home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Mengapa Mesej Teks Menyebabkan Tekanan?

Mengapa Mesej Teks Menyebabkan Tekanan?

Pernahkah anda merasa tertekan untuk membalas mesej? Pernah tak anda merasa mesej teks menyebabkan tekanan dalam diri anda? Adakah anda pernah merasa terganggu apabila menerima beratus mesej teks dalam kumpulan mesej (group chat)? Adakah anda selalu menyemak mesej teks untuk memastikan anda tidak terlepas mesej penting?

Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, mesej yang dihantar melalui teks menjadi antara satu saluran komunikasi terpenting dalam kehidupan harian kita. Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), dan aplikasi sosial lain seperti Whatsapp, WeChat, Facebook, dan Instagram telah digunakan secara meluas untuk berkomunikasi.

Dalam satu kajian yang dijalan oleh Viber, satu pertiga daripada individu yang berkomunikasi secara aktif melalui mesej teks didapati berdepan dengan tekanan.

Mengapa Individu Boleh Mendapat Tekanan?

Kebanyakan individu menjadi tertekan kerana mesej teks disebabkan tingkah laku yang menjengkelkan. Kajian menunjukkan 32% responden merasa terganggu apabila individu yang sedang bermesej itu secara tiba-tiba hilang dipertengahan perbualan mesej teks.

Penggunaan tatabahasa yang kurang sopan dan penggunaan emoji yang berlebihan juga turut menjadi antara punca tekanan. Ia didapati menyebabkan berlakunya masalah kurang faham akan mesej perbualan jika terlalu banyak emoji yang digunakan.

Kebiasaannya rasa jengkel dan terganggu ini berlaku dalam kumpulan mesej, yang mempunyai lebih daripada 3 individu. 39% responden didapati tidak menyukai kumpulan mesej. Terlibat dalam perbualan sampingan merupakan antara perkara yang paling tidak disukai, diikuti dengan terlebih perkongsian gambar dan terlalu banyak gambar dan video yang dihantar. Terdapat hampir 17% daripada responden cenderung untuk meletakkan kumpulan mesej dalam mod senyap (mute notification) sebaik sahaja mereka dimasukkan ke dalam kumpulan tersebut.

Bagaimana jika anda menerima mesej teks diluar waktu kerja? Terdapat setengah responden sanggup untuk membalas secepat mungkin. Manakala hampir 23% merasakan terganggu dengan mesej teks yang diterima, namun, mereka tetap akan memberi maklum balas.

Kajian ini turut membuktikan lebih 20% responden merasa tertekan dengan jumlah mesej teks yang perlu mereka jawab. Walau bagaimanapun, 11% daripada responden memilih untuk mengabaikan mesej yang diterima.

Bagaimana mengatasi tekanan seperti ini?

Walaupun mesej teks boleh menyebabkan tekanan, namun, saluran komunikasi ini masih mendatangkan kemudahan dalam kehidupan seharian kita. Kita boleh menggunakannya untuk tujuan berkaitan peribadi mahupun pekerjaan, seperti untuk berhubung dengan rakan dan keluarga serta mendapatkan maklum balas pantas daripada pelanggan.Untuk menangani tekanan yang disebabkan mesej teks ini, cara terbaik adalah dengan menghadkan masa yang diluangkan dengan telefon dan memperbanyakan perbualan secara bersemuka atau membuat panggilan telefon.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 23/01/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x