Walaupun hidup dalam dunia yang bising, kebanyakan orang bergelut dengan kesunyian dalam hidup mereka. Sama ada tinggal bersendirian atau bersama orang lain yang leka dengan hal tersendiri. Lebih-lebih lagi dengan dunia digital kini.
Apabila dalam keadaan kesunyian atau kesepian, tiada mustahil seseorang akan mula bermonolog. Bukan sahaja dalam diri atau fikiran sahaja, bahkan bercakap seorang diri dalam nada yang kuat.
Bukan penyakit mental
Menurut petikan MailOnline, Paloma Mari-Beffa dari Universiti Bogor mengatakan bahawa bermonolog adalah sebenarnya sangat sihat, dapat membantu seseorang mengawal diri. Semasa bercakap dengan kuat sebenarnya boleh menjadi tanda fungsi kognitif yang tinggi, bukannnya penyakit mental.
Kita sebenarnya bercakap dengan diri sendiri secara senyap sepanjang masa. Ia sebenarnya sering melibatkan perbualan yang mendalam tanpa melibatkan orang lain tetapi pemikiran sendiri akan memberi sesuatu jawapan.
Perbualan dalaman ini sangat sihat, ia mempunyai peranan khusus dalam menjaga pemikiran kita. Ia membantu kita menyusun pemikiran, merancang tindakan, menggabungkan memori dan memodulasi emosi. Dalam erti kata lain, ia membantu kita mengawal diri.
Bercakap dengan kuat/lantang boleh menjadi lanjutan daripada bercakap secara senyap disebabkan oleh suatu arahan motor tertentu bertindak balas secara tidak sengaja.
Jenis monolog membuatkan anda lebih bijak dan berasa lebih baik
Pujian (Complementary)
Mengapa perlu menunggu untuk mendapatkan pujian daripada orang lain? Sekiranya anda layak, berikan kepada diri sendiri. Selain itu, kebanyakan orang tidak mempunyai tanggapan lain mengenai tindakan kecil yang anda terhadap diri ke arah yang lebih baik.
Bermotivasi (Motivational)
Anda mungkin tidak suka melakukan sesuatu yang membosankan atau tugasan yang sukar. Hidup bersama orang lain dan mereka akan memberikan anda teguran sebagai peringatan untuk membersihkan keadaan yang tidak terurus atau cenderung kepada tugasan yang sukar itu. Tetapi anda boleh memotivasikan diri anda untuk melakukannya dengan nada suara yang lebih ramah.
Dialog luar (Outer dialogue)
Mempunyai masalah dengan membuat keputusan? Anda patut tunggu atau pergi? Bercakap atau berdiam diri? Beli hadiah ini atau itu? Pilihan tidak mudah. Memang, kerana ianya begitu sukar sehingga sering tidak membuat pilihan. Ini kerana kita bertindak balas daripada kebiasaan atau kebimbangan. Walau bagaimanapun, lebih berkesan untuk membuat dialog dengan diri anda supaya anda dapat mendengar apa yang anda fikirkan.
Penetapan matlamat (Goal-setting)
Andai anda cuba menjadi lebih teratur supaya cuti tidak begitu gelisah. Menetapkan matlamat dan membuat perancangan, iaitu apa yang perlu dilakukan, bila untuk melakukannya, bagaimana untuk melakukannya boleh menjadi pertolongan besar.
Sudah tentu anda hanya boleh membuat senarai, tetapi dengan mengatakannya dengan kuat anda boleh memfokuskan perhatian, memperkuat mesej, mengawal emosi hilang dan menimbulkan gangguan.
Oleh itu, sama ada anda hidup sendiri atau tinggal bersama orang lain, anda sentiasa hidup dengan diri anda. Jadi jangan tinggalkan diri anda. Bercakap, berbual, berkomunikasi dengan hormat dengan diri anda. Ia bukan tanda kegilaan. Ia adalah satu tanda kesihatan yang baik.