backup og meta

Berbicara Mengenai Kesihatan Mental?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/12/2019

    Berbicara Mengenai Kesihatan Mental?

    Sekiranya anda menyedari terdapat perubahan pada cara anda berfikir dan rasa yang membuatkan anda rasa bimbang dan tertekan, carilah seseorang yang boleh dipercayai untuk anda berkongsi tentang masalah kesihatan mental yang dihadapi. Jadi bagaimanacara yang sesuai untuk berbicara mengenai kesihatan mental?

    Tanda dan simptom biasa masalah kesihatan mental

    Anda mungkin tidak menyedari tanda dan simptom yang berlaku kerana ia terjadi secara berperingkat. Antara simptom yang selalu dialami oleh individu yang mempunyai masalah kesihatan mental ialah;

    • Hilang selera makan
    • Rasa gelisah dan risau berpanjangan
    • Berfikiran negatif tentang diri sendiri
    • Sukar untuk memberi fokus kepada sesuatu perkara
    • Tidak dapat menikmati hidup dan bergembira seperti sebelumnya
    • Merasakan kehidupan seharian terlalu membebankan (tidak mempunyai keinginan untuk makan atau membasuh)
    • Susah untuk tidur atau tidur terlalu banyak
    • Mendengar dan melihat perkara yang individu lain tidak nampak dan dengar

    Apa yang harus dijangkakan?

    Apabila anda membuat keputusan untuk meluahkan kepada seseorang tentang kesihatan mental anda, anda mungkin berasa risau tentang apa yang akan berlaku seterusnya.

    • Keadaan mungkin terasa janggal sewaktu anda meluahkannya untuk pertama kali
    • Anda akan berasa lega apabila anda berjaya membuka hati dan berkongsi sesuatu yang anda pendam sekian lama.
    • Bersedia untuk ditanya. Soalan yang mungkin ditanya; Berapa lama ia sudah berlaku? Apakah ada peristiwa atau kesusahan yang berlaku sebelum masalah ini terjadi? Bolehkah anda gambarkan apa yang anda rasa?. Anda tidak perlu menjawab semua soalan, tapi jawablah soalan-soalan yang boleh memberikan kefahaman pada orang lain tentang penderitaan yang anda alami.
    • Kadangkala anda tidak dapat apa yang anda harapkan apabila anda meluahkan perasaan anda kepada orang yang tidak memahami. Ia sangat mengecewakan hati apabila anda bersusah payah memberanikan diri untuk bercakap kemudian disuruh, “Lupakan saja apa yang awak rasa”, “Jangan jadi gila”, “Awak terlalu risau sangat, bertenanglah”.  Reaksi yang sebegini boleh terjadi kerana budaya sesetengah masyarakat dan sangkaan individu lain terhadap diri anda. Cubalah beritahu kepadanya betapa masalah yang anda hadapi memberi kesan yang buruk kepada kehidupan anda. Sekiranya dia masih tidak memahami keadaan anda, carilah individu lain yang boleh membantu. Jangan abaikan diri anda dan memendamkan masalah yang dihadapi.  

    Isu kesihatan mental sangat biasa berlaku dan ia boleh dirawat dengan baik. Walaupun bagaimanapun, anda perlu mencuba pelbagai perkara untuk mendapatkan solusi terbaik bagi diri anda dan ingatlah yang anda tidak berseorangan dalam hal ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan