backup og meta

Lakukan Pemeriksaan Mata sebelum Pakai Kanta Lekap

Lakukan Pemeriksaan Mata sebelum Pakai Kanta Lekap

Pemakaian kanta lekap pada hari ini bukan sahaja digunakan sebagai ganti kepada penggunaan cermin mata, bahkan kini kanta lekap menjadi pilihan popular sebagai alat kosmetik.

Tidak kiralah apapun tujuan anda memakai kanta lekap, namun sepatutnya anda perlu menjalani pemeriksaan mata dahulu sebelum menggunakan kanta lekap. Ini kerana, bukan semua orang boleh dan sesuai memakai kanta lekap.

Antara golongan yang berkemungkinan tidak sesuai menggunakan kanta lekap adalah mereka yang mempunyai alergi terhadap makanan seperti kekacang dan mereka yang mengalami penyakit mata.

Setiausaha Majlis Optik Malaysia, Nor Azizah Ismail berkata, individu yang ingin memakai kanta lekap perlu berjumpa dengan pengamal optometris yang mempunyai sijil dalam kanta lekap.

Menurutnya, pengamal optometris bukan sahaja akan menjalankan pemeriksaan mata komprehensif, malahan juga akan memberitahu mengenai penjagaan mata dan kanta lekap kepada si pemakai.

“Ramai orang menganggap mudah untuk mendapatkan kanta lekap dengan hanya membeli secara online. Malahan, tanggapan bahawa kanta lekap boleh muat pada semua jenis mata juga adalah salah.

“Disebabkan itulah, kami menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan pemeriksaan mata komprehensif daripada optometris terlatih dan berkelayakan sebelum pertama kali memakai kanta lekap. Malahan, pemeriksaan mata daripada optometris juga boleh meminimakan komplikasi yang disebabkan pemakaian kanta lekap,” katanya yang ditemui semasa perasmian Pusat Kesihatan Mata Acuvue yang berlangsung di Kuala Lumpur, pagi tadi. 

Turut hadir, Pengarah Unit Perniagaan, Johnson & Johnson Vision, Jeremy Tay dan Presiden Persatuan Optometris Malaysia, Woon Pak Seong.

Saiz kanta lekap

Nor Azizah berkata, perkara pertama yang akan diperiksa oleh optometris adalah tentang kesesuaian mata pada kanta lekap kerana ada sesetengah orang yang bukan toleransi kepada kanta lekap.

Selain itu, pemilihan kanta lekap juga akan dibuat mengikut saiz mata individu. Ini bagi mengelakkan individu tersebut mengalami masalah kurang oksigen pada mata ataupun masalah ulser kornea.

Pengamal optometris juga akan menasihati pengguna tentang tempoh pemakaian kanta lekap dan beberapa larangan sepanjang pemakaian kanta lekap.

“Ramai orang tidak tahu kanta lekap tidak boleh dipakai biarpun anda mengambil nap (meridap) lima ataupun 10 minit. Mereka yang tidak berjumpa dengan optometris tidak diberitahu tentang ini. Sepatutnya, jika hendak tidur, tidak kira sekejap atau lama, anda perlu membuka kanta lekap,” katanya lagi.

Kanta lekap termasuk kanta lekap kosmetik merupakan peranti perubatan, dan telah diwartakan di dalam Akta Peranti Perubatan pada tahun 2017.

Sementara itu, dalam majlis pagi tadi, Johnson & Johnson Vision mengumumkan pelancaran 24 pusat optik yang dilantik sebagai Pusat Kesihatan Mata Acuvue.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

08/07/2020

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kalau Tak Nak Mata Anak Cepat Rosak, Ibu Ayah Sila Ikut Tips Penjagaan Mata Ini!

Berapa Kerap Individu Perlu Periksa Mata? Klu: Ia Akan Berbeza Bergantung Usia!


Fakta Disemak oleh

Dr. Shelby


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 08/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan