backup og meta

Bagaimana Untuk Memperbaiki Mood Anda dalam Tempoh 12 Minit

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/07/2020

    Bagaimana Untuk Memperbaiki Mood Anda dalam Tempoh 12 Minit

    Setiap individu mempunyai remedi atau cara tersendiri dalam memperbaiki mood masing-masing seperti keluar membeli belah, makan coklat, mendengar muzik dan menonton filem di panggung wayang. Kebiasaannya, kita akan mencari cara yang bersesuaian dengan cara hidup kita untuk memberikan ketenangan kepada diri ketika diri kita mempunyai mood yang kurang baik. Tahukah anda, anda juga boleh memperbaiki mood anda dengan cara mengharapkan kebaikan berlaku kepada orang lain. Ia kelihatan sedikit pelik dan jarang dilakukan, tetapi ia nyata berkesan untuk mengembalikan ketenangan, keceriaan dan kegembiraan kepada diri anda.

    Kajian bertajuk ‘Caring for Others Cares for the Self: An Experimental Test of Brief Downward Social Comparison, Loving-Kindness, and Interconnectedness Contemplations’ telah dilaksanakan oleh kumpulan penyelidik dari Iowa State University, Amerika Syarikat dengan menguji kebaikan tiga teknik yang berbeza yang bertujuan untuk mengurangkan kebimbangan dan meningkatkan kegembiraan atau kesejahteraan. Para penyelidik mengarahkan pelajar kolej untuk berjalan-jalan di sekitar sebuah bangunan selama 12 minit dan membuat salah satu daripada strategi dibawah:

    • Loving-kindness: Melihat kepada individu yang mereka lihat dan berfikir untuk diri mereka, “Saya berharap agar individu ini bahagia.” Pelajar digalakkan untuk benar-benar memaksudkannya semasa mereka memikirkannya.
    • Interconnectedness: Melihat kepada individu yang mereka lihat dan memikirkan bagaimana mereka berkaitan antara satu sama lain. Dicadangkan kepada pelajar untuk berfikir tentang harapan dan perasaan yang mungkin mereka boleh kongsi bersama atau mereka mungkin berada dalam kelas yang sama.
    • Downward social comparison: Melihat kepada individu yang mereka lihat dan memikirkan bagaimana mereka boleh menjadi lebih baik daripada setiap individu yang mereka jumpa.

    Kajian tersebut yang diterbitkan dalam Journal of Happiness Studies turut melibatkan satu kumpulan kawalan yang mana pelajar diarahkan untuk melihat kepada individu dan fokus kepada apa yang mereka lihat dibahagian luaran, seperti pemakaian, gabungan warna, tekstur, solekan dan aksesori. Kesemua pelajar ditinjau sebelum dan selepas aktiviti berjalan-jalan tersebut untuk mengukur kebimbangan, kegembiraan, stres, empati dan kesambungan.

    Para penyelidik membandingkan setiap teknik dengan kumpulan kawalan dan menemui bahawa, mereka yang mempraktikkan teknik ‘loving-kindness’ atau mengharapkan individu lain dengan lebih baik, merasa lebih bahagia, lebih terhubung, mengambil berat dan empati, serta kurang cemas. Kumpulan yang mempraktikkan ‘interconnectedness’ berasa lebih empati dan lebih terhubung. Manakala kumpulan yang mempraktikkan ‘downward social comparison’ tidak menunjukkan sebarang faedah dan jauh lebih teruk daripada teknik ‘loving-kindness’. Pelajar yang membandingkan diri mereka dengan individu lain merasa kurang empati, penyayang dan terhubung daripada pelajar yang memberikan harapan yang baik kepada orang lain.

    Mengharapkan kebaikan untuk berlaku kepada individu lain bukan sahaja memperbaiki mood anda, malah dapat mewujudkan pemikiran yang lebih positif melalui sangkaan baik terhadap orang lain. Ini bukan sahaja memberikan nilai kesejahteraan kepada diri anda, tetapi secara tidak langsung dapat mewujudkan dan mengekalkan hubungan baik dengan individu lain terutama sesama ahli keluarga, jiran dan rakan sekeliling.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan