backup og meta

Posisi Tidur Bayi Paling Sesuai

Posisi Tidur Bayi Paling Sesuai

Bayi akan tidur lebih kurang 20 jam sehari, 2.5 kali lebih lama daripada individu dewasa. Tidur merupakan penyumbang terbesar perkembangan mental dan fizikal bayi. Disebabkan itu, bayi anda sewajarnya mendapatkan waktu tidur yang secukupnya. Walau bagaimanapun, posisi tidur bayi adalah sangat penting. Berikut merupakan panduan mengenai keselamatan bayi anda ketika tidur.

Apakah posisi tidur yang paling sesuai untuk bayi anda?

Menurut American Academy of Pediatrics, posisi tidur yang paling sesuai untuk bayi anda adalah berbaring menelentang terutamanya ketika berusia 6 bulan ke bawah. Ketika ini, sistem otak bayi anda masih belum berkembang sepenuhnya dan mereka masih belum mampu sedar dengan sendirinya apabila tubuh badan mereka berada dalam bahaya. Antara situasi yang paling biasa terjadi ketika bayi sedang tidur adalah gangguan pernafasan. Kekurangan oksigen dalam tempoh masa yang lama mampu membawa maut kepada bayi. Situasi ini turut dikenali sebagai Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).

Tidur secara menelentang juga dapat membekalkan bayi anda dengan jumlah oksigen yang mencukupi ketika sedang tidur selain memastikan kelancaran perjalanan darah mereka. Banyak kajian menunjukkan bahawa meletakkan bayi dalam keadaan menelentang semasa waktu tidur dapat mengurangkan risiko berlakunya SIDS.

Namun begitu, ada juga individu yang berpendapat bahawa bayi yang tidur menelentang berisiko untuk tercekik. Walau bagaimanapun, tidak terdapat sebarang bukti untuk menyokong pernyataan ini.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Apakah pula posisi tidur yang paling tidak sesuai untuk bayi anda?

Posisi tidur yang paling tidak sesuai untuk bayi anda adalah tidur secara meniarap. Posisi ini akan mengakibatkan bayi terdedah kepada karbon dioksida yang mereka lepaskan sendiri terutamanya jika permukaan tilam atau fabrik cadar di bawah mereka lembut. Ini akan menyebabkan mereka terperangkap dengan udara beracun bersama dengan CO2 yang akan memberi tekanan kepada organ dalaman bayi.

Posisi tidur ini juga akan menyebabkan bayi kepanasan sekaligus menjadi punca kepada permasalahan yang lain. Dalam beberapa kes, bayi mungkin perlu untuk ditidurkan dengan posisi ini di atas faktor kesihatan. Anda diingatkan untuk hanya menidurkan bayi dengan posisi ini di atas nasihat doktor.

Tidur secara mengiring pernah menjadi satu alternatif terbaik untuk posisi tidur bayi selain ridur secara menelentang. Kebanyakan ibu bapa menggunakan posisi ini untuk menidurkan bayi mereka untuk mengelakkan bayi mereka mengalami kondisi kepala datar. Namun begitu, kajian terkini menunjukkan bahawa tidur secara mengiring juga perlu dihadkan di atas faktor keselamatan. Kondisi kepala datar juga boleh dirawat apabila bayi sudah mampu merangkak atau duduk.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sleep position: why back is best. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/sleep/Pages/Sleep-Position-Why-Back-is-Best.aspx. Accessed December 7, 2016.

Versi Terbaru

17/07/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jangan Panik Bayi Demam Panas Tengah Malam, Ibu Ayah Cuba 5 Petua Ini Dahulu!

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan