backup og meta

Tip Mengendalikan Tekanan Di Rumah

Tip Mengendalikan Tekanan Di Rumah

Kebelakangan ini, anda mudah menjadi tertekan antara kerja, keluarga dan tugasan lain. Adalah baik jika anda boleh mengenepikan dan melepaskan tekanan di rumah yang membebani diri anda, atau kesihatan fizikal dan mental anda boleh terganggu.

Belajar menguruskan tekanan memerlukan latihan yang banyak, tetapi anda boleh, anda perlu dan anda mesti lakukannya. Berikut beberapa kaedah untuk membantu menangani tekanan dan situasi teruk di rumah:

  • Luangkan masa – Amallkan yoga, meditasi, mendengar muzik, pergi ke spa atau dapatkan urutan yang boleh meringankan dan mengosongkan fikiran anda.
  • Pemakanan seimbang – Jangan melangkau waktu makan. Hindari makanan yang tidak berkhasiat dan tidak sihat
  • Hadkan alkohol dan kafein – Ia boleh mencetuskan keresahan dan rasa panik.
  • Dapatkan tidur yang berkualiti dan secukupnya.
  • Bersenam secara tetap setiap hari untuk kekalkan tahap kesihatan dan membuatkan anda berasa lebih baik.
  • Nafas mendalam. Sedut dan hembus nafas secara perlahan melalui perut (abdomen). Kira hingga 10 secara perlahan dan ulang langkah dan serta kira sehingga 20 jika perlu.
  • Cuba yang terbaik. Mustahil untuk mencapai kesempurnaan, tetapi berbanggalah dengan apa yang anda mampu capai dan terima hakikat bahawa anda tidak mungkin dapat mengawal segalanya.
  • Kekal positif. Teruskan dengan sikap humor dan sentiasa senyum.
  • Libatkan diri. Sertai aktiviti sukarela, atau sebarang aktiviti berkaitan komuniti untuk memperluaskan kenalan dan membolehkan anda berehat dari jadual harian yang memberikan tekanan.
  • Pelajari pencetusnya. Belajar tentang punca atau sebab yang membuatkan anda hilang pertimbangan. Adakah ia tugasan, keluarga, atau perkara lain yang menjadi faktor penyebab? Catatkan dalam jurnal atau diari apabila anda berasa ketegangan, dan cuba untuk cari jalan penyelesaian.
  • Berkongsi. Luahkan kepada seseorang. Kawan atau keluarga boleh membantu meredakan ketegangan anda. Atau anda boleh memilih untuk bercakap dengan kaunselor, pakar psikologi atau ahli psikiatri atau profesional perubatan yang dapat membantu.
  • Bantuan dalam talian. Dengarkan podcast mengenai pelbagai topik berkaitan kebimbangan kesihatan mental, tonton video, dengan topik yang berbeza untuk mengurangkan panik, rawatan untuk kanak-kanak dan sebagainya.

Secara umumnya, pengurusan tekanan adalah mengenai bagaimana anda mengawal hidup, pemikiran, perasaan, emosi dan cara anda menangani masalah tersebut. Tidak kira betapa tertekannya hidup anda, masih ada cara untuk menanganinya.

Apa yang penting, anda harus dan perlu kekal serta sentiasa bertenang, cuba lepaskan tekanan dan kembali mengawal kehidupan anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Stress Management. http://www.helpguide.org/articles/stress/stress-management.htm. Accessed December 30th, 2016.

Stress: How to Manage and Reduce It. http://www.webmd.com/balance/guide/tips-to-control-stress. Accessed December 30th, 2016.

Versi Terbaru

24/06/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ingin Tahu Tahap Stres Dan Anxiety Anda? Lakukan Ujian DASS, Buat Online Lebih Cepat Tahu!

Nampak Tenang Namun Jiwa Bergejolak, Usah Normalisasi Sindrom Itik!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan