home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Nak Anak Dengar Cakap, Ibu Ayah Wajar Guna 5 Teknik Asuhan Ini, Sungguh Berkesan!

Nak Anak Dengar Cakap, Ibu Ayah Wajar Guna 5 Teknik Asuhan Ini, Sungguh Berkesan!

Sebenarnya, terdapat banyak teknik asuhan yang ramai ibu bapa belum tahu. Selain hukuman, tegahan dan peraturan, terdapat banyak lagi. Ikuti artikel ini untuk mengetahui 5 teknik asuhan ibu bapa yang mengejutkan namun berkesan.

5 teknik asuhan ibu bapa tersebut adalah seperti berikut:

#1. Penggunaan perkataan “jangan”

Menurut pakar keibubapaan dan pengasas Gold Parent Coaching, Tammy Gold, anda tidak boleh mengatakan “jangan” kepada anak anda dalam beberapa kes. Ia hanya perlu digunakan untuk kes yang besar sahaja. Ini kerana pengulangan kata “jangan” ini akan membuatkan mereka tidak lagi mempercayai anda. Selain itu, ia juga adalah disebabkan mereka tidak faham tujuan sebenar anda mengatakan perkataan ini adalah untuk kebaikan mereka juga.

Gold menyarankan anda untuk menggunakan perkataan yang lebih bersifat penerangan agar anak anda lebih memahaminya, seperti “jangan menyentuh pisau, ia boleh melukakan kamu”. Mesej seperti ini adalah lebih mudah diterima oleh anak anda.

#2. Bercakap dengan anak anda seperti individu dewasa

Bercakap dengan anak anda seperti mereka adalah individu dewasa adalah teknik yang hebat untuk mengajar mereka bahasa. Gold menasihatkan bahawa cara atau apa yang anda ujarkan adalah tidak penting. Paling penting, adalah respon mereka. Selain itu, ia juga akan membantu perkembangan otak anak anda dan menambahkan kosa kata mereka. Walaupun bayi masih belum boleh bercakap, teknik ini akan menggalakkan mereka untuk bercakap dengan lebih awal.

#3. Gunakan lampin ketika kecemasan sahaja

Ramai ibu bapa yang berpengalaman mencadangkan untuk membiarkan sahaja anak mereka tanpa lampin. Teknik ini terbukti berkesan kerana bayi anda akan lebih bebas dengan rentak hidup semula jadi mereka sekali gus menggalakkan mereka untuk berkomunikasi dengan anda dan mengawalnya jika ingin membuang air.

Ya, ia mungkin agak sukar pada awalnya. Lama-kelamaan, penggunaan teknik ini sejak anak anda masih bayi akan membuat mereka lebih cepat matang.

#4. Menghalang kelakuan menggigit

Sesetengah kanak-kanak cenderung untuk menggigit individu lain semasa mereka membesar. Dalam beberapa kes, anak anda akan menggigit untuk menunjukkan kemarahan mereka. Ibu bapa perlu menegaskan bahawa ia adalah perbuatan yang salah atau anda boleh berikan alternatif seperti mainan lembut untuk mereka gigit tatkala sedang marah. Anda perlu sentiasa mengingatkan mereka bahawa menggigit individu lain akan menyakitkan mereka dan tabiat ini perlu segera dibuang.

#5. Mengawal tantrum

Kebiasaannya, apabila kanak-kanak sedang menunjukkan perasaan, ibu bapa juga akan terikut sama. Akan tetapi, menurut Gold, teknik ini adalah tidak bagus kerana ia akan membuat anak anda keliru kerana anda sendiri melakukan perbuatan yang anda tidak mahu mereka lakukan. Sebaiknya, anda boleh membawa anak anda ke tempat yang sunyi jika berada di dalam khalayak kemudian bercakap dengan mereka setenang yang mungkin bahawa mereka tidak boleh berkelakuan begitu. Ini akan membuat mereka faham dan mengawal kelakuan mereka.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

5 Surprising Parenting Methods: Do They Work? https://www.thebump.com/a/5-wacky-parenting-methods-that-work. Accessed July 5, 2017

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 15/07/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x