Definisi
Apa itu Kecelaruan Personaliti?
Kecelaruan personaliti merujuk kepada kumpulan kecelaruan mental yang mempengaruhi cara anda berfikir, merasa dan bertindak. Personaliti merujuk kepada ciri-ciri yang tersendiri, gaya tabiat, dan corak yang menjadikan karakter atau individualiti kita. Ia boleh mempengaruhi cara kita mencerap dunia, sikap kita, pemikiran, dan perasaan.
Kecelaruan personaliti boleh menyebabkan kesukaran dalam bersosial hatta bersama keluarga dan rakan. Ianya sukar bagi mereka untuk mencari apa yang boleh diambil kira sebagai perangai yang normal dan apa yang bukan.
Kecelaruan personaliti boleh dibahagikan kepada kumpulan kecil yang mempunyai tingkah laku yang agak sama:
- Kluster A: kecelaruan personaliti schizoid, kecelaruan personaliti paranoid, dan kecelruan personaliti skizotypal.
- Kluster B: kecelaruan personaliti antisosial, kecelarun personaliti pinggiran, dan kecelaruan personaliti narsisistik.
- Kluster C: kecelaruan personaliti menghindar, kecelaruan personaliti kebergantungan, dan kecelaruan personaliti obsesif kompulsif.
Apakah kebarangkalian Kecelaruan Personaliti?
Keadaan kesihatan ini biasa berlaku. Ia biasanya terjadi pada wanita berbanding lelaki. Ia boleh mempengaruhi pesakit pada mana-mana usia. Kecelaruan personaliti biasanya muncul masa remaja dan berterusan sehingga dewasa. Anda boleh mengurangkan menghidap penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Kecelaruan Personaliti?
Simptom biasa bagi kecelaruan personaliti adalah:
- Ditenggelami perasaan negatif seperti putus asa, anzieti, rasa tidak berguna atau marah;
- Mengelak dari orang lain dan merasa kosong dan terputus dari segi emosional;
- Kesukaran mengurus perasaan negatif tanpa membahayakan diri (contoh, penyalahgunaan dadah dan alkohol, atau mengambil lebih dari dos) atau dalam kes yang nadir, mengancam orang lain;
- Perlakuan aneh;
- Kesukaran mengekalkan hubungan yang rapat dan stabil, terutamanya bersama pasangan, kanak-kanak dan penjaga professional;
- Kadngkala, tempoh hilang hubungan dengan reality.
Bergantung dengan kecelruan yang anda hadapi dan kluster mana yang ianya tergolong, simptomnya mungkin berbeza:
- Mereka yang di dalam kluster A kecelruan personaliti cenderung menghadapi kesukaran memahami orang lain dan biasanya menunjukkan pola kelakuan yang dianggap masyarakat aneh dan pelik.
- Mereka di kluster B kecelaruan personaliti bergelut untuk mengaitkan dirinya dengan yang lain. Hasilnya, mereka menunjukkan pola perlakuan yang dianggap kebanyakan sebagai dramatik, tak menentu dan mengancam atau mengganggu.
- Mereka di kluster C kecelaruan personaliti takut berhadapan hubungan bersifat peribadi dan menunjukkan corak kelakuan risau dan takut di sekeliling orang. Sesetengah mungkin menyendiri dan mengelak dari bersosial.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Sekiranya anda mempunyai tanda atau simptom disenaraikan di atas atau mempunyai persoalan, sila berbincang dengan doktor anda. Setiap badan mempunyai reaksi berbeza. Adalah lebih baik sekiranya anda berbincang dengan doktor anda tentang solusi terbaik bagi situasi anda.
Punca
Apakah Punca Kecelaruan Personaliti?
Ada banyak punca kecelruan personaliti. Ia boleh terbentuk melalui trauma atau peristiwa dramatik yang berlaku dalam kehidupan anda. Sesetengah saintis mencadangkan bahawa ianya mungkin berkaitan dengan ketidakseimbangan kimia di dalam otak, dan keadaan sekeliling hanya mencetuskan perubahan personaliti. Kecelruan personaliti mungkin juga berkaitan dengan genetik dan faktor keluarga. Pengalaman atau tekanan atau ketakutan semasa kecil boleh meningkatkan risiko kecelaruan personaliti.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kecelaruan Personaliti?
Ada banyak faktor risiko bagi kecelruan personaliti, contohnya:
- Mengalami peristiwa trauma;
- Mengalami zaman kanak-kanak yang sukar, contohnya penderaan atau pengabaian;
- Engalami kecederaan otak;
- Faktor genetik.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Bagaimana pesakit Kecelaruan Personaliti didiagnosis?
Rujukan biasa bagi pengamal mental professional ialah The Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition (DSM-5), bagi penentuan masalah kesihatan mental. Doktor anda akan menemuraha anda dan ahli keluarga untuk mengetahui perlakuan dan membandingkan kriteria bagi setiap jenis kecelaruan. Mereka juga akan menanyakan peristiwa terdekat yang penting bagi anda atau memberi kesan pada emosi anda. Sejarah perubatan dan situasi hidup juga akan diambil kira di dalam diagnosis.
Dalam beberapa kes, pengamal perubatan atau pengamal kesihatan mental mungkin akan melakukan ujian darah atau pengskrinan bagi alkohol dan dadah untuk menentukan kemungkinan punca masalah.
Bagaimana pesakit Kecelaruan Personaliti dirawat?
Rawatan akan bergantung dengan anda, tetapi umummnya, ada beberapa cara rawatan yang mempunyai persamaan:
- Psikoterapi: ada banyak jenis terapi (terapi perbincangan, terapi ringan, terapi berkumpulan, dll) bagi membantu anda mengurus emosi dan belajar mengawalnya.
- Ubatan: tidak banyak ubatan bagi merawat kecelaruan personaliti. Beberapa ubatan mungkin membantu mendapatkan semula kestabilan hormon dan kimia otak, termasuklah:
- Antidepressi, yang boleh memperbaiki kemurungan, marah, dan sifat impulsive.
- Penstabil-mood, yang boleh memperbaiki perubahan angin dan mengurangkan sifat meragam dan sifat aggresif.
- Ubatan antipsikotik, juga dikenali sebagai neuroleptic, yang boleh bermanfaat bagi mereka yang selalu hilang arah dari realiti.
- Ubatan anti-anzieti, yang membantu mengurangkan anzieti, gangguan pemikiran, dan insomnia.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kecelaruan Personaliti?
Gaya hidup dan rawatan sampingan mungkin membantu anda berhadapan dengan kecelaruan personaliti:
- Mengambil ubatan seperti preskripsi doktor anda;
- Berkomunikasi dengan keluarga dan rakan tentang keadaan anda, ini akan membantu mereka untuk lebih memahami anda; anda memerlukan sokongan kuat dari mereka untuk terapi rawatan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.