharap agar biopsi pernafasan pada masa akan datang boleh digunakan oleh doktor untuk menentukan sekiranya pesakit perlu dirujuk untuk ujian diagnostik lanjut.

Cancer Research UK telah menjadikan kajian berkaitan alat pengesanan kanser ini sebagai salah satu kajian mereka yang paling diberikan keutamaan dan akan membuat pelaburan lebih daripada 20 juta pound sterling dalam tempoh satu tahun berkaitan kajian pengesanan awal kanser pada tahun 2019.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.weforum.org/agenda/2019/01/cancer-detecting-breathalyzer-moves-into-clinical-trials/

 

  1. https://www.cancerresearchuk.org/about-us/cancer-news/press-release/2019-01-02-clinical-trial-launches-to-develop-breath-test-for-multiple-cancers?_ga=2.193351086.2060096868.1546531364-393242225.1545340864

Versi Terbaru

09/07/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kerjasama Hello Doktor & He Medical Clinic, Demi Masa Depan Kesihatan Para Lelaki!

Kerjasama Novartis Malaysia X Beacon Hospital, Mentakrifkan Semula Rawatan Kanser Prostat!


Fakta Disemak oleh

Dr. Shelby


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan