backup og meta

Mempersiapkan Anak Anda Menerima Kehadiran Adik Baharu

Mempersiapkan Anak Anda Menerima Kehadiran Adik Baharu

Bagi pasangan ibu bapa, kelahiran bayi merupakan sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu. Namun bagi yang sudah mempunyai anak sebelum ini, mungkin penantian ini bukanlah sesuatu yang baharu lagi bagi mereka.

Bagi anak sulung anda pula, kehadiran seorang insan yang bernama adik ini mungkin akan mengganggu fikirannya. Mereka mungkin mengalami perasaan yang berbelah bahagi antara teruja atau cemburu akan kelahiran adik baharu mereka.

Disebabkan itu, ibu bapa perlu membantu anak sulung dalam proses mengadaptasi situasi ini. Berikan didikan dan ajaran yang sewajarnya kepada mereka agar mereka benar-benar memahami konsep mempunyai sebuah keluarga.

Ketika kehamilan

Anda perlu mula mendidik dan mengajar anak sulung anda terhadap konsep mempunyai adik-beradik seawal anda hamil lagi. Mungkin bagi anak sulung yang sudah agak besar dan boleh berfikir dengan baik, mereka mungkin sudah boleh memahami. Namun bagi anak sulung yang masih kecil, mereka mungkin memerlukan masa yang lebih sedikit untuk menyesuaikan diri dengan suasana mempunyai insan baharu di dalam rumah.

Kanak-kanak yang masih kecil cenderung untuk banyak bertanya kerana mereka ingin tahu dari manakah bayi tersebut datang. Anda tidak perlu untuk menerangkan secara terperinci bagaimana bayi tersebut hadir di dalam rahim anda, cukup sekadar anda memberitahu anak anda bahawa adik mereka sedang membesar di dalam rahim dan akan keluar bila sampai waktu yang sesuai.

Selain itu, anda juga boleh melakukan beberapa perkara dengan anak sulung anda bagi membaja perasaan kasih sayang anak sulung anda kepada bakal adik baharu mereka:

  • Membaca buku mengenai bayi bersama-sama.
  • Melihat gambar anak sulung anda ketika masih bayi.
  • Melawat rakan-rakan atau saudara-mara anda yang baharu melahirkan bayi.
  • Bersama-sama memikirkan nama bakal adik baharu mereka.
  • Bersama-sama menyediakan barangan dan pakaian yang diperlukan oleh anda ketika berada di hospital kelak.
  • Mengajak anak sulung anda menemani anda ke hospital untuk pemeriksaan.

Selepas Kelahiran

Sejurus selepas melahirkan, anda perlu memastikan anak sulung anda dapat proses mengadaptasi proses penerimaan adik baharu ini dengan baik. Berdasarkan naluri semulajadi seorang abang, anak sulung anda mungkin secara automatik akan menunjukkan kemahuan mereka menjaga adik baharu.

Disebabkan itu, beri mereka tugas untuk membantu dalam penjagaan anak baharu anda. Ini akan memberi peluang anak sulung anda berinteraksi dengan adik mereka. Antara contoh tugasan yang boleh diberikan peluang untuk dibantu oleh anak sulung anda adalah menukar lampin dan pakaian bayi bersama anda serta menolak stroller.

Jika anak sulung anda tidak menunjukkan minat, jangan risau dan jangan memaksa. Ini kerana proses adaptasi adik baharu oleh anak sulung anda mungkin akan memerlukan masa yang lebih lama.

Bagi menjamin keharmonian antara hubungan adik-beradik antara anak sulung dengan adik baharu mereka, anda boleh mencuba beberapa tip berikut:

  • Berikan pelukan dan kasih sayang yang sama rata kepada anak sulung dengan anak baharu anda.
  • Mandikan mereka bersama-sama.
  • Tidurkan mereka di tempat dan pada waktu yang sama.
  • Meluangkan masa yang berseronok bersama-sama.
  • Sentiasa bercakap perkara yang positif mengenai adik baharu dengan anak sulung anda.
  • Jangan ubah rutin biasa anak sulung anda semata-mata untuk meluangkan masa yang lebih dengan adik baharu mereka.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

New Sibling: Preparing Your Older Child. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/childrens-health/in-depth/new-sibling/art-20044270. Accesed January 4, 2019

Preparing Your Child for a New Sibling. https://kidshealth.org/en/parents/sibling-prep.html. Accesed January 4, 2019

Membantu Anak Anda Bersedia Mendapat Adik Baru. https://www.babycenter.com.my/a25008427/membantu-anak-anda-bersedia-mendapat-adik-baru. Accesed January 4, 2019

Versi Terbaru

05/07/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan