backup og meta

Pakar Psikologi: Apa Yang Perlu Anda Tahu

Pakar Psikologi: Apa Yang Perlu Anda Tahu

Kehidupan merupakan sebuah perjalanan yang penuh dengan pelbagai kesukaran dan cabaran di sepanjang perjalanan. Emosi roller coaster mempunyai naik-turunnya yang menjadikan ia sukar untuk ditangani. Dan ada masanya, ia mungkin menyebabkan wujudnya tekanan, kegelisahan, kemurungan, dan pelbagai lagi masalah psikologi lain. Kebiasaannya, masalah yang dihadapi boleh diatasi sendiri atau dengan sokongan dari keluarga dan rakan. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, anda mungkin memerlukan individu yang mempunyai kemahiran khusus, berpengalaman dalam latihan dan perubatan untuk membantu anda. Anda perlu mendapatkan bantuan profesional yang boleh anda harapkan. Itu adalah ketikanya anda memerlukan ahli psikologi klinikal berlesen.

Apa itu pakar psikologi?

Psikologi klinikal adalah individu profesional terlatih yang boleh menilai, mengklasifikasi dan merawat masalah emosi dan tingkah laku. Mereka pakar dalam menggunakan rawatan berasaskan bukti seperti Terapi Kognitif-Perilaku (CBT) dan Penerimaan dan Komitmen Terapi (ACT) bersama rawatan terapi lain untuk mendapatkan keputusan terbaik buat pesakit. Secara umumnya, ahli psikologi menumpukan kepada pemikiran dan kepercayaan, tingkah laku dan perbuatan, dan emosi yang berkaitan dengan masalah khusus seseorang individu. Ia biasa dimulakan dengan penilaian yang dilakukan oleh ahli psikologi untuk memahami masalah yang dihadapi pesakit. Langkah berikut adalah peringkat rawatan, di mana teknik, strategi dan latihan tertentu dibangunkan dan diamalkan.

Apa yang boleh dijangkakan daripada psikologi?

Perkara utama dalam pendekatan psikologi adalah untuk mewujudkan perhubungan atas rasa simpatetik, hormat, empati dan sokongan. Ia biasanya menumpukan kepada gabungan pendengaran, pemahaman dan kaedah penyembuhan proaktif dan memberikan nasihat positif. Ahli psikologi sering menantikan kesan penilaian terhadap kaedah yang digunakan, sama ada secara formal atau tidak formal, dalam usaha untuk memastikan mereka memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk mengurangkan simptom dan isu yang wujud disebabkan konflik yang dihadapi.

Seorang ahli psikologi mungkin menyarankan psikoterapi – sesi bercakap untuk membantu anda memperolehi cara yang efektif untuk mengatasi masalah yang anda hadapi. Ahli psikologi anda mungkin mencadangkan perjumpaan dengan seluruh ahli keluarga anda atau menyarankan anda untuk menyertai terapi berkumpulan. Ada masanya ahli psikologi akan menggunakan teknik tertentu, seperti, kaedah pengumpulan informasi fisiologi (biofeedback), latihan pengurusan tekanan, atau pengubahsuaian tingkah laku.

Dalam sesetengah keadaan, ahli psikologi mungkin akan merujuk anda kepada doktor perubatan anda untuk pemeriksaan fizikal atau penilaian perubatan atau dalam sesetengah kes anda akan dirujuk kepada pakar psikiatri untuk mendapatkan rawatan dan pengurusan lanjut. Tempoh rawatan adalah berbeza-beza. Bagi sesetengah individu, rawatan hanya melibatkan terapi jangka pendek, manakala bagi individu lain, mereka mungkin memerlukan tempoh rawatan yang lebih lama untuk mengatasi masalah. Sesi psikoterapi bermula dengan persetujuan bahawa pakar terapi dan pesakit akan melalui beberapa sesi yang bergantung kepada kemampuan pesakit dan beberapa faktor lain. Akan terdapat kerja dan tugasan yang perlu dilakukan di rumah bergantung kepada isu yang dihadapi. Kekerapan psikoterapi biasanya sekali atau dua kali seminggu, bergantung kepada keadaan anda.

Pakar psikologi biasanya diperlukan untuk membantu masalah seperti:

  • Menguruskan kemurungan, kemarahan atau gangguan emosi dan personaliti
  • Menghadapi kegelisahan atau tekanan
  • Memperbaiki gangguan kekurangan tidur
  • Mengatasi masalah gangguan pemakanan
  • Memperbaiki masalah ketagihan dadah dan alkohol
  • Membantu menyesuaikan diri terhadap perubahan, trauma atau kehilangan dalam kehidupan
  • Menasihati tentang matlamat dan tujuan hidup, hal berkaitan kerjaya
  • Memperbaiki perhubungan

Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan pakar psikologi. Anda boleh meminta rakan atau doktor merujuk anda kepada ahli psikologi. Cara lain, anda boleh menghubungi hospital, pusat kesihatan mental atau membuat carian di internet.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to Find a Therapist. http://www.webmd.com/anxiety-panic/guide/how-to-find-therapist. Accessed December 21st, 2016.

Getting Started: Talk Therapy for Depression. http://www.webmd.com/depression/features/therapy-therapist#1. Accessed December 21st, 2016.

Psychotherapy: How it Works and How it Can Help. http://www.dbsalliance.org/site/PageServer?pagename=wellness_brochures_psychotherapy. Accessed December 21st, 2016.

Versi Terbaru

02/12/2019

Ditulis oleh Dr. Maria Zalina Abdul Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kenali Ciri Ciri Anxiety, Adakah Ia Stres Biasa Atau Kegelisahan Melampau?

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!


Ditulis oleh

Dr. Maria Zalina Abdul Rahim

Psikiatri · Hello Health Group


Disemak pada 02/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan