Melawan Diabetes: Mulakan dengan Berjalan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Diabetes adalah salah satu punca utama kematian di seluruh dunia. Tiada penawar untuk diabetes, tetapi anda boleh meneruskan kehidupan dengan melakukan lebih banyak senaman. Aktiviti fizikal adalah penting untuk semua individu, terutama bagi mereka yang mempunyai diabetes dan mereka yang berisiko untuk mendapat diabetes. Di antara pelbagai jenis aktiviti fizikal, berjalan dikenali sebagai cara terbaik untuk mengekalkan kehidupan yang sihat.

Kelebihan berjalan

Berikut adalah beberapa kelebihan berjalan dalam merawat diabetes:

  • Berjalan boleh membantu anda mengekalkan berat badan anda pada berat yang ideal. Berat badan berlebihan adalah berisiko untuk mendapat diabetes.
  • Selain membantu menurunkan berat badan, berjalan dapat membantu tubuh anda meningkatkan jumlah reseptor insulin pada sel-sel anda. Insulin menggalakkan anda menggunakan glukosa untuk tenaga, oleh itu ia boleh menurunkan paras gula dalam darah.
  • Berjalan membantu anda menggunakan insulin anda dengan lebih berkesan, oleh itu bilangan ubat dapat dikurangkan.
  • Berjalan adalah percuma. Anda tidak memerlukan kad keahlian atau wang untuk melakukannya.
  • Anda boleh mula berjalan dengan mudah kerana anda berjalan setiap hari.
  • Anda boleh berjalan bersama-sama orang lain.
  • Berjalan boleh dilakukan di mana-mana tempat tanpa sebarang peralatan khas.
  • Berjalan secara umumnya selamat untuk kebanyakan orang.

Tip untuk pejalan kaki yang mempunyai diabetes

Apabila anda memutuskan untuk memulakan sebarang aktiviti fizikal, anda harus berbincang terlebih dahulu dengan doktor berkenaan jenis, intensiti, dan perkara lain. Kesihatan anda amat berharga dan anda perlu sentiasa memberikan perhatian terhadapnya. Berikut adalah beberapa tip umum untuk berjalan:

  • Matlamat berjalan adalah sekurang-kurangnya 30 minit sehari, lima hari seminggu.
  • Pantau sejauh mana anda berjalan selama beberapa hari. Anda boleh menggunakan jam tangan untuk mengira langkah berjalan anda.
  • Jika anda bukan seorang yang aktif, anda harus bermula dengan berjalan kaki selama 10 minit. Kemudian tambah tiga atau lima minit pada waktu berjalan untuk setiap minggu yang seterusnya.
  • Berjalan:
    • Mula memanaskan dan meregangkan badan anda selama 3-5 minit sebelum anda mula berjalan.
    • Selepas anda berjalan, buat regangan selama 5-10 minit untuk kekal fleksibel.
    • Pastikan terus memandang ke hadapan, dan jangan pandang ke bawah.
    • Minum banyak air sepanjang hari untuk kekal hidrat ketika anda berjalan kerana tubuh anda mungkin akan kehilangan banyak air.
    • Pakai kasut yang sesuai. Kasut yang sesuai akan memberi keselesaan dan menghalang kecederaan terhadap kaki anda.
  • Apabila anda terbiasa dengan aktiviti berjalan, anda boleh meningkatkan kecergasan anda ke peringkat seterusnya:
    • Berjalan lebih cepat.
    • Memanjangkan jarak perjalanan anda.
    • Berjalan sambil mendengar muzik dan bersama rakan-rakan.

Walaupun anda sudah mempunyai diabetes, anda boleh mengawal penyakit ini dan mengelakkan komplikasinya. Untuk tujuan ini, berjalan boleh menjadi salah satu rawatan terapi terbaik untuk diabetes. Anda perlu berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda dan pelatih anda untuk menentukan pilihan berjalan terbaik untuk rawatan anda, serta sentiasa berhati-hati ketika anda bersenam.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Elak Penyakit Kencing Manis Dengan Lakukan 7 Cara Ini! Kongsikan Kepada Ahli Keluarga Anda

    Adakah anda tahu, apakah cara mencegah diabetes? Kami kongsikan beberapa cara mencegah penyakit kencing manis ini agar anda tidak menjadi mangsa seterusnya. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes Jenis 2 18/02/2021 . 3 minit bacaan

    Nak Elak Masalah Jisim Otot Hilang Masa Usia Tua Nanti? Ikut 6 Cara Ini

    Apabila kita semakin berusia, jisim otot manusia akan semakin berkurangan. Keadaan yang boleh menjejaskan fungsi otot manusia ini disebut sebagai sarkopenia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Masalah Usia Emas 16/02/2021 . 3 minit bacaan

    Semua Pesakit Diabetes Kena Ambil Suntikan Insulin? Ini Fungsi Insulin Pada Tubuh

    Dalam artikel ini, kami jelaskan kepada anda apa itu insulin dan kenapa ia penting sebagai salah satu cara mengatasi diabetes.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kencing Manis 16/02/2021 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Sudah Tahu Apa Itu GDM? Jika Belum, Baca Ini Sekarang, PENTING!

    Anda tahu apa itu kencing manis? Adakah anda juga tahu apa itu GDM? Kedua-duanya sangat berkait rapat dengan ibu hamil. Inilah maksud GDM...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kencing Manis 15/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tanda kencing manis tinggi

    Jika Anda Alami Salah Satu Daripada 7 Tanda Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
    tanda kurang gula dalam badan

    Gula Tinggi & Gula Rendah Bahayakan Nyawa! Ini 13 Tanda Tubuh Banyak Dan Kurang Gula

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/02/2021 . 2 minit bacaan
    bahaya kencing manis

    Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
    peria katak ubat kencing manis

    Peria Katak Berkesan Turunkan Gula Darah Pesakit Kencing Manis, Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan