Kita semua mengalami pasang surut dalam kehidupan. Ia adalah lumrah untuk kita merasai stres mengenai kerja, terutama apabila terdapat ‘deadline’ yang harus kita kejar. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami terlalu banyak hari-hari yang membuatkan anda tertekan, atau mempunyai rasa takut untuk pergi kerja, anda sebenarnya sedang mengalami stres atau tekanan berkaitan kerja.
Istilah stres pertama kali digunakan oleh Hans Selye selepas beliau menamatkan latihan perubatan pada tahun 1920-an. Beliau mencadangkan istilah stres tersebut bagi menggambarkan keadaan bukan asal tubuh badan yang disebabkan fungsi luar biasa badan diakibatkan oleh penghasilan hormon stres (Selye, 1977).
Stres berkaitan kerja merupakan keadaan yang berlaki apabila permintaan pekerjaan melebihi keupayaan seseorang pekerja dalam menanganinya, Ia bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan mental pekerja malah turut sama menjatuh produktiviti sesebuah syarikat.
Model Stres berkaitan Kerja
Model terbaru stres berkaitan kerja adalah berdasarkan ‘Job Demand-Resources’ (JD-R) oleh Arnold B. Bakker Evangelia Demeouti (2007). JD-R menunjukkan setiap pekerjaan mempunyai faktor risiko spesifik terhadap sesuatu stres dalam pekerjaan. Stres dalam pekerjaan dikategorikan kepada permintaan pekerjaan dan sumber pekerjaan.
Keadaan fizikal, psikologikal, sosial dan aspek organisasi sesuatu pekerjaan menuntut kelestarian fizikal dan/atau usaha psikologikal atau kemahiran untuk merujuk kepada permintaan pekerjaan. Sumber pekerjaan pula merujuk kepada aspek fungsi fizikal, psikologikal, sosial dan organisasi dalam mencapai objektif pekerjaan, mengurangkan permintaan pekerjaan dan sebarang kos fizikal dan psikologikal bagi merangsang pertumbuhan, pembelajaran dan pembangunan dalam kerjaya seseorang individu. Diagram di bawah menunjukkan model JD-R.
Sumber pekerjaan dalam model ini memaparkan potensi motivasi di mana ia akan menjuruskan kepada kada produktivit kerja yang tinggi, kurangnya sifat sinikal dan prestasi kerja cemerlang (Bakker & Demerouti, 2007)
Punca utama penyebab stres berkaitan kerja:
Punca utama yang boleh mencetuskan stres di tempat kerja adalah:
- Budaya sesuatu organisasi
- Pengurusan yang lemah
- Permintaan pekerjaan
- Tempat pekerjaan fizikal
- Hubungan sesama pekerja
- Kurangnya sokongan
- Perubahan dalam polisi pengurusan
- Konflik peraturan
- Trauma
- Kerja lebih masa
- ‘Deadline’ yang melampau
- Mikro-pengurusan
- Kurangnya peralatan dan sumber
- Kurangnya peluang untuk naik pangkat
- Gangguan
Punca stres berkaitan pekerjaan boleh dikategorikan kepada keupayaan individu dan faktor organisasi. Keupayaan individu merujuk kepada kemahiran seseorang pekerja, keadaan psikologikal, kesihatan fizikal, mekanisme penerimaan terhadap faktor organisasi seperti arahan pengurusan atau kaedah pengurusan, budaya sesebuah organisasi, waktu bekerja dan banyak lagi. Maka, akibat daripada stres juga akan mempengaruhi kesihatan seseorang individu dan juga sesebuah organisasi.
Tanda-tanda stres berkaitan kerja pada seseorang pekerja
Apabila seseorang pekerja sudah tidak tahan berdepan dengan stres yang dihadapinya, pekerja akan menerima kesannya secara langsung. Ia akan menyusutkan kualiti kesihatan mental dan fizikal.
Jika ia berterusan, ia akan menjurus kepada masalah kesihatan psikologikal seperti jiwa tidak tenteram, kemurungan kronik dan masalah mental yang lain. Selain itu, stres juga akan mempengaruhi keadaan fizikal badan seperti penyakit kardiovaskular, penaykit maskularskeletal, masalah pernafasan dan banyak lagi.
Justeru itu, tanda-tanda adalah berbeza mengikut keadaan kesihatan seseorang individu.
Perasaan negatif dan kemurungan
Perasaan negatif boleh terbentuk dalam pelbagai cara. Ia mungkin bersifat sementara seperti perasaan yang teruk apabila anda gagal melakukan sesuatu tugaan. Kemudian ia mula membentuk kepada perasaan ragu-ragu terhadap keupayaan sendiri dan anda mula mempersoalkan kebolehan anda. Masalah kecil yang berlaku boleh mengakibatkan anda berasa sangat kecewa pada diri. Hilangnya keyakinan diri boleh menyebabkan kemurungan dan jiwa tidak tenteram.
Sifat Agresif
Anda menjadi marah terhadap semua orang. Jenaka yang anda selalu ketawakan bersama rakan-rakan sudah menjadi satu penghinaan yang anda rasakan perlu untuk melawan mereka kembali. Tindakan biasa oleh rakan sekerja sudah menjadi satu penghinaan kepada anda. Anda gagal mengawal kemarahan. Anda cepat melatah di tempat kerja.
Peralihan mood yang luar biasa
Ada hari anda datang ke tempat pekerjaan dengan perasaan gembira, Tapi setengah jam kemudian, anda berasa sangat kecewa dan mula menitiskan air mata. Apabila anda selesai melalui mood ‘blue’ itu anda akan berasa sangat malu dan tidak pasti mengapa mood anda berubah dengan sekelip mata.
Masalah mental
Anda cepat lupa mengenai sesuatu. Perhatian anda menjadi semakin mengurang. Anda tidak boleh fokus pada pekerjaan yang selama ini anda mungkin pakar. Anda juga akan cepat rasa keliru.
Perubahan terhadap gaya hidup
Stres berkaitan pekerjaan mempengaruhi kehidupan anda di luar tempat kerja. Anda mungkin mengalami tidur yang tidak mencukupi, mungkin juga terlebih tidur. Begitu juga habit pemakanan anda. Mungkin selera anda bertambah atau berkurang dengan mendadak.
Penyalahgunaan bahan terlarang
Bagi menghadapi stres, anda akan menyalahgunakan alkohol atau dadah. Anda juga akan mula ketagih kepada alkohol, dadah rekreasi mahupun kedua-duanya.
Masalah ketepatan masa
Akibat daripada kurangnya motivasi atau ketakutan pada kerja, anda akan tidak sengaja datang lewat ke tempat kerja dan mempunyai keinginan untuk pulag seawal yang mungkin.
Tanda-tanda stres berkaitan kerja di dalam kumpulan atau organisasi
- Perbalahan dalaman di antara kumpulan
- Semakin ramai pekerja berhenti kerja
- Semakin banyak aduan
- Semakin banyak ketidakhadiran kerja akibat cuti sakit
- Prestasi kerja menurun
- Pelanggan membuat laporan mengenai turunnya produktivi
- Kepayahan untuk menggaji pekerja baru
Bagaimana menangani stres berkaitan kerja
Jika anda mengalami satu atau lebih simptom di atas, kemungkinan besar anda mengalami stres berkaitan pekerjaan. Anda perlu berbicara dengan pengurus atau wakil yang mewakili kesatuan sekerja anda untuk mencari jalan penyelesaian masalah stres tersebut.
Walau bagaimanapun, simptom-simptom di atas mungkin bermaksud stres, ia juga bolej menjadi pengukur terhadap keadaan kesihatan. Jika anda mengalami simptom di atas untuk masa yang lama, berundinglah segera dengan pakar kesihatan anda.
Jika masalah anda bermula daripada keadaan kesihatan yang teruk, dengan mengenalpasti punca masalah dan merawat kembali mood anda seperti sediakala. Jika anda mengenalpasti tanda-tanda ini dalam kumpulan kerja, sila lah berunding penyelia dengan penyelia anda.
Dalam pengurusan stres, campur tangan atau ‘early intervention’ dengan menilai perubahan dinamik dalam kumpulan pekerjaan serta mengambil langkah pro-aktif dalam menangani perubahan tingkahlaku kecil dan drastik amat diperlukan. Setiap daripada kita mengalami hari yang teruk dan bagus. Rakan sekerja anda mungkin nampak tidak bermaya dan goyah pada sesuatu hari, namun tidak semestinya dia berhadapan dengan masalah stres berkaitan pekerjaan. Buatlah pertimbangan terbaik terhadap simptom yang anda lihat di tempat kerja.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan.