backup og meta

Adakah Anda Perlu Risau Jika Mempunyai Anak ‘Late Bloomers’?

Adakah Anda Perlu Risau Jika Mempunyai Anak ‘Late Bloomers’?

Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk kehidupan anak mereka. Bagi mengukur tahap perkembangan seorang anak, kebanyakan ibu bapa akan membandingkan anak mereka dengan anak individu lain. Namun begitu, ia merupakan tindakan yang tidak wajar kerana perkembangan setiap anak adalah berbeza mengikut individu. Ada kanak-kanak yang cepat belajar dan menunjukkan kebolehan mereka dalam sesuatu perkara dan ada juga yang agak lambat. Mereka yang agak lambat ini boleh dikategorikan sebagai ‘late bloomers’.

Apakah itu ‘late bloomers’?

‘Late bloomers’ merujuk kepada seseorang individu yang agak lambat dalam menunjukkan kebolehan dan bakat mereka dalam sesuatu perkara. Kanak-kanak ‘late bloomers’ kebiasaannya akan terlihat sebagai kanak-kanak yang lemah dalam pelajaran di sekolah dan agak terkebelakang dalam aspek kebolehan atau bakat. Namun begitu, kanak-kanak ini akan terserlah bakatnya yang tersendiri mereka apabila mencapai usia dewasa satu hari nanti.

Apakah faktor yang mengakibatkan anak ‘late bloomers’?

‘Late bloomers’ bukanlah satu kondisi atau penyakit mental yang berbahaya buat kanak-kanak. Ia tidak disebabkan oleh infeksi, keturunan atau jangkitan. Sebaliknya, ia hanyalah satu keadaan di mana anak anda menjadi sedikit lambat berbanding kanak-kanak lain. Ia disebabkan oleh beberapa faktor luaran, antaranya:

1. Belum bersedia berkongsi kebolehan semulajadi

Setiap individu mempunyai kebolehan atau ‘forte’ yang tersendiri seperti menulis, menyanyi, menari dan lain-lain. Bakat ini sememangnya lahir dengan diri sendiri dan merupakan anugerah. Kanak-kanak ‘late bloomers’ juga mempunyai bakat ini cuma mereka mungkin terlalu malu atau berhati-hati untuk menonjolkannya. Mereka cenderung untuk mengkaji dan memperhalusi bakat tersendiri mereka terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan individu lain.

2. Adik-beradik

Seorang abang atau kakak kepada anak ‘late bloomers’ mungkin akan menjadi faktor kepada kondisi ini. Kebanyakan adik-beradik yang lebih tua akan menganggap dan melayan adik kesayangan mereka seperti seorang anak kecil yang tidak berdaya dengan melakukan semua perkara untuk mereka. Ini akan menjadi punca adik mereka tidak langsung mencuba untuk melakukan apa-apa perkara sendiri lalu menyebabkan keadaan ‘late bloomers’ ini.

Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan mengingatkan adik-beradik yang lebih tua untuk membiarkan adik kecil mereka lebih berani untuk mencuba melakukan sesuatu perkara baru seperti merangkak, berdiri, berjalan atau bercakap.

3. Lahir pra matang

Secara logiknya, bayi yang lahir pra matang sememangnya memerlukan masa yang lebih lama berbanding bayi yang normal untuk membesar. Sebagai contoh, bayi yang lahir awal tiga bulan tidak boleh dibandingkan dengan bayi berusia 3 bulan kerana mereka tidak mengalami perkembangan yang sama. Namun begitu, ibu bapa tidak perlu risau kerana bayi pra matang akan mula membesar secara normal apabila mereka mencecah usia sekitar 2 tahun.

4. Kurang pertolongan daripada ibu bapa

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu anak-anak membesar. Jika seorang anak kurang mendapatkan pertolongan daripada ibu bapa, mereka mungkin akan menjadi seorang anak ‘late bloomers’. Sebagai contoh, ibu bapa perlu membantu bayi kesayangan mereka belajar merangkak. Letakkan bayi secara meniarap untuk membiasakan mereka dengan posisi itu. Ibu bapa juga boleh meletakkan umpan di hadapan bayi seperti permainan untuk memberi galakan dan dorongan kepada bayi. Dengan ini, bayi anda mungkin akan dapat membesar seiring dengan kanak-kanak normal yang lain.

Adakah ibu bapa perlu risau jika anak anda seorang ‘late bloomers’?

Tidak, anda sama sekali tidak perlu risau dengannya. Ini kerana ‘late bloomers’ bukanlah satu kondisi atau penyakit berkaitan mental berbahaya yang boleh memudaratkan anak anda. Ia cuma satu keadaan di mana anak anda sedikit lambat untuk menunjukkan kebolehan atau bakat mereka kepada individu lain.

Jangan sesekali membanding-bandingkan mereka dengan anak individu lain yang cemerlang di sekolah dalam pelbagai aspek seperti pelajaran, sukan dan lain-lain. Anak ‘late bloomers’ bukanlah seorang yang gagal dalam aspek-aspek itu, cuma mereka memerlukan lebih masa untuk berkembang sepenuhnya dan mencapai potensi terbaik mereka.

Sebaliknya, anda sebagai ibu bapa yang prihatin perlu memberi segala bentuk semangat, galakan, dorongan dalam setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak anda seperti merangkak, berdiri, berjalan, bercakap dan seterusnya. Sokong dan gilap setiap kebolehan mereka yang anda dapat kesan seawal usia mereka lagi agar mereka rasa dilindungi dan dihargai oleh ibu bapa kesayangan mereka. Paling penting, sentiasa berikan motivasi kepada mereka seawal usia bayi sehinggalah mereka dewasa untuk menjadi individu yang berjaya pada masa hadapan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Is Your Baby A Late Bloomer?. https://www.cbsnews.com/news/is-your-baby-a-late-bloomer/. Accessed on March 14, 2019.

Late Bloomers in Academic Achievement. https://www.verywellfamily.com/late-bloomer-1448805. Accessed on March 14, 2019.

 

Versi Terbaru

16/07/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Anak Penghidap Hemofilia? Ketahui Cabaran & Harapan Di Dalam Bajet 2025!

Mak Ayah, Fikir Dahulu Sebelum Hantar Anak Anda Duduk Bersama Datuk Nenek!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan