backup og meta

Persediaan Ramadan bersama Bayi Anda

Persediaan Ramadan bersama Bayi Anda

Ramadan adalah bulan kesembilan dalam kalendar Islam. Dalam tempoh ini, ibadah puasa adalah wajib bagi semua umat Islam. Selain keperluan agama, puasa juga sangat berkait rapat dengan manfaat kesihatan. Walau bagaimanapun, apabila anda mempunyai anak, sama ada sedang menyusu atau sudah membesar, berpuasa mungkin mempunyai cabarannya yang tersendiri.

Bagaimana meneruskan penyusuan susu ibu

Sewaktu berpuasa, anda mengalami perubahan pada waktu makan. Oleh itu, pastikan anda mengambil nutrien yang mencukupi untuk anda dan anak anda.

Minum lebih banyak

Cecair dalam badan anda berkurang sebanyak 2% hingga 3% semasa berpuasa. Oleh itu, pastikan anda terhidrasi dengan air dan bukannya minuman ringan. Ini juga akan membantu sistem kencing anda berfungsi dengan baik.

Makan makanan seimbang untuk sarapan pagi

  • Protein: Daging dan kacang adalah sumber utama protein. Kacang juga mengandungi serat makanan.
  • Karbohidrat: Roti gandum penuh, bijirin gandum atau beras yang dimasak.
  • Vitamin: Buah segar atau jus sayuran.
  • Kalsium: Produk susu dan tenusu mengandungi banyak protein dan kalsium, yang penting untuk perkembangan tisu badan dan fungsi fisiologi.
  • Gula: Kurma adalah sumber gula yang baik. Ambil tiga atau empat kurma sehari untuk menormalkan gula darah anda.

Pastikan anda tidak serabut

  • Tambah beberapa sesi penyusuan pada waktu malam.
  • Teruskan mengepam susu walaupun di tempat kerja.
  • Yakin bahawa kualiti susu tidak akan terjejas sewaktu berpuasa. Kemurungan dan keresahan  boleh menjejaskan kualiti susu ibu.

Peringkat penyediaan

Perancangan

  • Sediakan kurma paket kecil untuk berbuka puasa.
  • Selesaikan sebarang tugasan sebelum bulan puasa atau senaraikan perkara yang perlu anda tangguhkan sewaktu bulan puasa.
  • Beli hadiah kecil untuk anak-anak anda untuk menunjukkan Ramadan sebagai satu majlis khas.
  • Rancang hari yang ideal berdasarkan waktu solat.
  • Muhasabah tentang Ramadan tahun lalu dan buat azam untuk tahun ini.
  • Pilih tabiat buruk yang mahu anda jauhkan sewaktu Ramadan.

Bersosial dan masa keluarga

  • Selesaikan masalah hubungan anda sebelum Ramadan bermula.
  • Kongsikan tugas rumah dengan anak-anak anda berdasarkan umur supaya anda dapat mengurangkan beban kerja dan menikmati Ramadan yang lebih menyenangkan.

Mudahkan puasa Ramadan anak anda

Pemahaman menyeluruh tentang fungsi dan ganjaran Ramadan sangat penting untuk anak anda. Anak anda perlu belajar dengan etika puasa dengan betul seperti mengamalkan tingkah laku yang baik, membantu orang yang memerlukan, mengelakkan bahasa berlebihan atau menyinggung perasaan dan menunaikan solat tepat pada waktunya.

Perlu diingat bahawa Ramadan yang pertama mungkin sukar bagi anak anda, jadi ringankan cabaran mereka dengan membantu mereka tidur pada waktunya. Selain itu, jadikan hari ini menyeronokkan untuk anak anda dengan melibatkannya dalam aktiviti yang bermakna seperti kerja amal atau solat berjemaah.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Preparing For Ramadan With Your Baby. http://mypositiveparenting.org/2014/01/14/preparing-for-ramadan-with-your-baby/ Accessed April 21, 2017.

23 tips to help moms organize for Ramadan. https://www.soundvision.com/article/23-tips-to-help-moms-organize-for-ramadan/ Accessed April 21, 2017.

Ease your child’s Ramadan fasting with these tips. http://www.khaleejtimes.com/ramadan-2016/ramadan-health/ease-your-childs-ramadan-fasting-with-these-tips. Accessed April 21, 2017.

Versi Terbaru

14/08/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jangan Panik Bayi Demam Panas Tengah Malam, Ibu Ayah Cuba 5 Petua Ini Dahulu!

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 14/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan