backup og meta

Adakah Ubat Gigi Mengandungi Toksik?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/09/2021

    Adakah Ubat Gigi Mengandungi Toksik?

    Kita mungkin tidak tahu, tetapi ubat gigi kita mengandungi sejumlah toksik yang boleh memudaratkan gigi dan kesihatan mulut. Kebiasaannya, kita akan ke kedai dan memilih ubat gigi secara rawak tanpa membaca dengan teliti bahan-bahannya. Kebanarannya adalah sama ada ia daripada jenama popular atau ubat gigi semula jadi, semuanya mengandungi toksin.

    Bahan-bahan Berbahaya dalam Ubat Gigi

    1. Sodium Fluoride: Bahan kimia ini adalah ramuan utama dalam ubat gigi serta racun tikus.

    Pada umumnya, doktor gigi telah mengesyorkan fluorida. Bahan kimia ini digunakan untuk mencegah kaviti/rongga. Namun, kita mungkin tidak menyedari bahawa jumlah Sodium Floride dalam satu tiub ubat gigi adalah cukup untuk membunuh seorang anak kecil. Inilah sebab mengapa mereka sentiasa memberi amaran agar ubat gigi dijauhi daripada kanak-kanak.

    2. Sodium Lauryl Sulfate (SLS): Bahan paling berbahaya.

    SLS digunakan untuk menghasilkan buih dan memberi kesan bahawa ubat gigi berfungsi. Oleh kerana SLS mempunyai bahan berbuih, telah didapati bahawa SLS boleh merosakkan kesihatan kita. SLS digunakan dalam produk seperti pembersih lantai garaj, enjin penyahgris (degreaser), dan sabun basuh kereta dalam industri pembersihan.

    3. Triclosan: Racun perosak.

    Triclosan telah ditemui dalam pelbagai jenis ubat gigi. Walaubagaimana pun, bebrapa bahan kimia yang paling toksik mempunyai struktur dan formulasi bahan yang sama, Secara luaran, bahan kimia ini telah menyebabkan kerengsaan kulit, walaubagaimana pun, jika bahan kimia ini masuk ke dalam tubuh, ia boleh menyebabkan perluh sejuk, gangguan peredaran darah, kejang, koma dan kematian.

    4. Hydrated Silica: Pemutih yang merosakkan enamel gigi

    Semua orang sukakan gigi putih, ini menjadi sebab mengapa seseorang mencari produk yang boleh memutihkan gigi. Oleh itu, pengeluar juga sering meletakkakan

    gigi Kita semua suka gigi putih, inilah sebab mengapa kita selalu mencari produk yang boleh memutihkan gigi kita. Oleh itu, pengeluar sering meletakkan bahan Hydrated Silica pada ubat gigi. Anda mungkin tidak tahu tetapi jenis bahan kimia ini akan menggoreskan permukaan gigi dan merosakkan enamel gigi seperti menggunakan pasir untuk membersihkan kaca.

    5. Artificial preservatives

    6. Artificial colors

    7. Artificial sweeteners: Bahan ini digunakan dalam ubat gigi kanak-kanak.

    Bagaimana memilih ubat gigi yang selamat

    Untuk bayi

    Kebanyakan ubat gigi hanya untuk kanak-kanak berusia dua tahun ke atas. Jadi, persoalannya adalah bagaimana ibu boleh membersihkan gigi bayi dengan betul? Kebenarannya adalah ubat gigi tidak semestinya diperlukan untuk menjaga mulut yang bersih, tetapi memberus gigi. Oleh itu, ibu bapa boleh menggunakan air dengan berus lembut atau berus gigi jari bermula dengan gigi terawal bayi. Bayi lebih berusia boleh menggunakan minyak kelapa untuk membersihkan gigi mereka.

    Untuk dewasa

    Pelbagai ubat gigi di kedai dan pasar raya boleh mengujakan anda. Lebih baik memeriksa gigi terlebih dahulu sebelum memilih ubat gigi kerana terdapat ubat gigi tertentu yang direka untuk keadaan gigi tertentu.

    Bagaimana pula dengan ubat gigi pemutihan?

    Anda tidak perlu menggunakan ubat gigi pemutih sepanjang masa kerana ia akan merosakkan gigi anda. Orang yang merokok dan minum wain dapat melihat bahawa gigi mereka berwarna kuning atau berwarna coklat. Oleh itu, orang harus menyingkirkan tabiat itu jika mereka ingin mempunyai senyuman yang cerah dan bukannya menggunakan ubat gigi pemutihan.

    Ubat gigi yang betul dan selamat akan membantu melindungi dan membersihkan gigi dan mulut dengan cekap. Oleh itu, jika anda masih mempunyai beberapa soalan untuk bertanya, jangan teragak-agak menghubungi doktor anda untuk mendapatkan lebih banyak nasihat perubatan dan dapatkan pemeriksaan gigi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan