backup og meta

Panduan Memilih Buku untuk Anak Gemar Membaca

Panduan Memilih Buku untuk Anak Gemar Membaca

‘Membaca Jambatan Ilmu.’ Meskipun ramai yang biasa mendengar pepatah ini, namun bukan semua orang dapat mempraktikkannya. Seharusnya, budaya membaca perlu bermula dan dididik sejak dari kecil lagi. Dan, salah satu caranya adalah dengan memilih bahan bacaan yang sesuai untuk kanak-kanak. Ketahui langkah-langkah yang boleh anda lakukan dalam usaha untuk melatih anak gemar membaca.

  1. Bahan yang menarik

Kanak-kanak akan lebih tertarik kepada bahan yang berwarna. Jadi, faktor warna amatlah penting jika anda ingin mula mendidik anak gemar membaca. Cari buku yang mengandungi gambar dan warna yang menarik untuk memikat hati anak anda mencintai buku.

  1. Apa yang digemari anak anda?

Fahami kegemaran anak anda. Jika anak anda menyukai kereta, cari buku yang berkisarkan tentang kereta. Begitu juga jika anak anda seorang penggemar kartun, carilah buku yang berkaitan dengan kartun kegemaran anak anda. Contohnya, jika anak anda peminat rancangan kartun Tom & Jerry, berikannya buku yang mengandungi gambar kucing dan tikus.

  1. Pilihan bacaan pertama anak

Pilih buku yang sesuai mengikut usia anak anda. Buat permulaan, carilah buku yang mengandungi teks yang ringkas dan sedikit, dengan gambar yang besar dan menarik. Jangan terus memberikan anak anda buku yang mengandungi banyak teks.

  1. Bawa anak bersama

Salah satu cara untuk melatih anak gemar membaca adalah dengan menyuruhnya memilih sendiri bahan bacaan yang dia inginkan. Jadi, sesekali bawa anak anda bersama ke kedai buku ataupun perpustakaan untuk dia memilih buku yang ingin dibaca. Walau bagaimanapun, anda masih perlu membantu kanak-kanak memilih buku yang sesuai mengikut usia mereka.

Peranan ibu bapa di rumah

Budaya membaca perlu bermula dari rumah. Ini tips untuk ibu bapa perkasakan budaya membaca di rumah:

  • Sediakan ruangan membaca di rumah. Jika tiada ruang untuk membuat perpustakaan mini di rumah anda, apa kata anda sediakan rak buku dan ruangan membaca di dalam bilik anak anda. Dengan adanya tempat khas yang membolehkannya duduk dan membaca, anak anda pasti akan bermotivasi untuk meluangkan masa setiap hari dengan membaca. Paling utama, hias ruangan membaca anak anda dengan warna yang menarik supaya dia lebih tertarik!
  • Baca bersama anak. Untuk hari-hari pertama, temani anak anda dengan membaca buku ceritanya bersama-sama. Jika anak anda belum pandai membaca, anda boleh mulakan dengan membacakannya buku cerita dahulu. Kelak, si kecil akan berminat untuk belajar mengeja dan membaca supaya dia dapat membaca sendiri buku kegemarannya.
  • Jadikan sesi membaca sebagai rutin keluarga anda.
  • Dengar anak membaca. Jika anak anda sudah boleh membaca, jangan biarkannya bersendirian. Tunjukkan minat untuk mendengar pembacaannya. Anak anda lebih suka jika ada yang mendengar semasa dia sedang membaca. Malah, dia juga boleh terus bertanya kepada anda jika ada perkataan atau ayat yang tidak difahami.

Sebagai ibu bapa, berikan galakan dan motivasi kepada anak untuk terus membaca. Anda juga boleh membelikan buku sebagai ganjaran atau hadiah jika dia dapat melaksanakan sesuatu kerja. Jadikan buku sebagai teman baik anak anda.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

15 creative ways to get kids reading books – Today’s Parent

 

https://www.todaysparent.com/family/activities/kids-reading-books/

37 Ways to Help Kids Learn to Love Reading | Edutopia

 

https://www.edutopia.org/discussion/37-ways-help-kids-learn-love-reading/

Versi Terbaru

07/06/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Anak Penghidap Hemofilia? Ketahui Cabaran & Harapan Di Dalam Bajet 2025!

Mak Ayah, Fikir Dahulu Sebelum Hantar Anak Anda Duduk Bersama Datuk Nenek!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 07/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan