backup og meta

10 Oktober 2018: Hari Kesihatan Mental Sedunia

Orang muda dan kesihatan mental dalam dunia hari ini

Tempoh remaja dan dewasa muda adalah tempoh di mana banyak berlaku perubahan dalam hidup.  Contohnya, bertukar sekolah, masuk ke universiti dan memulakan pekerjaan baru. Ia merupakan satu pengalaman yang menarik bagi sesetengah orang. Namun, ia juga boleh membuatkan sebahagian orang tertekan. Dalam sesetengah kes, tekanan tersebut boleh membawa kepada masalah kesihatan mental jika tidak diuruskan dengan baik.

Penggunaan teknologi yang meluas juga kadangkala menambahkan tekanan melalui hubungan maya di samping manfaat yang ada. Mereka yang tinggal di kawasan konflik kemanusiaan seperti peperangan, kemiskinan dan bencana alam pula lebih terdedah kepada masalah kesihatan mental.

Separuh daripada masalah kesihatan mental bermula pada umur 14 tahun

Separuh daripada masalah mental bermula pada umur 14 tahun tetapi kebanyakannya tidak dikesan dan tidak dirawat. Dalam kalangan penyakit mental, kemurungan berada di tempat ketiga manakala bunuh diri merupakan punca kematian kedua dalam kalangan umur 15 hingga 29 tahun.

Penggunaan alkohol berlebihan serta penyalahgunaan dadah pula sudah menjadi masalah utama di kebanyakan negara. Ia boleh membawa kepada tingkah laku bahaya seperti seks tidak selamat serta memandu dalam keadaan bahaya. Selain itu, gangguan pemakanan juga telah menjadi satu kebimbangan yang perlu diberikan perhatian.

Kesedaran untuk membina ketahanan mental semakin meningkat

Antara perkara positif yang ada adalah kesedaran dalam membantu golongan muda membina ketahanan mental semakin berkembang demi memastikan mereka mampu menghadapi cabaran dunia hari ini. Memelihara kesihatan golongan muda bukan sahaja terbukti memberi manfaat terhadap kesihatan mereka, tetapi juga kepada ekonomi dan masyarakat.

Golongan muda yang sihat mampu untuk menyumbang lebih banyak melalui tenaga kerja serta membantu keluarga dan komuniti secara am.

Pencegahan bermula dengan kefahaman yang betul

Banyak yang boleh dilakukan untuk membina ketahanan mental sejak kecil demi mencegah penyakit mental dalam kalangan remaja dan dewasa muda serta menguruskan dan membantu mereka keluar daripada penyakit mental yang dihadapi.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

World Mental Health Day 2018 – http://www.who.int/mental_health/world-mental-health-day/2018/en/

Versi Terbaru

10/05/2023

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bukan Sombong Tetapi Hanya Berwaspada, 5 Cara Dekati Individu Yang Introvert!

Kerja 'Overtime', Adakah Ia Perlu Semata Mahu Tunjuk Budaya Kerja Cemerlang?


Disemak oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group · Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Dikemas kini 10/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan