backup og meta

Ingin Tahu Berapa Ketinggian Anak Anda apabila Dewasa? Ini Caranya!

Ingin Tahu Berapa Ketinggian Anak Anda apabila Dewasa? Ini Caranya!

Setiap ibu bapa pasti tertanya-tanya akan ketinggian anak mereka apabila dewasa nanti. Malahan, ada ibu bapa yang cuba untuk meramal sejauh mana anak mereka boleh tinggi kelak. Pakar pediatrik juga merasakan pentingnya ibu bapa untuk memastikan kanak-kanak membesar dengan sepatutnya. Ada beberapa kaedah untuk ibu bapa dan pakar pediatrik gunakan bagi meramal ketinggian kanak-kanak apabila dewasa.

Bagaimana meramal ketinggian kanak-kanak apabila dewasa?

Pendekatan paling tepat dalam meramal ketinggian kanak-kanak adalah dengan menggunakan “usia tulang” anak tersebut, yang boleh ditentukan oleh X-ray tangan. Akan tetapi, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa di rumah untuk menganggarkan ketinggian anak mereka. Cara paling biasa yang dilakukan adalah dengan melihat kepada ketinggian ibu bapa itu sendiri.  .

Kaedah “Dua tahun darab dua”

Dikatakan lonjakan pertumbuhan paling awal dari bayi hingga ke anak kecil (yang sudah bertatih) sebenarnya memberikan secara kasar separuh ketinggian anak tersebut semasa dewasa. Kaedah mudah untuk meramal tinggi semasa dewasa adalah dengan menggandakan tinggi anak tersebut semasa usianya 2 tahun. Bagaimanapun, kanak-kanak perempuan membesar dan berkembang dengan lebih cepat, jadi pengiraan ramalan ketinggian mereka boleh dibuat dengan menggandakan tinggi mereka pada usia mereka 18 bulan. Kaedah ini telah diguna pakai sejak lama dahulu, namun masih tiada kajian dibuat untuk menilai akan ketepatannya.

Kaedah “Mid-parental”

Kaedah yang lebih rumit ini dipanggil “kaedah mid-parental.” Cara pengiraannya adalah dengan mencampurkan ketinggian ibu dan bapa, kemudian dibahagikan dengan 2.

−Untuk anak lelaki: tambah 3.8 cm

−Untuk anak perempuan: tolak 3.8 cm

Nota: Ini hanyalah ramalan kasar purata tinggi anak semasa mereka dewasa. Anda mungkin akan melihat margin ralat kira-kira 1-2 cm lebih atau kurang. Semakin tinggi ibu bapa, semakin tinggi juga anaknya kelak. Sama juga dengan ibu bapa yang rendah, anak mereka juga akan rendah.

Carta tumbesaran

Ukuran yang sering digunakan untuk mengukur tinggi, berat, dan saiz kepala anak. Dengan memplotkan tumbesaran kanak-kanak merupakan cara terbaik bagi memantau kanak-kanak tersebut membesar seperti yang diinginkan. Pakar pediatrik menggunakan penyelarasan carta tumbesaran untuk setiap kali kunjungan kanak-kanak ke klinik. Apa yang ramai orang tidak tahu adalah carta tumbesaran ini juga amat berguna untuk menjangkakan tempoh baligh bagi kanak-kanak yang lebih tua. Keremajaan berlaku lebih awal pada masa kini. Permulaan tumbuh bulu pubik atau buah dada pada kanak-kanak perempuan boleh berlaku seawal usia mereka 6 tahun! Carta tumbesaran boleh menyokong penemuan pediatrik bagi mengetahui sama ada perkembangan awal kanak-kanak tersebut berada dalam julat normal.

Sejarah & genetik keluarga

Corak tumbesaran dan ketinggian selalunya mengikut keluarga. Pakar pediatrik akan bertanyakan tentang tinggi anda kerana keturunan juga memainkan peranan penting dalam meramal tinggi kanak-kanak apabila dewasa nanti. Anda juga mungkin akan ditanya tentang tinggi ahli keluarga anda yang lain. Selain itu, anda mungkin akan ditanya: Adakah anda rendah di sekolah rendah tetapi semakin membesar semasa di sekolah menengah? Adakah anda baligh awal atau lambat? Soalan-soalan ini adalah maklumat penting untuk pakar pediatrik menilai tumbesaran anak anda.

Apa yang boleh mempengaruhi ketinggian seseorang kanak-kanak?

Meskipun faktor genetik adalah salah satu faktor penting dalam penentuan awal tinggi kanak-kanak (e.g. ibu bapa rendah selalunya akan dapat anak rendah), tetapi, faktor lain juga memberikan kesan sebanyak mana anak anda akan membesar. Ini termasuklah faktor pemakanan, hormon, perubatan, dan keadaan kesihatan. Selain itu, sesetengah faktor seperti senaman, pendedahan kepada pencemaran, corak tidur, iklim, kesihatan, diet, dan keadaan psikologi juga mempunyai impak kepada tumbesaran kanak-kanak.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Predicting a Child’s Adult Height. https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/Glands-Growth-Disorders/Pages/Predicting-a-Childs-Adult-Height.aspx Accessed February 22, 2017.

Versi Terbaru

13/05/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Mak Ayah, Fikir Dahulu Sebelum Hantar Anak Anda Duduk Bersama Datuk Nenek!

Anak Selalu Main Gajet? Jom Cuba Aktiviti Luar & Dalam Rumah Yang Bermanfaat Untuk Anak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan