backup og meta

Cara Ambil Hati Anak Tiri untuk Terima Anda

Cara Ambil Hati Anak Tiri untuk Terima Anda

Antara cabaran terbesar bagi setiap ibu bapa tiri adalah tidak tahu untuk membina hubungan yang sihat dengan anak tiri mereka. Proses ini mungkin memakan masa dan juga mencabar. Sebagai ahli keluarga baru yang akan masuk ke dalam keluarga pasangan anda, anda perlu banyakkan bersabar. Pelajari 4 strategi mudah ini untuk membantu anda dekat dengan anak tiri:

Tanggapan pertama penting

Sudah menjadi sifat semula jadi manusia untuk menilai seseorang berdasarkan pandangan pertama mereka. Begitu juga dengan kanak-kanak. Sebagai bakal ibu dan bapa tiri, anda perlu mewujudkan imej terbaik apabila pertama kali berjumpa dengan anak-anak tiri anda. Berikan senyuman mesra dan perkenalkan diri anda kepada mereka. Ingatlah bahawa anda tidak akan mendapat peluang kedua untuk membina tanggapan baik mereka tentang anda.

Selain itu, ibu bapa tiri juga tidak boleh meletakkan terlalu banyak tekanan pada bahu anak tiri mereka semasa perjumpaan pertama. Jangan jadikan pertemuan pertama terlalu lama kerana kanak-kanak akan rasa kurang selesa dan mereka juga akan menjadi lebih sukar untuk didekati.

Berikan ruang pada anak tiri

Normal untuk setiap ibu bapa tiri mempunyai harapan yang tinggi pada hubungannya dengan anak-anak tiri. Pastinya setiap ibu bapa tiri ingin membina ikatan yang kuat bersama anak tirinya secepat mungkin. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk tidak terlalu mendesak dan ghairah untuk rapat dengan anak tiri anda semasa tempoh awal perkenalan. Setiap orang termasuklah kanak-kanak memerlukan masa dan ruang peribadi mereka terutama apabila perlu menyesuaikan diri dengan kehilangan dan menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Anda perlu terus mengekalkan interaksi yang baik dengan anak, cuma janganlah melanggar had apabila kanak-kanak belum menunjukkan tanda mereka sudah bersedia. Anak tiri anda sedang melalui hari-hari yang sukar dan adalah lebih baik jika anda tidak menambahkan lagi tekanan mereka.

Anggap mereka sebagai ahli keluarga anda

Anda ingin melayan anak tiri anda dengan baik dan ingin meninggalkan tanggapan yang baik tentang diri anda kepada mereka. Anda masakkan makanan kegemaran mereka, membiarkan anak melakukan perkara yang mereka inginkan, dan memberikan nasihat pada mereka. Realitinya, ini mungkin akan membuatkan anak lebih menjauh kerana mereka menganggap dilayan seperti tetamu istimewa di rumah tersebut. Anak tiri anda mungkin akan berkelakuan baik di hadapan anda, namun mereka tidak melihat anda sebagai ibu bapa sebenar mereka, untuk berkongsi perasaan dan rahsia mereka. Disebabkan itulah, jika anda dan anak tiri telah mula rapat dari awal lagi, anda sepatutnya melayan mereka dengan biasa. Contohnya, membuat kerja rumah bersama-sama dengan mereka ataupun memberitahu mereka untuk menggosok gigi sebelum tidur. Bagaimanapun, jangan gunakan pendekatan disiplin yang keras pada anak tiri anda.

Luangkan masa bersama dengan anak

Sesibuk mana pun anda, sebagai ibu bapa, anda perlu meluangkan masa berkualiti berdua bersama anak tiri anda. Anda boleh membantu anak membuat kerja sekolah, mengajar mereka membuat kek ataupun berjalan-jalan bersama di taman perumahan anda. Cara-cara ini dapat memberi peluang pada mereka mengenali anda dengan lebih dekat.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to Connect With Your New Stepkids. http://www.popsugar.com/moms/How-Connect-Stepchildren-32167856. Accessed December 15, 2016.

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan