backup og meta

Kesan Kehilangan Ibu Bapa Buat Seorang Anak

Salah satu daripada ketentuan Tuhan yang paling pedih dan sakit untuk diterima adalah apabila seseorang anak kehilangan ibu bapa mereka. Bergantung kepada usia, mereka mungkin akan menghadapinya dengan cara yang berbeza.

Pun begitu, kehilangan yang sangat besar ini pasti akan meninggalkan kesan jangka masa panjang pada psikologi dan interpersonal serta meninggalkan parut yang dalam buat anak itu seumur hidup mereka.

Apakah kesannya selain lafaz takziah?

Gangguan psikologi

Pertama sekali, kehilangan ibu bapa pasti akan mengakibatkan gangguan psikologi.

Ia akan berlaku dalam pelbagai bentuk dan disalurkan melalui perasaan sedih, hiba, gelisah dan stres. Menurut kajian, tahap keterukan gangguan psikologi ini juga bergantung kepada hubungan mereka dengan ibu bapa semasa hayat.

Kesannya terhadap kanak-kanak

Kanak-kanak mungkin akan lebih mudah melalui fasa kesedihan kehilangan ibu bapa mereka. Namun begitu, ia bukan menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai atau memahami perasaan mereka.

Menurut kajian yang dilakukan oleh National Association of School Psychologists, kanak-kanak sebenarnya sudah boleh mengalami kejutan emosi, merasai perpisahan, berkelakuan regresif atau eksplosif.

Mereka juga cenderung untuk bertanya soalan yang sama berkaitan kehilangan ibu bapa mereka berulang kali.

Kesannya terhadap remaja

Ketika usia ini, remaja sudah boleh faham bahawa kehilangan ibu bapa ini adalah kekal buat selamanya.

Remaja mungkin akan lebih mengekspresikan perasaan mereka kepada rakan-rakan lebih daripada ahli keluarga yang lain.

Ketika ini juga, remaja sudah berupaya mengawal perasaan mereka berbanding kanak-kanak yang jauh lebih muda.

Pun begitu, jika mereka gagal melakukannya, mereka mungkin akan terjerumus ke lembah dadah atau alkohol untuk cuba lari dari realiti kehidupan mereka yang menyedihkan.

Kesan seumur hidup

Walaupun anak itu kelihatan sudah boleh menerima kenyataan dan hidup secara normal kembali, kesannya masih lagi wujud.

Dalam beberapa kes, ia mungkin akan kekal seumur hidup mereka. Anak itu mungkin akan kurang keyakinan diri serta mengalami kesukaran menjalinkan hubungan.

Selain itu, jantina juga memainkan peranan yang penting dalam hal ini.

Kebanyakan lelaki akan mengalami peningkatan autonomi manakala wanita pula lebih mudah jatuh ke lembah depresi.  

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Psychological Effects Of Parental Death. http://www.livestrong.com/article/1002153-psychological-effects-parental-death/. Accessed May 9, 2017.

The Lifelong Effects For A Child After The Death Of A Parent. http://www.goodtherapy.org/blog/parent-death-during-childhood/. Accessed May 9, 2017.

 

Versi Terbaru

02/05/2025

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Parents, Pastikan Anak Anda Dapat Suntikan MMR Pada Usia ini, Jangan Terlewat!

Nak Merancang Kelahiran Selepas Isteri Bersalin C-Section? Ada 6 Perkara Perlu Tahu!


Disemak oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group · Ditulis oleh Ahmad Farid · Dikemas kini 02/05/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan