Pembesaran & Tingkah Laku
Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini?
Kosa kata anak anda akan berkembang dalam bulan-bulan mendatang. Perkataan tunggal pertamanya kebiasannya adalah kata nama (kucing, bola, botol). Frasa yang menggunakan kata nama dan kata kerja akan datang dalam beberapa bulan selepas perkataan pertamanya: “Saya mahu.”
Kini anak anda yang berumur 19 bulan mempunyai koordinasi yang baik antara tangan dan mata dan mempunyai otot lengan dan kaki yang kuat. Dia mampu menggunakan skil motornya untuk memanjat. Kini dia akan menggunakan skil tersebut bergantung kepada personalitinya. Dia mungkin akan sangat berhati-hati dalam penerokaannya atau terus memanjat dan menempuh semua halangan yang ada dari kerusi ke buaian, pagar bayi ke meja dapur. Memanjat sangat menyeronokkan tetapi aspek keselamatan tidak boleh dihiraukan.
Apakah yang anak saya patut bersedia untuk lakukan?
Ini adalah waktu yang baik untuk mula melatih buang air di dalam tandas. Kerusi tandas yang membolehkan kaki anak anda menyentuh tanah mungkin merupakan pilihan yang paling mudah. Akhirnya, sisipan tempat duduk tandas (toilet seat insert) mungkin membantu tetapi untuk menggunakannya dengan sendiri, anak anda perlu cukup besar dan stabil untuk memanjat ke atas tempat duduk tandas tersebut.
Kanak-kanak yang dengar kata, ceria dan ramah pun akan kadangkala merengek dan menangis. Jika boleh, beri respon dan biarkan anak anda tahu yang anda tahu dia sedang bersedih. Benarkan perasaannya tetapi jangan besar-besarkan emosi tersebut. Jika anak anda menangis dan merengek, beberapa pelukan dan alihkan perhatiannya mungkin membantu. Anda boleh jelaskan, “Saya tak faham kalau awak merengek. Cuba bagi tahu apa yang awak nak.” Anak anda masih muda dan tidak boleh berfikir dengan munasabah.
Temu Janji Doktor
Apa yang harus saya berbincang dengan doktor?
Jika anda harus membawa anak yang sakit kepada doktor, rasa tidak selesa mungkin menambah ketakutan yang dia mungin pernah alami. Anak anda yang berumur 19 bulan mungkin mengaitkan doktor terbabit dengan kesakitan suntikan atau ketidakpastian tentang apa yang berlaku seterusnya.
Datang ke klinik dengan membawa permainan dan buku kegemarannya untuk mengalihkan perhatiannya sementara menunggu. Tanyakan doktor jika anak anda boleh duduk di atas riba anda semasa pemeriksaan.
Apa yang harus saya katakan kepada doktor?
Dalam setiap anak yang kuat bercakap, terdapat anak yang secara relatifnya senyap. Terlalu awal untuk berasa risau tentang anak yang lambat bercakap walaupun jika anak anda tidak bercakap sekurang-kurangnya 15 perkataan pada waktu ini. Namun, berjumpa doktor adalah idea yang baik. Doktor mungkin mengesyorkan anda berjumpa ahli terapi bercakap untuk melihat masalah anak anda.
Apa yang patut dijangka
Apa yang saya bimbangkan?
Setiap kali anda atau anak anda mengalami sakit perut atau cirit-birit, bakteria keracunan makanan berkemungkin adalah penyebabnya. Anda juga mungkin tidak akan tahu apa penyebabnya memandangkan simptom secara umumnya mengambil masa 2 hari untuk datang. Bakteria di dalam makanan boleh berganda setiap 20 minit pada suhu bilik dan hanya beberapa ribu sudah mencukupi untuk membuatkan seorang dewasa lemah. Kanak-kanak lebih cenderung kepada keracunan makanan kerana saiz mereka yang kecil. Pastikan dapur anda sentiasa bersih, masak makanan anda dengan baik dan simpan di dalam peti ais untuk mencegah perkembangan bakteria.
[embed-health-tool-child-growth-chart]