backup og meta

Anak Anda Dirogol: Apa Tindakan Seterusnya

Anak Anda Dirogol: Apa Tindakan Seterusnya

Anak Anda Dirogol: Apa Tindakan Seterusnya?

Rogol merujuk kepada perlakuan seksual tidak rela atau secara paksa. Kejadian ini boleh berlaku kepada setiap jantina dan umur. Rogol adalah serangan seksual dan merupakan satu jenayah. Mangsa rogol memerlukan rawatan, bimbingan serta sokongan yang sebetulnya.

Bagaimana untuk mengetahui anak anda telah dirogol?

Dalam banyak kes, kanak-kanak memilih untuk tidak memberitahu ibu bapa mereka berkenaan dengan serangan seksual. Namun, jika anak anda tidak memberitahu anda, terdapat beberapa tanda mereka mengalaminya seperti:

  • Ketidakselesaan, kemarahan dan ketakutan
  • Kemurungan, kebimbangan dan kerisauan
  • Gemar bersendiri
  • Masalah tidur
  • Hilang selera makan
  • Hilang tumpuan

Berikut merupakan tanda-tanda kondisi psikologi yang dipanggil post-traumatic stress disorder (PTSD) atau dikenali sebagai sindrom trauma rogol. Jika anda dapat mengesan simptom ini terdapat pada anak anda, pastikan anda sentiasa berada di samping anak anda dan mengingatkan bahawa anda selalu berada di samping mereka. Jika anak anda masih tidak yakin dengan anda, segera rujuk pakar terapi.

Dapatkan rawatan

Terdapat 2 kategori rogol, iaitu:

  • Rogol yang terjadi kurang daripada tempoh 72 jam: Anda perlu membawa anak anda ke hospital dan memanggil polis. Di hospital, anak anda akan diperiksa untuk penyakit seksual yang berjangkit atau sexual transmitted diseases (STD) dan trauma. Dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan sebelum anak anda membersihkan diri agar senang untuk mencari bukti.
  • Rogol yang terjadi lebih daripada tempoh 72 jam:  Anda masih perlu membuat laporan kepada pihak polis untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Bagaimanakah pemeriksaan tersebut dijalankan?

Sebelum pemeriksaan, pakar perubatan atau pekerja sosial akan mendengar tentang apa yang terjadi daripada mulut anak anda sendiri. Ini akan membantu rawatan dan penyiasatan kelak. Kemudian, mereka akan bercakap tentang apakah yang perlu dijangkakan semasa pemeriksaan dan meminta kebenaran ibu bapa.

Anak anda akan diperiksa untuk STD. Sekiranya anak anda perempuan, mangsa juga akan dirawat sekiranya berlaku kehamilan yang tidak dirancang. Pakar perubatan akan memeriksa anak anda untuk sebarang trauma yang terjadi akibat kejadian tersebut. Kemudian, mereka akan memeriksa sama ada terdapat apa-apa yang ditinggalkan oleh si perogol seperti rambut, kuliy, kuku atau sebarang cecair yang terdapat pada baju atau badan mangsa. Mereka juga akan membuat pemeriksaan untuk memastikan anak anda dirogol menggunakan dadah atau tidak. Gambar sebarang kecederaan akan diambil untuk tujuan dokumentasi.

Kesan jangka panjang emosi mangsa

Mangsa rogol selalunya akan mengelak dari membicarakan isu ini kerana takut akan memori buruk tersebut. Namun, untuk penyembuhan yang lebih baik dan jangka panjang, sokongan dari aspek emosi oleh profesional yang terlatih sangat diperlukan. Menyokong dan membantu mangsa dari aspek emosi adalah yang sangat penting untuk mengelakkan mangsa mengalami masalah emosi yang boleh menjurus kepada masalah perlakuan seperti depresi dan mencederakan diri sendiri.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

If Your Child Is Raped. http://kidshealth.org/en/parents/rape.html?WT.ac=ctg# Accessed March 5, 2016.

Versi Terbaru

06/07/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

100 Senarai Nama Panjang Anak Perempuan, Siap Maksud Yang Baik

Tiada Idea Nak Bagi Nama Panjang Anak, Cuba Lihat 100 Pilihan Nama Baby Boy


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan