backup og meta

Diabetes: Adakah Anda Bersedia Untuk Mengubah Tabiat Anda?

Diabetes: Adakah Anda Bersedia Untuk Mengubah Tabiat Anda?

Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri.

Dianggarkan bahawa sekitar 350 juta individu di seluruh dunia telah didiagnosis menderita diabetes. Berjuta-juta orang lain mungkin tidak didiagnosis memandangkan setiap satu dalam dua orang dewasa yang mempunyai diabetes kebiasaannya tidak menyedari berkenaan diagnosis mereka.

Diabetes biasanya dikaitkan dengan mereka yang berlebihan berat badan, kekurangan senaman dan mempunyai tabiat makan yang tidak sihat; ramai yang telah didiagnosis bimbang bahawa mereka perlu membuat perubahan drastik untuk menjalani kehidupan yang normal. Perkataan ‘diabetes’ kepada mereka boleh membawa maksud sekatan, perubahan gaya hidup, kawalan yang berlebihan, kehilangan kebebasan, kekurangan, ubat-ubatan, kesedihan dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, itu bukanlah isunya. Banyak individu yang menghidap diabetes hanya perlu memulakan dengan beberapa perubahan kecil untuk melihat perbezaan yang besar dalam tahap gula darah mereka.

Kenapa anda perlu berubah?

Walaupun penghidap diabetes mungkin memerlukan pelarasan gaya hidup tertentu untuk mengawal paras gula darah, adalah lebih penting bagi seseorang yang menghidap diabetes untuk bersifat terbuka terhadap perubahan sebelum menyelami perubahan tersebut. Ia akan menjadi tindakan persediaan yang baik untuk bertanya kepada diri sendiri ‘Mengapa’ saya harus mengubah tabiat saya dan apa yang akan berlaku jika saya mengubahnya?

1.Kesihatan organ yang lebih baik

Mempunyai paras gula darah yang baik boleh membantu melindungi organ anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit buah pinggang, masalah penglihatan dan masalah saraf.

2.Kesihatan fizikal yang lebih baik

Hyperglycaemia (gula darah yang tinggi) boleh menyebabkan kelaparan atau dahaga yang banyak berbanding kebiasaan, kencing yang berlebihan, keletihan dan kelesuan, jangkitan dengan kerap dan penglihatan kabur. Walaupun hypoglycaemia (gula darah yang rendah) boleh menyebabkan perpeluhan, kelaparan, menggigil, mulut kering, pening, rasa lemah dan sakit kepala. Dengan kawalan gula darah yang baik, gejala-gejala ini dapat dikurangkan dan dicegah daripada berlaku.

3.Kesihatan emosi yang lebih baik

Bacaan gula darah rendah yang berlebihan boleh menyebabkan kebimbangan dan kekeliruan pada sesetengah individu manakala paras gula darah yang tinggi kadang-kadang boleh memburukkan gejala depresi. Pelan pemakanan yang sihat yang membantu mengawal paras gula darah anda akan membantu dalam memupuk emosi positif dan dengan itu, memupuk diri anda agar lebih sihat dan lebih bahagia.

Bagaimanakah agar saya dapat melihat pandangan yang positif?

Diabetes sudah pasti menjejaskan kesejahteraan emosi seseorang. Difahamkan bahawa individu yang menderita diabetes terdedah kepada emosi negatif akibat kekecewaan menguruskan keadaan mereka. Tetapi tiada yang boleh menghilangkan kebahagiaan anda melainkan anda sendiri yang membenarkannya. Seperti yang pernah dikatakan oleh Eleanor Roosevelt, ‘Tidak ada yang dapat membuat anda merasa rendah diri tanpa persetujuan anda’. Sekiranya anda melihat diabetes sebagai sesuatu yang akan meremehkan hidup anda dan mencuri kegembiraan anda, keseluruhan pandangan anda terhadap kehidupan akan menjadi sebuah kekecewaan.

Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk melihat keadaan anda sebagai motivasi untuk anda menjadi lebih sihat dan mencapai versi yang lebih baik dari diri anda, anda akan menemui bahagian diri anda yang anda sendiri tidak pernah tahu kewujudannya. Anda juga akan mula mengawal emosi anda dan belajar untuk melihat keadaan ini sebagai rahmat dan bukannya hukuman.

Ia mungkin membantu anda untuk merenung perkara berikut setelah didiagnosis:

  • Sekarang anda mempunyai sebab yang lebih besar untuk mula mengawal kesihatan anda
  • Sekarang anda lebih berhati-hati tentang apa yang anda makan
  • kini anda boleh mula bersenam dengan lebih serius dan anda juga akan mendapat faedah setiap kali anda melihat cermin dan melihat diri anda yang lebih sihat
  • anda lebih sedar tentang tabiat gaya hidup anda yang tidak hanya memperbaiki tahap gula darah tetapi juga membantu kesihatan anda secara keseluruhan
  • anda menghargai setiap saat dan setiap individu dalam hidup anda dengan lebih banyak apabila anda mula menghargai kesihatan dan kehidupan anda

Terdapat juga mitos-mitos yang berlegar di dalam fikiran individu-individu yang menghidap diabetes yang harus dijawab:

diabetes

Sudah tiba waktunya untuk anda membuat perubahan

Sekarang anda telah meneroka beberapa Whys, Mitos dan Fakta yang terlibat dalam mengubah tabiat anda, kita kini telah sampai kepada soalan Magical tentang, “Adakah anda sanggup dan bersedia untuk berubah?” – Jika anda telah menjawab ‘Ya’, fikirkan beberapa perkara dalam gaya hidup anda yang anda ingin ubah dan perlahan-lahan mengubah pemikiran ini menjadi tindakan.

Apabila didiagnosis dengan diabetes mungkin kelihatan seperti dunia yang penuh dengan sekatan. Walau bagaimanapun, berita baiknya adalah walaupun dengan hanya membuat langkah perubahan kecil akan menyebabkan kesan besar terhadap kesihatan anda. Dan ingat makanan yang anda makan dan aktiviti fizikal yang anda pilih untuk lakukan adalah sama pentingnya dengan perasaan anda. Jika anda tidak berpuas hati dengan rancangan makan atau rutin kecergasan tertentu, dapatkan bantuan untuk mendapatkan idea baru untuk menyesuaikannya dengan status kesihatan anda dan yang paling penting, puaskan diri anda dari segi fizikal dan emosi. Adakah anda bersedia untuk menjadikan keadaan anda menjadi lebih baik dan mempunyai hasrat untuk mengambil tindakan perubahan?

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://kidshealth.org/en/teens/diabetes-control.html

https://www.streetdirectory.com/travel_guide/111617/diabetes/what_can_happen_if_you_dont_control_your_blood_glucose_levels.html

https://www.prevention.com/health/g20480853/what-happens-when-you-dont-treat-diabetes/

https://freestylediabetes.co.uk/what-is-diabetes/what-happens-if-you-dont-treat-your-diabetes

https://www.webmd.com/diabetes/guide/risks-complications-uncontrolled-diabetes#1

https://www.health24.com/Lifestyle/Healthy-you/what-does-it-mean-to-have-diabetes-20161122-2

Blood glucose control (blood sugar levels)

https://healthyeating.sfgate.com/connection-between-blood-sugar-emotions-9705.html

http://www.stopdiabetes.com/get-the-facts/myths-and-facts.html

http://www.diabetes.org/are-you-at-risk/lower-your-risk/small-steps.html

Versi Terbaru

26/11/2019

Ditulis oleh Pamilia Lourdunathan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

7 Jenama Beras ‘Mesra’ Pesakit Diabetes, Boleh Beli Di Sini!

Buah Yang Dilarang Untuk Penderita Diabetes, Bukan Semuanya Boleh Makan!


Ditulis oleh

Pamilia Lourdunathan

· Hello Health Group


Disemak pada 26/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan